BAB 5

Family Completed 363

“Sesiapa yang nak bertahan di sini silakan. Aku tak boleh
menahan kehendak kamu semua. Aku nak lari. Aku lebih rela mati setelah
berusaha daripada mati tanpa berbuat apa-apa.”Balas Kelly lagi.

“Kita dah lama hidup di sini. Rukun dan damai. Berumah tangga,
beranak pinak. Aku sayang hendak tinggalkan tanahairku ini. Anak-anakku
ramai yang masih kecil lagi. Bagaimana aku mahu mengangkut anak-anakku
itu nanti?” soal Yuyu hiba.

“Iya, betul juga cakap awak tu Yuyu. Serba salah kita
dibuatnya. Kita ni umpama, nak ditelan mati emak, nak diluah mati
bapak.” Balas Pak Uan selamba. Semua yang hadir terkejut dan berasa
sedikit cemas. Masing-masing berundur sedikit dari kedudukan asal. Pak
Uan tersenyum kelat. Sebenarnya dia juga masih sangsi dengan cadangan
Kelly yang sememangnya tepat. Tetapi sekiranya mereka berhijrah sudah
tentu kedudukannya sebagai ketua akan hilang. Cabaran di lembangan yang
luas lebih sukar dan tidak dapat diduga. Dia perlu menghadapi tentangan
dari sepupu jauhnya Tok Man atau perlu mencabar kewibawaan Memera yang
lebih kuat, gagah dan mungkin akan menyiat-nyiat tubuhnya nanti.

“Hai Pak Uan, sepatutnya Pak Uan sebagai ketua sudah tetap
pendirian. Sudah boleh membuat keputusan demi kebaikan dan keselamatan
penduduk wilayah kita ini. Kita dah tak boleh buat apa-apa lagi kecuali
berpindah atau berserah diri menjadi mangsa mereka. Saya sokong sangat
cadangan si Kelly tu. Saya, ahli keluarga dan semua kaum saya pun sudah
bersedia mahu berhijrah”, ujar si Udan mewakili masyarakatnya yang
berkulit putih dan bertubuh bongkok.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience