Rate

5

Other Series 308

"Earth to Maya!"

Jeritan Hannah memeranjatkan Maya sekaligus fail di tangannya bertaburan jatuh ke lantai. Dada Maya berderau disebabkan sergahan itu. Hannah tertawa besar apabila reaksi Maya seperti ayam berak kapur. Pasti separuh rohnya sudah melayang.

"Hannah! What is wrong with you??" Maya membentak seraya mengutip helaian kertas di lantai.

"What is wrong with me? What is wrong with you?? Sejak dua tiga hari ni, aku tengok kau asyik termenung je." Hannah turut membantu Maya.

Maya menjawab soalan Hannah dengan jelingan tajam. Setelah kertas dikutip, mereka berjalan seiringan di hallway kemudian menuju ke multipurpose room. Di situlah tempat pelajar kolej menghabiskan masa sekiranya tiada kelas yang berlangsung. Mujur keadaan di sana agak lenggang jadi bolehlah Maya menghabiskan masanya disitu.

"Taknak share apa-apa dengan aku ke Maya?" Hannah galak menyakat.

"No." Tegas Maya.

"Are you sure? Sebab aku rasa ada sesuatu yang kau sembunyikan je?"

"Stop it, Hannah." Maya tidak menghiraukan senyuman nakal gadis berambut perang di hadapannya.

"Yup. Definitely there is something. Come on Maya. Tell me?"

Hannah tetap menyusik Maya dan menggangu ketika temannya sedang tekun menatap skrin laptop di meja. Malas hendak melayan, Maya abaikan saja gangguan itu dan tetap fokus dengan kerja yang dibuat.

"What's up?"

"Oh hi baby." Hannah tersenyum gatal semasa teman lelakinya menyapa dari belakang.

Mereka berdua berpelukan dan sesi berkongsi air liur pun bermula. Maya hanya membatukan diri, dia berasa tidak selesa melihat adegan tersebut. Pasangan itu sakan bercium tanpa mempedulikan mata yang memandang.

"Get a room guys. People are looking."

"So? Do i care? Kan baby?"

Nathan pamerkan barisan gigi putihnya yang terkenal. Seperti Hannah, Nathan juga mempunya reputasi di kolej ini. Mereka ibarat Romeo and Juliet. Cerita sensasi tentang percintaan mereka juga telah tersebar. Jadi tidak hairanlah semua pergerakan diperhatikan. Tapi itulah budaya di kolej mereka. Siapa yang mempunyai populariti akan dipandang tinggi dan sebaliknya.

"Hi Maya." Nathan menegur gadis si rambut hitam.

"Hi, Nathan." Maya membalas pendek.

"Korang tengah buat apa?" Seraya bertanya Nathan duduk di kerusi bersama Hannah di ribanya.

"Tengah chill je sayang. Taktau nak buat apa. Lepak sini jelah."

"Really? Tak ada kelas?"

"Nope. Kenapa sayang? You nak ajak i pergi dating ke?" Hannah merengek gedik. Kepalanya dilentok manja pada bahu teman lelakinya.

Maya menggeleng kepala melihat gelagat rakan baiknya. Kadang-kadang Maya rasa meluat pun ada dengan perangai Hannah yang selalu menggunakan kemanjaan untuk memikat lelaki. Kerana bagi Maya, bukan itu cara yang betul. Untuk memikat atau menangkap perhatian lelaki tidak perlu menggadai harga diri, cukup sekadar bersikap matang dan menjadi diri sendiri. Itu sudah memadai buat Maya. Namun, lain orang lain cara.

"Kalau you tak busy..i nak ajak you makan."

"Awesome! Babe, jom lah kita pergi sekali. Nathan nak belanja ni." Hannah berkata dengan nada teruja.

"No. Kau pergilah berdua. Aku nak lepak kat sini." Maya masih menatap skrin laptop.

"Ala..jomlah Maya." Giliran Nathan memujuk Maya.

"Sorry guys. Korang pergilah. Aku okay kat sini. Lagipun, ada kerja nak buat." Maya menolak secara baik.

Sebenarnya, bukannya sibuk sangat cuma Maya tak berapa suka duduk melepak tanpa sebab. Duduk dan berbual bukan caranya. Dia lebih suka membaca buku untuk mengisi masa terluang. Walaupun Hannah tidak mempunyai perangai yang sama dengannya, tetapi mereka tetap berkawan baik. Hannah cukup mengenali tabiat rakannya itu, jadi dia tidak mahu memaksa Maya untuk pergi.

"Are you sure?"

"Yes Hannah. Bila lagi korang nak dating berdua kan? Jadi kau pergilah."

Sengaja Maya memberi peluang kepada mereka berdua. Hannah tersenyum simpul kemudian mereka bingkas bangun dan berdiri di hadapan Maya.

"Betul ni?"

Hannah mempelawa sekali lagi, tidak sampai hati dia hendak meninggalkan Maya keseorangan. Tetapi Maya masih menolak dan menyuruh Hannah berseronok dengan Nathan. Tambahan lagi, Maya tidak mahu mengacau temujanji mereka.

Maya membalas dengan gelengan kepala semasa Hannah memandangnya.

"Pergilah Hannah. Jangan risaukan aku."

"I rasa Maya nak bagi kita privacy. Kan Maya?" Nathan mengenyit matanya pada Maya.

"Indeed."

"Okay..jangan cakap aku tak ajak." Hannah membetulkan rambut dan skirtnya beberapa kali.

Setelah siap perkemaskan diri, mereka beredar dari situ. Tetapi Hannah sempat menoleh ke arah Maya sambil mulutnya berbisik 'thank you' bersama sengihan nakal. Kening Hannah terjungkit berkali-kali. Hampir tergelak Maya dibuatnya, keletah Hannah menjadi hiburannya setiap kali berjumpa. Akhirnya, mereka hilang dari pandangan.

Maya menghela nafas sambil bersandar di kerusi. Kerja di laptop hampir selesai, kelas seterusnya pula masih lambat lagi. Jadi dia habiskan masa dengan membaca novel kesukaannya iaitu The Count of  Monte Cristo. Sebuah karya tahun 1844 dari penulis Perancis, Alexandre Dumas. Maya merupakan peminat genre adventure dan horror. Banyak lagi hasil nurkilan Alexandre Dumas telah dibaca, namun The Count of Monte Cristo adalah novel pilihannya sepanjang masa.

"Best ke cerita tu?"

Maya menoleh ke arah suara garau yang menegurnya. Seorang lelaki dengan gaya slick back dan berkumis nipis sedang tersenyum memandangnya. Jejaka itu terus duduk dihadapan Maya tanpa meminta izin, beg sandang miliknya diletakkan ke atas meja.

Maya memandang dengan perasaan hairan.

"Do i know you?"

Air muka lelaki itu berubah kelat, sengihan yang terukir juga kelihatan kekok. Dia tidak menyangka gadis itu tidak mengenalinya. Sedangkan mereka berada di kelas yang sama iaitu Ekonomi.

"Awak tak kenal saya?"

Tanpa teragak-agak Maya menggelengkan kepalanya. Sungguh, ini kali pertama dia melihat wajah lelaki di hadapannya.

"Oh my..malunya saya." Pipi si jejaka terasa panas.

"Maaf..saya memang tak perasan awak sebelum ni. Kita pernah berbual ke?"

Lagilah bertambah malu lelaki itu dibuatnya. Jarinya menggaru kepala yang tidak gatal. Kenapalah dia boleh terfikir hendak menegur Maya? Tetapi dia tidak dapat menahan diri untuk tidak menegur memandangkan Maya berseorangan saat ini tanpa Hannah. Jadi ini adalah peluang terbaik Danny.

"It's okay. Let me introduce myself. My name is Daniel but you can call me Danny. Actually, yes. Kira pernah berbual. Dalam kelas Ekonomi kita pernah sekumpulan."

Lelaki bernama Danny memperkenalkan diri dan mengingatkan Maya tentang pertemuan mereka. Maya cuba mengingat tetapi otaknya gagal berfungsi saat itu. Kejadian yang dimaksudkan tidak terbayang di dalam kepala. Ianya samar-samar.

"Oh my god. I am so sorry.."

"Awak dah ingat?"

Maya mengemam bibir dan tersenyum kelat. "No i don't."

"Yeke? Okay, how about this? Awak pernah dengar cerita pasal gambar lelaki berbikini yang viral baru-baru ni kat kolej?"

Siapa yang tidak tahu? Selepas naik cuti semester, semua pelajar di kolej menerima gambar lelaki berpakaian renang dan ia menjadi tular sepanjang minggu. Maya tidak terlepas dari mendengar tentang cerita itu.

"Yes, i know."

Danny meraup wajahnya dengan tapak tangan. Helaan berat dilepaskan perlahan-lahan. "That's me."

Terasa bengang kerana dia terpaksa menggunakan hal yang memalukan itu sebagai sesi perkenalan, apatah lagi di hadapan gadis kesukaannya. Sejak dari mula semester lagi Danny sudah menyukai Maya tetapi hasrat itu tidak pernah tercapai. Bagi Danny, Maya seorang perempuan baik dan tidak gemar bersosial. Berbanding dengan latar belakang Danny yang sentiasa dikerumi peminat perempuan di kolej kerana dia merupakan seorang altet.

Maya menyembunyikan senyuman itu dengan mengetap bibir. Sekarang barulah dia ingat sepenuhnya siapa Danny.

"This is so embarassing. Actually, i am sorry. Saya menggangu masa awak." Danny bingkas bangun.

"Eh Danny. It's okay. Please have a seat."

"Are you sure? Saya tak ganggu awak?" .

"Not at all." Maya menggeleng. "By the way, my name is Maya."

Danny duduk kembali apabila mendapat respon positif dari Maya. Derauan dadanya semakin laju kerana inilah kali pertama mereka berbual.

"I know. Saya tau nama awak."

"Maaf lagi sekali, saya memang tak ingat kita sekelas Ekonomi." Maya berasa serba salah kerana kepekaan memorinya yang teruk.

Danny tersengih lebar sambil menggeleng kepalanya. "Pelik sebab awak tak ingat saya. Satu kolej ketawakan saya bila gambar tu tersebar."

"Speaking about that. Apa yang berlaku sebenarnya?" Maya menongkat dagu sambil memandang Danny.

Lelaki itu terpana melihat kemanisan wajah si gadis di hadapannya itu. Ditenungnya wajah Maya tanpa kelip, seolah-olah mereka berdua berada di dunia yang lain.

"Danny? Are you listening?"

Danny tersedar apabila Maya memetik jari runcingnya. Dia terleka saat sedang tekun menatap wajah manis itu sehingga tidak mendengar soalan yang diajukan.

"Sorry. Awak tanya apa?"

"Saya tanya..kenapa gambar awak boleh tersebar. Apa yang jadi?"

"Well, i don't know how to start. Ini semua gara-gara cabaran bodoh yang kawan saya tetapkan masa kami main permainan True or Dare. Kalau nak tau, kawan saya memang selalu kenakan saya."

"Jadi awak pakai bikini sebab kena cabar? Kawan-kawan awak yang sebarkan gambar tu?" Maya semakin berminat dengan cerita jejaka tersebut. Ianya menarik.

"Exactly. Bila teringat balik memang memalukan. Saya pernah kena lagi teruk dari ni. Kawan saya memang tak suka tengok saya senang. Mereka pernah set blind date saya dengan janda kaya raya. Mereka buat akaun dekat aplikasi chatting guna gambar saya dan menyamar jadi saya. Oh my.." Danny memutarkan bebola matanya.

"Apa jadi?" Maya hampir tergelak melihat reaksi Danny.

"Satu pengalaman yang menakutkan. Saya hampir jadi gigolo masa tu."

Danny mempamerkan wajah jijik dengan gaya yang bersungguh-sungguh. Dia tidak mungkin akan melupakan detik hitam itu. Semua ini gara-gara usikan melampau dari rakan sepasukan atlet.

"Shut up!" Bebola mata Maya membesar saat mendengar cerita itu. "Really?"

"Really. Saya tak tau apa yang akan jadi, kalau saya tak selamatkan diri sendiri waktu tu. Bila difikirkan balik memang ngeri."

"Kawan awak tak tolong?"

"Tolong..tapi tolong tinggalkan saya dengan janda tu."

Maya tidak dapat mengawal dirinya dari ketawa besar sehingga terdongak ke belakang. Mulutnya ditekup dengan tapak tangan agar ketawanya tidak terlepas.

"Selalu ke mereka kenakan awak?" Ketawa Maya masih bersisa.

Danny mengangguk. "Everytime. Contoh macam sekarang lah, mereka cabar saya bercakap dengan awak."

Dikala itu, Danny tersedar yang dia sudah terlepas cakap di hadapan Maya. Mukanya mula terasa panas kerana bengang apabila Maya berhenti ketawa dan terdiam.

"Maksud saya, selama ni saya nampak awak dengan kawan awak, Hannah. Tapi hari ni awak seorang. Jadi kawan saya suruh saya duduk berbual dengan awak. Selalunya saya nampak awak kat library..."

Sekali lagi Danny terlepas kata. Dirinya terasa bodoh saat itu. Maya tergamam seketika apabila lelaki itu mengaku selalu melihat dirinya belajar di perpustakaan.

"Are you stalking me?"

Terbeliak biji mata Danny dibuatnya. Dia kehilangan kata-kata dan mengelakkan mata dari bertemu. Maya masih menanti jawapan dari jejaka itu. Ditenung wajah itu sedalam-dalamnya.

"Please dont get me wrong. Saya bukan macam yang awak sangka. Secara kebetulan saya memang selalu lepak dekat library dan perasan awak rajin ke sana..baca buku ataupun buat kerja." Danny lepaskan keluhan berat. "Sounds creepy right?"

Maya mengangguk bersetuju. Ternyata selama ini gerak gerinya diperhatikan dalam diam. Maya tidak tahu apa yang sepatutnya dikatakan. Sama ada dia perlu berasa takut atau terharu.

Danny menahan gusar semasa melihat air muka Maya berubah keruh. Pasti dirinya dianggap penyumbangweleng.

"Can i know why?"

"Sebab..saya suka kat awak."

Maya berasa malu semasa mendengarkan pengakuan lelaki yang baru sahaja dia kenal itu. Pipinya terasa bahang dan Maya mengalihkan pandangan ke riba. Segan hendak bertentang mata dengan Danny.

Danny pula berasa lega apabila perasaan yang dipendam itu terluah juga akhirnya. Setelah berbulan-bulan Danny sekadar memandang Maya dari jauh, kini mereka berbual dan Danny memberanikan untuk menyuarakan isi hatinya. Tidak sia-sia dia menerima cabaran teman sepasukannya.

Keadaan menjadu hening seketika, Danny membetulkan duduknya apabila Maya kelihatan tidak selesa dengan situasi tersebut. Barangkali pengakuannya terlalu mengejut hendak diterima, tetapi Danny tidak mampu berselindung lagi. Lambat atau cepat hasrat di hati harus diluahkan.

Seketika kemudian, kendengaran loceng berbunyi menandakan kelas seterus Maya bakal bermula. Maya mengemas segala barang di atas meja seraya tersenyum pada Danny.

"Saya kena pergi sebab kelas dah nak mula." Maya berdiri dari kerusi diikuti dengan Danny.

"Saya pun." Danny terpinga-pinga di hadapan gadis tersebut. "Kita jumpa lagi nanti?" 

"Maybe." Maya berjalan mengundur setapak demi setapak. "Nice knowing you, Danny."

"Hati-hati ke kelas."

Kemudian Maya melambaikan tangannya kepada Danny dan segera berpaling menuju ke pintu utama. Meninggalkan Danny keseorangan di situ. Danny kekal berdiri sambil tersenyum sendiri.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience