BAB 4

Family Completed 363

“Tempat tinggal kita ni dah tak selamat lagi untuk diduduki.
Lebih baik kita berhijrah sahaja.Aku dah dimaklumkan oleh perisik kita
si Lut dan rakan-rakannya yang lain bahawa disebelah sana ada lembangan
luas dan damai. Sangat sesuai untuk kita semua memulakan hidup baharu”,
ujar Kelly, setelah mereka semua yang mewakili kaum kerabat
masing-masing berkumpul untuk memulakan mesyuarat tergempar.

“Ah, senangnya kau cakap Kelly. Kau ingat mudah nak melepasi
sempadan macam anak-anak buah Pak Uan dan anak-anak buah Yuyu. Mereka
tak apalah sebab mereka berani dan ada kelebihan. Mereka ada daya tahan.
Itupun tak semua dapat melepaskan diri. Ada juga yang terkorban. Tak
macam kita ni, banyak kekurangannya. Cuba kau fikir dengan keupayaan
yang kau miliki. Apa yang kau ada?. Harap misai kau sahaja yang panjang.
Badan kau tu dah la lembik, tak tahan cuaca panas, macam aku jugak. Dah
tua, dah uzur”, sahut si Epat sambil membulatkan biji matanya. Kelly
mencebik dengan bibir yang meleper.

“Betul tu Epat.Aku sokong kau seratus peratus. Aku pun macam
kau juga. Cuba kita ingat balik masa kawasan kita ni dilanda kemarau
panjang dulu. Ramai kaum kita yang mati kebuluran, kepanasan,
bergelimpangan sana-sini. Tapi cucu-cicit Pak Uan danYuyu selamat. Tak
dapat air dua tiga hari pun mereka boleh tahan.” Sokong si Belly.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience