BAB 3

Family Completed 363

Satu lagi masalah yang dihadapi sejak turun temurun ialah
tentang taktik umpan musuh yang licik, menyebabkan ramai anak-anak muda
yang sombong, degil, berhati keras kononnya cekap dan kuat akhirnya
hilang ghaib begitu sahaja. Mereka mudah terpedaya. Segala nasihat dan
pandangannya tidak mahu didengari. Sebagai ketua dia tahu tentang taktik
jahat musuh mahu memerangkap mereka. Kemungkinan besar mereka dicolek,
ditangkap, dipenjara atau dibunuh!. Mereka yang dapat lepas lari menjadi
buta atau cedera di mata atau dimulut. Itu adalah perkara biasa bila
musuh memulakan operasi memburu pada musim-musim tertentu. Kehidupan di
dunia atas mereka begitu menakutkan.

Pak Uan maklum sebagai ketua yang disandang secara turun
temurun, tidak semua bangsa menyukai kepimpinannya. Ada yang memandang
serong terhadapnya kerana rekod buruk yang dipegang oleh nenek-moyangnya
sejak zaman berzaman lagi walau cerita itu tidak disahkan benar-benar
berlaku. Setakat ini dia tidak pernah lagi menganiaya sesiapa termasuk
anak-anak dan ahli keluarganya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience