BAB 6

Family Completed 363

“Tuan-tuan dan puan-puan semua. Okeylah. Saya ambil kira
pandangan Kelly dan Udan. Saya rasa semua pun bersetuju. Sekarang ni
kita dah tak ada banyak masa lagi. Kita terpaksa berpindah. Saya arahkan
semua penduduk wilayah Ipomoea berpindah. Jika ditakdirkan kita mati,
biarlah kita mati setelah berhempas pulas menyelamatkan diri dan bangsa
kita. Kelangsungan hidup mesti diteruskan. Kita perlu tunjuk dan beri
semangat kepada generasi muda bahawa kita sudah lakukan apa yang
terbaik. Kita tidak ada sebarang cara untuk melawan kecuali melarikan
diri. Sesiapa yang ingkar tanggunglah akibatnya sendiri. Saya sebagai
ketua Ipomoea tidak akan bertanggungjawab jika apa-apa berlaku terhadap
mereka yang tidak mahu menurut kata.

“Yaaa...”, sorak ketua-ketua kaum, semua bersetuju.

“Bila kita nak melakukan evakuasi?” soal Kelly.

“Cuba tanyakan si Lut. Mana si Lut ni?” Pak Uan menoleh kiri
dan kanan.

“Dia masih berusaha mencari jalan untuk kita menyusup keluar,
Pak Uan”, jawab si Belly. Pak Uan mengangguk-angguk. Lut memang boleh
diharapkan. Kelebihan yang ada pada Lut membolehkan dirinya dan suku
kaumnya mengorek tanah membuat lubang.

“Ohh...kalau begitu panggilkan si Gerri.”

“Saya ada di sini Pak Uan”, jawab Gerri yang dikenali sebagai
water striders. Dia sukar dilihat kerana Gerri berada di atas dunia
mereka. Persekitaran yang lebih mencabar.

“Apa maklumat yang awak dapat?”

“Saya lihat jentera pemusnah mereka sudah semakin hampir.
Mungkin lusa atau tulat mereka akan datang menyerang kawasan kita.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience