Rate

3

Other Series 308

"Aduh..mana ni?" Keluh Maya semasa membongkar beg tangannya.

Habis satu biliknya berselerak gara-gara mencari rantas emas yang hilang. Ianya tersangat penting bagi Maya kerana rantai itu hadiah hari jadi yang pertama. Sekarang ia telah hilang dan semestinya Maya tidak senang duduk selagi tidak jumpa.

Laci meja dan kotak menjadi tempat seterusnya. Jarinya terkuis-kuis ke dalam kotak, siap dituang ke atas tilam. Tetapi tiada.

Maya terduduk lemah. Hampir semua ruang biliknya telah di periksa, tetapi hasil tidak berbuah manis. Akhirnya, Maya mengalah. Tetapi dia risau sekiranya si ayah bertanya tentang rantai itu. Apa yang harus dia jawab?

"Matilah aku." Juntaian rambut di raup kebelakang kemudian mengikatnya menjadi simpulan. Berdiri sambil mencekak pinggang.

Otaknya cuba mengingati semula, apa punca rantainya hilang. Kali terakhir Maya sedar, rantai itu Maya letak di dalam beg tangan kerana kuncinya hampir tercabut. Maya berniat hendak menukarnya kepada yang baru.

Kemudian..Maya terkedu.

"Oh my god."

Sekarang baru dia ingat. Ia berkaitan dengan peristiwa yang berlaku semalam. Pelanggaran di antara penunggang motorsikal itu adalah punca segalanya. Memang tidak syak lagi, barangkali ia tercicir saat terjatuh waktu itu.

Tok! Tok! Tok!

"May i come in?"

Dari pintu, kelihatan Dr. Bruce menjengahkan kepalanya sambil tersenyum lebar. Maya menjadi resah dengan kehadiran Dr. Bruce. Bukan kerana dia rimas, tetapi serba salah.

"Masuklah ayah."

"Whoa..kenapa bilik ni macam baru lepas dilanda Tsunami?" Dr. Bruce mula berjalan sambil itu dia mengutip barang yang berselerakan di lantai.

"Sorry ayah. Bersepah. Maya..emm..nak kemas bilik. Ada barang yang tak guna nak dibuang. Tu yang Maya keluarkan semua."

Dr. Bruce mengesan getaran suara anaknya seakan-akan sedih. Naluri seorang ayah tidak pernah berbohong. Dia tau Maya sedang susah hati, sejak dari pagi tadi anaknya tidak tersenyum dan ketika bersarapan dia hanya mendiamkan diri. Jadi si ayah berniat ingin bertanyakan sebabnya. Kerana itu dia menjenguk Maya di bilik.

"Ada sesuatu yang berlaku ke Maya?"

Dada si anak berderau apabila disoal. Seolah-olah ayahnya dapat mencium bau keresahan itu. Maya memandang ayahnya sambil menggeleng kepala.

"Tak ada apa ayah. Maya okay."

Maya terpaksa berbohong dan berbohong, semua kerana dia enggan melihat ayahnya berasa risau dan sedih. Hal ini perlu menjadi rahsia sebelum rantai itu dijumpai semula, ataupun tidak.

"Are you sure? Ayah tengok Maya macam ada masalah?"

Kepala yang tidak gatal itu digaru sambil tersengih kekok. Maya mengalihkan matanya ke arah lain, berpura-pura mengemas semula.

"Perasaan ayah je tu. Emm..ada apa ayah masuk bilik Maya?" Maya cuba mengubah topik.

"Saja nak berbual dengan anak kesayangan ayah sebelum tidur." Dr. Bruce mengambil tempat di birai katil. "Maya, sini duduk sebelah ayah."

Maya akur dan terus memeluk ayahnya sebaik saja melabuhkan punggung. Kepalanya dilentokkan pada bahu si ayah. Dr. Bruce mengusap dan mengucup ubun anak perempuannya dengan lembut.

Dikala itu, dia ternampak tapak tangan Maya yang berbalut plaster. Segera tangan kecil itu Dr. Bruce periksa.

"Kenapa ni?"

Maya menggigit bibir bawah dan cuba mengarang penipuan sekali lagi. Luka ini Maya dapat kerana pelanggaran kecil tempoh hari. Serta merta bayangan pemuda misteri itu muncul di minda, kejadian itu memberi kesan kepada Maya sehingga sekarang.

"Ohh..ni tak ada apa ayah. Luka kecil. Terleset benda masa Maya nak angkat barang tadi. Maya dah sapu ubat."

"Sakit?" Dr. Bruce mengelus luka disebalik plaster itu.

"Nope. I'm fine dad."

"Hati-hati lah sayang. Ayah tak nak tengok anak ayah calar sana sini."

"Alah luka kecil je ni ayah. Jangan risau lah." Maya menarik tangan terus memeluk tubuhnya. "Ibu mana?"

"Ibu dah tidur. Dia penat sehari mengemas rumah, masak. Jadi ayah tak nak kacau ibu, tu yang ayah datang sini. Nak jumpa Maya. Ayah tak sempat tanya anak ayah ni lagi."

Wajah anaknya Dr. Bruce amati, wajah yang persis seperti isterinya, Puan Stacey semasa muda. Cantik dan polos. Dr. Bruce sanggup lakukan apa sahaja untuk kebahagian anak kesayangannya. Sejak kelahiran Maya, hidup Dr. Bruce sentiasa ceria dan indah. Maya adalah hartanya yang paling berharga.

"Apa dia?"

"How's your school, pumpkin."

"Eww..dad!" Maya mencebikkan mukanya, geli dengan panggilan nama yang diberi.

"What?" Dr. Bruce tahu anaknya cukup benci dengan gelaran itu, tetapi dia sengaja menyakat.

"You know i hate that name. Plus, i am big enough for you to call that. Need a reminder?"

Dr. Bruce memutar bebola matanya. "You're always my pumpkin and i'll keep calling you that, whether you like it or not." Lidahnya dijelir keluar seperti mengejek.

"Seriously, dad?" Maya tersengih lebar melihat telatah kebudak-budakan lelaki di sebelahnya itu.

"Deadly serious. Maya anak ayah selamanya, jadi terpulang pada ayah nak panggil Maya apa pun."

"Mature dad..really mature."

"Whatever. Now tell me, how's your school?" Dr. Bruce senang melihat senyuman yang terbit dari wajah anaknya.

"Ughh! Hectic dad. Kelas dah mula, lepas tu assignment pun banyak. Padahal baru naik cuti." Rungut Maya.

"Biasalah tu sayang. Semua pelajar akan alami benda tu. Nak jadi pelajar yang baik, Maya kena rajin tapi pandai bahagikan masa."

Lengan sasa ayah dirangkul Maya, kepalanya terlentok manja di bahu Dr. Bruce. "Enough about me. Ayah pulak? How was your day? Your work?"

"Okay. Cuma tadi ayah kena handle pesakit baru ni, dia dalam keadaan cedera parah. Bahagian muka dia luka teruk, perlukan banyak jahitan dan pemeriksaan susulan. Yelah, takut luka dia kena jangkitan kuman." Dr. Bruce menerangkan kes itu kepada anaknya.

"Oh my god. Really? Sounds horrible."

"I know right?"

"Apa punca dia? Accident?"

"I don't think so. Dari penelitian ayah, mungkin dia mangsa rompakan atau ragut. Luka dia macam kena toreh."

Kening Maya berkerut seribu semasa mendengar cerita ayahnya. Terasa ngeri apabila perkataan 'toreh' timbul dari bibir si ayah. Tidak dapat Maya bayangkan jika dirinya diperlakukan sedemikan. Ternyata manusia sememangnya lebih kejam dari binatang, sanggup menzalimi sesama sendiri.

"Lelaki ke perempuan ayah?"

"Perempuan. Pihak hospital cakap, dia ni bekerja sebagai..pelacur. Jadi ayah rasa mungkin luka yang dia dapat tu ada kena mengena dengan pekerjaan dia."

"Oh."

"Zaman sekarang, macam-macam boleh jadi. Dunia sekarang penuh dengan orang gila dari orang yang waras. Sebab tu, ayah risau kalau Maya balik sendiri. Tak bagi keluar malam atau berkawan dengan orang asing. Maya satu-satunya anak ayah. Ayah boleh gila tau kalau sesuatu jadi kat Maya."

Pipi si ayah diusap lembut sebelum mengucupnya. Hatinya sebagai anak tersentuh, terharu dengan kasih sayang ayahnya yang tidak berbelah bagi.

"Selagi ayah hidup, tak ada siapa yang boleh apa-apakan Maya. I am your pumpkin, right?" Bibir Maya menguntum senyuman.

Dr. Bruce tertawa besar sehingga terdongak. Dipeluknya tubuh Maya seerat-eratnya tanpa lepas. Cinta ayah terhadap seorang anak sanggup melakukan apa saja demi melihat senyuman itu sampai akhir hayatnya.

"I love you so much." Dr. Bruce mengusap belakang badan anaknya.

"I love you more."

"Jangan tidur lambat. Sampai lewat malam. Tak elok untuk kesihatan, terutama sekali jantung. Lepas kemas terus masuk tidur." Ujar Dr. Bruce selepas meleraikan pelukan.

"Baik, Doktor Bateman. Kalau tak ada apa- apa lagi, boleh Doktor keluar dari bilik saya?" Maya menyakat bapanya.

"Awak menghalau saya dari rumah saya sendiri?"

"Technically, this is my room. "

"Oh i am sorry miss. So i really have to go now?"

"Yes, please." Maya berdiri sambil mencekak pinggang. "The door is over there."

"Tak pernah dalam sejarah, pesakit halau doktor. But it's okay, your wish is my command. Good night, Maya."

Dr. Bruce berpaling dan berjalan ke arah pintu sesuai dengan permintaan anaknya. Hari pun sudah larut malam, badannya juga berasa letih kerana faktor usia dan dia perlukan rehat secukupnya.

"Hey dad!"

Maya memanggil ayahnya kerana teringat sesuatu, memandangkan angin si ayah kelihatan baik jadi Maya rasa ini masa yang sesuai jika dia meminta izin kepada ayahnya untuk menonton wayang bersama Hannah.

"Yes honey?"

"Emm..Maya ada sesuatu nak cakap."

Sudah dia jangka ada sesuatu yang diselindungkan oleh Maya. Dr. Bruce memeluk tubuhnya menanti si anak meneruskan kata-katanya.

"Go on."

Mendapat respon positif dari bapanya, Maya memberanikan diri untuk bersuara.

"Malam esok, Hannah ajak Maya keluar tengok wayang dengan kawan kolej yang lain. Ayah tau kan, Hannah baik dengan Maya. Dia selalu hantar Maya balik rumah, jadi Maya tak tau nak tolak macam mana."

Rasanya Dr. Bruce mengerti apa kehendak sebenar anaknya. Maya seorang anak yang baik mengikut kata. Dia tidak pernah melawan atau meninggikan suara pada ibubapanya, walau sekali. Perintah atau arahan kedua orang tuanya selalu dilaksanakan. Di sebabkan hal itu, mereka amat menyayangi Maya. Tetapi, sayang saja tidak cukup kalau tidak memahami.

"Ayah izinkan."

Mulut Maya ternganga luas selepas mendengar jawapan bapanya. Hampir tidak percaya, permintaannya diizinkan.

"Really??"

Dr. Bruce mengangguk kepalanya dan tersenyum. "You heard me. Ayah izinkan Maya pergi. Asalkan Maya jaga diri dan jangan balik lambat. Ayah bagi masa sampai pukul 12 malam, pastikan Hannah yang hantar Maya balik."

"Oh my god!! Thank you, dad!!!" Maya menjerit teruja.

"Jangan gembira sangat. Ingat, syarat ayah tadi."

"Sir, yes sir!!!" Maya berdiri tegak seperti gaya askar memberi tabik hormat kepada pegawai.

Setelah si ayah beredar pergi, Maya berlari dan menutup pintu. Iphone di atas meja segera dicapai dan terus mendial Hannah, berita ini harus segera disampaikan. Maya tersengih seperti kanak-kanak yang baru mendapat gula-gula semasa menunggu panggilan itu disambung.

"Hello babe."  Suara Hannah kedengaran mengantuk di hujung talian.

"Hello Hannah! Oh my god! Kau tau tak apa yang berlaku?"

"You just lost your virginity?"  Hannah meneka secara rawak. Matanya terlalu kelat untuk dibuka.

Maya memutarkan bebola mata. "No you idiot!"

"Wait, are you still virgin?"

"Oh shut up, Hannah! Boleh tak kita jangan cakap pasal hal tu?" Bentak Maya kepada rakan baiknya.

"Uhm..how do i know??"  Hannah menguap lebar. Apa sajalah berita yang hendak disampaikan.

"Esok malam kita jadi keluar kan? Tengok wayang?" Maya memintal hujung rambutnya sambil berjalan ke balkoni dan bersandar di tiang.

"What do you mean 'kita'?"

"Ayah aku izinkan aku pergi tengok wayang dengan kau."

"What?? Ayah kau baru tertelan ubat apa?"

Maya tertawa besar mendengar jenaka Hannah. "You're crazy!"

Satu-satunya rakan yang dipercayai dan Hannah sangat mengenali Dr. Bruce. Seorang bapa yang sangat tegas dalam pergaulan. Kali pertama Hannah berjumpa Dr. Bruce, dia disoal siasat seperti penjenayah. Dimana Hannah tinggal, siapa ibubapanya.

"Kalau macam tu, aku ambil kau kat rumah dalam pukul 8 malam. Okay?"

"Okay."

"Alright. Aku nak sambung tidur! Jangan kacau aku lagi! Bye!" Terus dimatikan panggilan tersebut.

Maya tetap tersengih seperti tadi. Perasaan terujanya memuncak kerana sudah lama rasanya dia tidak dapat keluar bersosial pada waktu malam. Jadi, inilah peluang yang ada dan Maya tidak akan mensia-siakannya. Hatinya berkutik gembira dan tidak sabar menunggu malam esok.

Dikala mengelamun sendiri, pandangan Maya tertacap di bawah tiang lampu yang berdekatan dengan rumahnya. Di situ, kelihatan sebuah motorsikal bersama seorang lelaki yang berpakai serba hitam sedang menghisap rokok.

Jantung Maya berdebar-debar semasa lelaki itu memperlihat wajahnya dari cahaya lampu tersebut.

It's him. Getus Maya di dalam hati.

***

To be continued..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience