Rate

1

Other Series 308

Suasana teratak banglo Dr. Bruce kelihatan indah berseri seperti biasa. Lelaki berambut separa putih itu sedang dalam perjalanan ke ruang makan sambil matanya tertacap pada keratan akhbar, leka membelek kolum kegemarannya. Sudah menjadi rutin harian Dr. Bruce membaca surat khabar ketika bersarapan.

Riuh rendah dari dapur menangkap perhatian Dr. Bruce, dikala itu bibir lelaki tersebut menguntum senyuman lebar semasa terlihat isteri tersayang, Puan Stacey sedang menyiapkan sarapan. Kelihatan dari jauh, Puan Stacey menyusun pinggan dan makanan di meja bersama orang gajinya. Mereka terleka sehingga tidak sedar Dr. Bruce sedang memerhatikan.

"Good morning, beautiful." Sapa Dr. Bruce seraya mencium dahi isterinya.

"Good morning, handsome." Manakala Puan Stacey membalas dengan kenyitan mata kiri.

Setelah itu, pasangan suami isteri itu duduk di meja dan mula bersarapan. Puan Stacey menuang kopi ke dalam cawan dan mengambil roti yang telah diapit dengan mentega kacang. Penuh cermat Puan Stacey meletaknya di hadapan Dr. Bruce.

Sambil membaca akhbar, Dr. Bruce menyisip kopi panas itu perlahan-lahan. Rasanya masih sama sewaktu pertama kali mereka bertemu. Tidak berubah sedikitpun. Itulah rahsia perkahwinan mereka yang bertahan selama 25 tahun. Setelah berpuas hati dengan kesedapan kopi itu, Dr. Bruce menyisipnya untuk kali kedua.

"Apa nak jadi dengan zaman sekarang ni? Cuba awak baca."

Kening Puan Stacey berkerut seribu ketika si suami menyua muka bacaan padanya. Tekun membaca tajuk utama akhbar itu sambil tersenyum nipis. Sebagai isteri, dia cukup faham perangai suaminya yang tegas dalam pergaulan  sosial remaja zaman sekarang. Berita di surat khabar menceritakan tentang gadis remaja yang lari dari rumah gara-gara cinta terlarang.

Puan Stacey sekadar menggeleng kepala. Dia juga rasa bimbang dengan pergaulan anak zaman sekarang apatah lagi mereka mempunyai anak perempuan.

"Saya tak faham betul. Ibu bapa mereka ni tak ambil peduli ke dengan siapa anak-anak mereka berkawan? Ke mana mereka keluar?" Dr. Bruce mengeluh resah.

"Kita jangan salahkan ibu bapa terus. Kadang-kadang mereka dah tegur tapi anak-anak yang masih degil. Kononnya dah besar, dah boleh buat keputusan sendiri. Cuba awak beritahu saya, ibu bapa mana yang nak tengok anak mereka hancur dalam dunia ni?" Bidas Puan Stacey.

"Saya tahu. Sekurang-kurangnya, pantauan tu kena ada. Larangan, peraturan. Saya cukup pantang kalau tengok anak-anak muda sekarang bersosial tanpa batas."

"Nak buat macam mana sayang? Zaman dah berubah. Bila kita tegur, mereka marah. Cakap kita ni kolot, menyibuk. Rasanya tak perlu kita peduli pasal orang lain sangat. Dari awak pening fikir pasal masalah anak orang, kita jaga anak dara kita yang seorang tu baik-baik." Puan Stacey menyuap kepingan roti ke mulut.

"Speaking of our daughter, where's Maya? Bukan hari ni sepatutnya dah naik cuti semester?"

"Good morning, ayah. Good morning ibu." Maya berlari anak menuju ke ruang makan sambil tersenyum manis.

"There she is." Puan Stacey menjungkit muncung pada anak daranya.

"Good morning, sunshine."

Maya merapati kedua ibu bapanya kemudian mencium pipi mereka berdua. Rasa sayang terhadap orang tuanya tidak dapat disangkal lagi. Bagi Maya, merekalah adalah segala-galanya. Melihat kedua ibu bapanya tersenyum sudah cukup membahagiakan.

"Eh? Maya nak pergi mana?"

Tangan Maya di tahan sebelum dia sempat pergi. Dr. Bruce melihat penampilan anaknya yang kelihatan sentiasa cantik di matanya. Hubungan mereka memang rapat, jadi Dr. Bruce selalu memantau cara pemakaian dan pergaulan Maya sejak dari dulu. Lebih-lebih lagi Maya satu-satunya anak perempuan tunggal mereka. Tapi itu tidak bermakna Maya berhak mendapat apa saja yang dia mahu. Dr. Bruce cukup tegas dengan pendiriannya.

"Maya nak pergi kolej. Dah lambat."

"Lambat? Kan baru pukul 8. Bukan Maya ada kelas pukul 10 ke?" Dr. Bruce melihat jam di tangannya untuk kepastian.

"I know dad. Tapi Maya kena pergi sekarang. Maya dah janji dengan Hannah nak jumpa dekat perpustakaan dulu."

"Sekurang-kurangnya sarapan lah dulu sayang." Puan Stacey berkata lembut.

"But i am late mom. Lagipun, Maya tak nak sarapan pagi. I am on diet."

"Sarapan pagi lah yang paling penting kalau nak berdiet, Maya. Tapi kenapa Maya nak diet?" Dr. Bruce menjungkitkan keningnya.

Pelik dengan keletah anak kesayangannya. Bukannya Maya mempunyai masalah berat badan sehingga dia perlu berdiet. Maya menguis jari kaki di permaidani. Bingung hendak menjawab pertanyaan bertubi-tubi dari ibubapanya. Sudahlah dia terlambat ke kolej. Pasti Hannah tengah bengang menunggu.

"Alah, ayah. Kita borak lain kali ye? Maya dah lambat sangat."

"Sekejap. Biar ayah hantarkan Maya." Terkocoh-kocoh Dr. Bruce mengelap mulutnya sambil mengapai kot dan kunci kereta di atas meja.

"Eh..ayah? Tak payahlah. Biar Maya pergi sendiri." Maya menahan Dr. Bruce.

"Ayah boleh hantar Maya, lepas tu ayah nak pergi hospital."

"Bukan ayah masuk kerja pukul 10 ke?" Maya mencekak pinggang sambil tersenyum sumbing memandang ayahnya.

"Uhh..ayah pun nak jumpa kawan ayah kat pejabat. Dr. Feroz. Dia kan baru dipindahkan dari India."

Maya sekadar tertawa mendengar alasan ayahnya. Dia cukup kenal dengan sikap overprotective ayahnya dari dulu. Ada saja helah yang akan digunakan dan ianya pasti berjaya. Sebagai seorang anak, Maya terasa disayangi dan dilindungi. Mempunyai seorang ayah seperti Dr. Bruce adalah rahmat yang tidak terhingga bagi Maya. Untuk tidak mengecilkan hati ayahnya, Maya akur.

"Okay. Ayah hantar Maya. Tapi, hari ni je. Esok Maya nak pergi sendiri tau."

"I can't promise that, sunshine."

"Ayah!"

"Okay..okay. Hari ni je. Esok ayah tak hantar."

Mereka bertiga berjalan seiringan ke garaj kereta. Maya merangkul erat pinggang ayah dan memeluk bahu ibunya. Hidupnya terasa indah kerana limpahan kasih sayang keluarga.

"Maya pergi dulu, ibu." Pipi wanita separuh umur dicium lagi sekali sebelum masuk ke perut kereta.

"Saya pergi dulu, sayang." Giliran Dr. Bruce mengambil peluang mengucup bibir isterinya sekilas.

"Behave yourself. Ada Maya." Pipi Puan Stacey merona merah.

"Apa salahnya? Tunggu saya balik." Sekali lagi Dr. Bruce mencium, kali ini di dahi.

Meskipun sudah berusia dan usia perkahwinan mereka sudah menjangkau 25 tahun, kasih sayang pasangan suami isteri ini tidak pernah pudar. Bagi Dr. Bruce, isterinya masih cantik dan menawan seperti dulu. Malah bertambah menawan. Manakala Puan Stacey melihat suaminya semakin tua semakin kacak. Walaupun sudah berusia 50 tahun, bentuk badan suaminya tetap sasa dan wajahnya tidak dimamah usia.

Pasangan itu tersentak kerana terkejut dengan bunyi hon kereta. Maya sengaja mengusik mereka ketika sedang bermadu asmara. Jauh dari sudut hati, Maya mengimpikan alam perkahwinan yang seindah ibu dan bapanya.

"Agak-agak dalam tahun ni Maya pergi kolej tak?" Usik Maya lagi semasa dia menjengah kepala dari tingkap kereta.

"Okay, i get it!" Dr. Bruce mengangkat kedua tangan lalu masuk ke dalam BMW5 Series hitamnya.

Maya sempat menggeleng kepala melihat karenah pasangan comel itu. Maya melambaikan tangan kepada Puan Stacey sebelum berlalu keluar dari perkarangan garaj.

Dalam perjalanan ke kolej, dua beranak itu galak berbual. Dr. Bruce mengimbau kembali zaman percintaannya dengan Puan Stacey, sengaja kenangan manis itu dikongsi bersama Maya. Semoga dapat menjadi teladan padanya.

Telefon berdenting menandakan mesej masuk. Laju jari Maya menolak skrin itu lalu membaca mesej yang baru diterima.

From: Hannah
Subject: Hello? Kau kat mana? Tak jumpa baju dalam ke apa? -,-

Maya tergelak kecil sambil pantas membalas mesej rakan baiknya itu. Setelah selesai menaip, jarinya menekan butang hantar.

"Mesej siapa?"

"Uhh..Hannah." Maya masih merenung skrin telefon pintar jenama Iphone itu. Hadiah dari Dr. Bruce sempena ulang tahun hari lahir yang lepas.

"Hannah nak apa?" Soal Dr. Bruce.

"Hannah tanya kat mana. Dia tunggu Maya kat library. Nak exchange notes."

Pandangan Dr. Bruce tertacap ke depan, ekor matanya mengerling anaknya bila berkesempatan.

"Exchange notes or gossiping about boys?"

Keluhan terlepas secara spontan dari Maya. Serta merta Maya mengalihkan pandangan ke tingkap apabila si ayah mula membahas topik yang kurang menyenangkan ini. Maya tahu ayahnya tidak suka jika dia menjalinkan sebarang hubungan percintaan semasa belajar. Dr. Bruce mahu anaknya konsisten dan fokus dengan pembelajaran, kelak dia mahu Maya menjadi seorang yang berjaya dalam apa jua kariernya.

"Ayah sayangkan maya. Bukan niat ayah nak konkong atau kawal Maya, tapi ayah nak anak ayah belajar dan capai kejayaan dalam hidup. Lepas dah berjaya, barulah Maya boleh cari pasangan sehidup semati." Tangan kasar Dr. Bruce menggengam jemari lembut anak kesayangannya.

Perlahan-lahan Maya membalas genggaman itu dan tersenyum nipis. Matanya beralih ke hadapan semula.

"Maya tau ayah sayangkan maya. Tapi Maya dah besar, Maya dah tau bezakan mana yang baik dan buruk. Ayah jangan risau, Maya tak akan buat yang bukan-bukan belakang ayah. Ayah percayakan maya kan?"

"Ayah percaya." Giliran Dr. Bruce pula tersenyum.

"Emm..ayah. Turunkan Maya kat bustop depan tu jelah." Arah si anak semasa kenderaan mereka sudah menghampiri kawasan kolej.

"Kenapa berhenti kat sini? Biarlah ayah hantar sampai dalam."

"Tak apa..berhenti kat sini je. Nanti Maya melintas." Maya tetap berdegil.

"Are you sure, dear?" Dr. Bruce memperlahan kereta dan membelok ke perhentian bas yang berdekatan.

"Yes i am." Maya membetulkan rambut dan pakaiannya sebelum keluar dari kereta. "How do i look dad?"

"You look beautiful as always my baby girl."

Senyuman Maya terukir lebar. Setiap pujian ayahnya menambahkan keyakinan buat Maya. Sejurus Maya keluar dari kereta, Dr. Bruce turut mengekori langkahnya.

"Mari ayah lintaskan." Dr. Bruce meraih tangan anaknya untuk melintas.

"Ayah. Tak payahlah. Maya dah besar. Oh my god!" Tetapi Maya menarik lembut.

"Maya..jangan degil. Mari ayah lintaskan."

"Dad! No!"

Semasa pergelutan itu berlaku, mereka melintas hingga ke tengah jalan dan entah dari mana, sebuah motorsikal meluncur laju dan hampir terlanggar mengenai Maya, mujur sempat ditarik Dr. Bruce sebelum pelanggaran berlaku.

Penunggang itu memberhentikan motorsikalnya dan menoleh ke belakang. Dr. Bruce memeriksa keadaan Maya jika terdapat kesan luka. Setelah berpuas hati, kepalanya menoleh laju ke arah penunggang itu dengan pandangan yang menikam.

"Tak guna betul! Nasib baik tak terlanggar anak aku! Nak kena budak ni!"

Sewaktu Dr. Bruce ingin meluru ke arah penunggang itu, Maya menghalang. Penunggang misteri itu tetap merenung mereka berdua.

"Is okay dad. Maya tak ada apa-apa. Biarkan je." Maya cuba menenangkan ayahnya walaupun jantungnya berderau kencang.

"Kalau ayah tak tarik, mesti dia terlanggar Maya tadi!"

Dari jauh Maya cuba mengecam wajah penunggang itu tetapi gagal kerana terhalang topi keledar. Wajah penunggang itu ditutup sepenuhnya oleh visor hitam. Susuk tubuh lelaki itu pula kelihatan sasa dan besar. Pasti dia tinggi kerana kepanjangan terserlah ketika dia melunjurkan kaki.

Mata Maya mula mencari nombor pendaftaran motorsikal itu dan dia menghafalnya. Nombor tersebut akan tersemat di dalam kepala mulai detik itu.

Mereka berdua selamat melintas ke seberang, namun penunggang itu tetap berada di situ. Dia tidak berganjak sedikitpun. Dr. Bruce melihat anaknya dalam keadaan risau.

"Maya okay? Risau ayah."

"I'm okay."

Dikala itu, Maya melihat penunggang misteri itu telah hilang dari pandangan. Yang tinggal hanya beberapa kenderaan yang lalu lintas di jalan. Keadaan yang gamat beransur reda. Dr. Bruce juga telah lama berlalu pergi ke hospital.

Fikiran Maya menerawang teringat akan kejadian tadi. Seandainya si ayah tiada di situ, pasti nasib buruk bakal menimpanya pagi itu. Walau siapapun penunggang itu, Maya berharap mereka tidak akan bertemu lagi.

***

TO BE CONTINUED

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience