BAB 7

Family Completed 363

“Oh, kalau begitu kita kena bergerak esok, ketika matahari
mula terbenam.”

“Kenapa bergerak waktu gelap Pak Uan?. Saya dan kaum saya tak
begitu nampak bila bergerak waktu malam”, terang Epat.

“Tidak mengapa Epat. Saya faham. Pemuda-pemuda dari kaum saya
akan mengawasi dan mengiringi perjalanan kita nanti.”

“Tapi kenapa mesti waktu malam?”

“Epat, kau kena tau, di dunia atas kita ni banyak perkara yang
kita tidak tahu, banyak musuh yang terselindung. Mereka akan menyerang
kita bila-bila masa sahaja jika mereka dapat menjejaki pergerakan kita”,
ujar Pak Uan. Epat mengetap bibir.

Mesyuarat di kalangan ketua-ketua puak tiba-tiba terhenti.
Mereka berpandangan sesama sendiri bila dunia mereka dirasakan
bergetar, bergoncangan. Perlahan, kemudian bertambah kuat dan semakin
kuat. Bunyinya juga begitu menggerunkan. Ramai yang menangis ketakutan.
Suasana menjadi kelam kabut, riuh rendah dan huru hara. Mereka tahu
jentera pemusnah musuh sudah semakin hampir. Bencana akan berlaku
bila-bila masa sahaja!.

“Saya rasa kita kena bergerak sekarang juga. Tak boleh
bertangguh lagi. Jangkaan kita meleset. Kumpulkan semua penduduk Ipomoea
sekarang!”, arah Pak Uan. Untunglah si Lut sudah tiba. Dia seolah-olah
sudah tahu akan kemungkinan buruk yang bakal melanda.

“Lut, macam mana dengan pencarian jalan keluar?”

“Pak Uan dan semua penduduk kena ikut saya. Kita kena bergerak
arah ke Timur Laut. Kita perlu selusuri londang yang sedikit berair,
meredah akar kangkung yang berselirat, menyelinap di bawah rumpun-rumpun
teratai dan di sana nanti kita akan temui sebuah terowong lama yang
membawa kita ke lembangan luas. Perjalanan memakan masa lebih kurang
satu setengah jam jika kita bergerak secara berkumpulan dan berhati-hati.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience