BAB 2

Family Completed 363

Wilayah yang mereka huni akan dimusnahkan dan dilumatkan
menjadi hancur lebur sepenuhnya. Wilayah tempat tinggal mereka sejak
zaman berzaman dikatakan akan diserang dan dijadikan kawasan pertanian
yang baharu oleh sang penjajah. Semua sudah tahu tentang perkara itu.
Wilayah Eichhornia dan Nelumbo sudah ranap sepenuhnya. Warganya ramai
yang melarikan diri malah tidak kurang yang mati kerana mempertahankan
wilayah mereka.

Giliran mereka akan tiba tidak lama lagi. Jentera berat
berantai mereka sudah semakin menghampiri Ipomoea. Wilayah yang
dahulunya aman damai, hidup harmoni, saling bertoleransi, kaya dengan
khazanah dan sumber makanan yang telah diduduki sejak zaman berzaman
oleh mereka yang berbilang kaum dan budaya kini sudah tidak tenteram dan
semakin huru hara. Tiada cara dan tiada daya untuk mereka melawan.

Pak Uan masih ingat ketika zaman remajanya, pernah suatu
masa, wilayah mereka diracuni dari udara dengan sejenis semburan seperti
senjata kimia atau senjata biologi. Begitulah pada fikirannya. Tapi,
entahlah dia tidak begitu arif tentang senjata musuh yang berbau kuat
dan sangat memualkan itu. Terlalu payah untuk difahami. Ramai yang
mabuk, melayang dan menggelupur kesakitan. Yang terkorban, busuk
bergelimpangan. Penduduk yang terselamat berlindung di dalam lumpur
tanah dan lubang-lubang rahsia termasuklah dirinya. Kudis dan parut yang
masih berbekas di tubuhnya adalah kesan dari bisa racun itu. Warga yang
ada sekarang adalah generasi baharu, bercampur dengan warga pendatang
yang berbagai bangsa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience