Rate

2

Other Series 308

Kaki Maya mengorak langkah menuju ke destinasi seterusnya, iaitu perpustakaan. Di sana Hannah sedang menanti kedatangan kawan baiknya penuh sabar. Maya mempercepatkan langkah dikala melirik jam di tangannya.

"Shit! I am so late." Gumam Maya sendiri.

Kawasan kolej sudah ramai dikerumuni oleh pelajar. Ada diantara mereka muka lama dan ada juga yang baru. Sesekali mata Maya melilau memandang sekeliling, ada yang sedang berborak, ada yang sedang membaca buku dan ada juga yang sedang bermadu asmara. Maklumlah, sesetengah dari mereka adalah pasangan kekasih. Jadi tidak hairanlah jika di sini terserempak dengan pasangan yang sedang bercium mesra. Faham-fahamlah remaja zaman sekarang.

"Maya!!" Kedengaran suara nyaring menjerit dari tingkat perpustakaan. Segera Maya menoleh.

Dari koridor atas Hannah melambai teruja saat kawan baiknya tiba di kolej. Mereka ibarat kembar yang lama terpisah, bila berjumpa kecoh dibuatnya.

Dengan pantas Maya berlari menaiki tangga tidak mempedulikan pelajar lain yang berkumpul di situ.

"Oh my GOD! Hannah!! I miss you so much!" Maya terus memeluk tubuh Hannah seerat-eratnya.

"I miss you too! Lambatnya kau sampai??"

Mereka melepaskan pelukan itu dan berjalan seiringan sambil berpegangan tangan di koridor menuju ke perpustakaan.

"Biasalah. Ayah aku nak hantar pergi kolej. Lepas tu, aku hampir-hampir dilanggar tau."

"Really? Habis kau okay tak?"

"Okay je. Cuma terkejut la. Aku tak perasan motor tu laju masa nak melintas. Nasib ayah aku ada..kalau tak, masuk hospital lah aku."

"Geez. Aku tak dapat bayangkan kalau kau masuk hospital. Tapi nak buat macam mana, kalau kau masuk pun aku akan jenguk kau setiap hari. Takpun aku jaga kau kat sana."

Kepala Maya terlentok manja di bahu Hannah. Terharu mendengar kata-kata kawan baiknya.

"Awh..so sweet of you Hannah."

Sampai di pintu perpustakaan, Hannah menghentikan langkahnya dan berpaling dari situ. Maya berasa pelik apabila gadis berambut perang itu seperti bersembunyi dari seseorang.

"Kau dah kenapa?"

"Aduhai! Kenapa boleh terjumpa kat sini." Hannah menutup mukanya dengan fail.

"Hannah! Kau kenapa?"

"Aku rasa kita tak jadi lepak library lah. Jom kita pergi Cafe je." Hannah tergesa-gesa menarik Maya menuruni tangga.

"Wait a sec! What's wrong with you?" Maya tercungap-cungap bertanya semasa berada di tangga.

"Aku tak nak duduk library. Kat sana ada Nathan!"

"But why?"

"Nanti aku cerita."

Akhirnya mereka berdua masuk ke dalam Cafe kolej dan mengambil tempat di salah satu meja di sudut dinding. Mujur di Cafe tidak ramai pelajar jadi kuranglah sesak di situ.

Seorang pelayan lelaki menghampiri meja mereka untuk mengambil pesanan. Si pelayan tersenyum manis ketika matanya galak merenung Maya, ia membuatkan Maya menjadi kurang selesa. Hannah yang sedar adegan itu melepaskan batuk kecil sebagai amaran.

"Excuse me?" Hannah menjungkit keningnya pada si pelayan.

"Oh i'm sorry. Can i take your order?"

"Give us two orange juice." Hannah terus memberi pesanan secepatnya. Dia mengipas tangan di muka untuk menghilangkan rasa haba akibat berlari. "Cepat sikit ye."

"Baik."

"So tell me. What happened?" Tanya Maya setelah pelayan berlalu.

"Cuba teka malam tadi aku keluar dengan siapa?" Hannah tersengih gatal.

"How do i know?"

"Ughh! Malam tadi aku keluar dengan Nathan. Dia ajak aku pergi Spalsh Bar untuk sambut birthday best friend dia. Can you imagine that? Dalam ramai-ramai kawan perempuan, dia ajak aku!?"

"Wow. That's amazing." Maya memutarkan bebola matanya.

Hannah mempunyai reputasi di kolej. Dia sangat dikenali dan sering bertukar-tukar teman lelaki. Tidak hairanlah, kerana rupa paras Hannah memang cantik dan setiap pelajar lelaki di sini tergila-gilakan Hannah. Namun Maya tidak pernah berasa cemburu dengan keadaan itu. Dia cuma berasa risau dengan pergaulan bebas kawan baiknya sahaja.

"Are you being serious or sarcastic?"

"Kau rasa?" Jelas sekali Maya menyindir.

"Aku suka kat dia lah, Maya." Hannah menongkat dagu dengan tangan sambil tersengih angau.

"Baru bulan lepas kau cakap kau suka dekat James, kapten rugby kat kolej ni. Sekarang dah suka orang lain? Baguslah."

Hannah mencebik masam. "Alah, aku dengan James cuma kawan je. Tapi dengan Nathan ni lain."

"Aku rasa macam pernah dengan ayat tu sebelum ni. Tapi kat mana ye?"

Seketika kemudian, pelayan itu datang semula dengan dua gelas jus oren di dulang dan dia berlalu ke meja pelajar lain. Maya terus menyambar jus oren yang kelihatan menyelerakan itu.

"Malam ni aku nak pergi tengok wayang dengan Nathan. Kau nak ikut tak?"

"Aku?" Laju Maya menggeleng. "Kau ingat ayah aku bagi aku keluar malam sesuka hati?"

"Tulah pasal. Kalau kau nak ikut, aku boleh suruh Nathan bawa sepupu dia. Double date." Hannah mengenyit mata kirinya sambil menyedut jus oren.

Bebola mata Maya membesar serta-merta. Maya menggeleng kepala sekali lagi kemudian dia bersandar di kerusi sambil berpeluk tubuh.

"Oh come on, Maya."

"Seriously? When are you mending your ways?"

"It has nothing to do with my ways. It has to do with my life patner. Kau tak teringin ke nak ada boyfriend? Jatuh cinta?"

"Of course I am. I just don't agree with your ways."

"What's wrong with my ways?"

Maya tersenyum kecil. "Bagi aku jatuh cinta hanya sekali dan ia dibawa sampai ke mati."

Benar. Cinta sejati hanya datang sekali, tiada kedua atau ketiga. Walaupun Maya tidak pernah bercinta atau mempunyai hubungan dengan mana-mana lelaki, tetapi dia yakin satu hari nanti lelaki tersebut akan muncul.

"That is so..sweet." Hannah berpura-pura mengerdipkan matanya. Tersentuh kononnya.

"Are you being serious or sarcastic?"

"Kau rasa??" Hannah memulangkan paku buah keras pada Maya.

"Say whatever you want. Tapi aku tetap dengan pendirian aku walaupun kolot." Beg dan buku di atas meja dicapai oleh Maya.

"Suka hati kaulah Maya. Aku doakan semoga kau berjumpa dengan Prince Charming kau ye."

"Thank you. Itupun kena tunggu aku habis belajar. You know the rules. Dilarang bercinta semasa belajar." Maya bingkas bangun dari kerusi. Kelas Ekonomi akan bermula sebentar lagi, jadi dia tidak mahu terlambat.

"Kau nak pergi mana?" Hannah memandang rakan baiknya penuh hairan.

Maya menunjuk jam di tangannya. "It's 9.30 a.m. I have Economy class at 10 a.m. Got to go."

"So early? Relax lah Maya." Rengek Hannah pada kawannya.

"Sorry babe. Aku kena pergi. Jumpa nanti." Maya berjalan mengundur sambil melambai ke arah gadis berambut perang itu.

***

Jam menunjukkan pukul 3 petang, ketiga-tiga kelas Maya telah tamat. Masih terlalu awal jika hendak pulang ke rumah. Hannah pula sudah lama tamat kelas, dia perlu bersiap untuk temu janjinya malam ini.

Keluhan perlahan dilepaskan, Maya melangkah keluar dari kelas yang kian kosong. Niatnya ingin pergi ke perpustakaan sebelum balik. Di sana, Maya boleh menelaah pelajaran dalam keadaan tenang.

Suasana di perpustakaan tidak sesesak selalu. Maya ambil tempat di tepi tingkap, kedudukan yang agak terbuka. Laptop dibuka sebaik saja melabuhkan punggung. Sambil membalas komen di media sosial Maya mendengar lagu kegemarannya, Killing Me Softly. Muzik RNB menjadi pilihan Maya. Jarinya semakin lincah menari di papan kekunci.

Sesekali Maya melirik jam dinding perpustakaan agar tidak terlepas masa. Ia menunjukkan pukul 4 petang. Masih ada lagi satu jam sebelum perpustakaan awam di tutup. Rasanya masih sempat jika Maya siapkan beberapa tugasan sebelum balik.

"Miss, kami dah nak tutup perpustakaan." Seorang pengawas perpustakaan menegur Maya di meja.

Seraya, Maya melihat jam dinding tepat menunjukkan pukul 6.20 petang. Hampir tidak perasan waktu cepat berlalu.

"Oh my god. I am so sorry. Saya tak perasan dah lebih pukul 6."

"S'okay. Kami baru mula mengemas."

Maya tersengih kekok ketika matanya perasan hanya tinggal dia seorang di situ. Separuh dari kawasan itu telah dimatikan lampu, keadaan menjadi bertambah kekok kerana pengawas perpustakaan itu adalah lelaki. Dia tersenyum manis dan di tangannya memegang beberapa buku tebal. Sekali pandang, agak kacak orangnya. Maya tersipu malu ketika ditenung begitu lama.

Setelah barang siap dikemas, Maya berlalu pergi dari kawasan perpustakaan. Cuaca petang itu kelihatan mendung, menandakan hujan bakal turun.

Ketika melintas jalan ke seberang, telefon Maya berdering lantas terus diangkat tanpa melihat nama pemanggil.

"Hello."

"Hello, sunshine. Ayah ni."

"Oh, hi Dad." Maya berjalan di tepi bahu jalan sambil membetulkan rambut. "Ada apa?"

"Saja ayah nak call. Rindu kat anak ayah." Dr. Bruce mengusik. Sungguh dia selalu merindui anak kesayangannya.

Maya tertawa kecil. "Merepek betul. Serumah pun nak rindu ke ayah?"

"Of course. Ayah nak tanya, Maya dah balik kolej? Hannah dah hantar ke rumah?"

Maya menggigit lidah apabila ditanya soalan itu. Otaknya ligat berfikir jawapan yang sesuai. Kebiasaannya, Hannah akan menghantar Maya pulang. Tetapi hari ini tidak, jadi Maya memutuskan untuk mengambil teksi atau berjalan kaki sahaja. Lagipun jarak diantara kolej dan rumah tidak berapa jauh. Mengambil masa 15 minit kalau berjalan.

"Emm..Maya baru nak balik. Tengah tunggu Hannah."

"Lambatnya? Bukan kelas habis pukul 3?"

"Right. Tapi tadi Maya stay library, nak baca buku. Sambil tunggu kelas terakhir Hannah."

Maya berbohong kepada ayahnya. Jujur, Maya tidak suka berbohong tetapi dia terpaksa kerana sikap overprotective Dr. Bruce kadang-kadang merimaskan Maya. Jika si ayah tahu Maya pulang rumah sendirian, pasti dia akan panik. Kerana itulah, Maya menipu. Sebagai anak, Maya tidak sampai hati. Tetapi demi tidak mahu menyusahkan ayahnya.

"Oh. Maya terus balik kan?"

"Ye ayah. Mana lagi Maya nak pergi?"

"Okay. Kalau macam tu, ayah pergi dulu. Ada meeting kejap lagi. Cakap dengan ibu, ayah balik lambat sikit. Around 10 p.m."

"Alright. Maya sampaikan."

"See you, sunshine. I always love you."

"Me too."

Sesudah itu, Maya mematikan panggilan dan terus berjalan sampai ke sebuah lorong. Kawasan itu adalah banggunan lama dan masih mempunyai penghuninya. Cuma pada waktu petang suasana agak sunyi. Sekurang-kurangnya ada beberapa kenderaan yang lalu di situ. Kuranglah rasa takut Maya.

Ketika sampai di simpang jalan, Maya terus melintas tanpa menoleh kiri dan kanan kerana jalan di situ agak lenggang. Tetapi nasib tidak menyebelahi Maya sekali lagi dikala dia ingin menyeberang, sebuah motorsikal memecut laju di hadapannya dan menyebabkan Maya tersembam ke tanah kerana mengelak. Habis semua buku dan isi kandung beg tangan Maya tertaburan di jalan.

Bengang dengan kejadian itu, Maya segera bangun dan melihat motorsikal tersebut penuh geram. Penunggang itu tidak menoleh tetapi dia memberhentikan motornya di tengah jalan.

Saat itu, Maya tersedar. Baju, jenis motorsikal dan nombor pendaftaran ternyata sama dengan penunggang yang hampir terlanggarnya pagi tadi. Apalah malangnya nasib Maya dilanggar kali kedua oleh orang yang sama.

Perasaan cuak mula timbul apabila kali ini penunggang itu membuka topi keledar dan turun dari motorsikalnya. Ketika lelaki itu menoleh, sepasang anak mata coklat tepat merenung ke arah Maya. Pandangannya redup, tidak menakutkan. Maya semakin tidak keruan tatkala lelaki itu berjalan menghampirinya.

"Shit..i am so dead." Maya mengomel sendiri.

Tambahan pula, kawasan itu sunyi tanpa kenderaan ataupun pejalan kaki yang lain. Terasa jantung bagai direntap apabila mata coklat itu kini berada di depan mata. Mereka berpandangan sesama sendiri tanpa sepatah kata. Lidah mereka terkelu seribu bahasa.

Ryder terkesima melihat raut wajah perempuan di hadapannya saat ini. Alis mata yang lentik, hidung mancung yang terletak, kulit dan pipi yang gebu, warna anak matanya hazel. Yang paling menggugat naluri lelakinya ketika dia melirik bibir munggil perempuan tersebut.

Cantik. Nampak polos dengan juntaian rambut di dahi, wajah yang semula jadi jelita dan lelaki itu percaya tiada sedikitpun bahan kimia yang tercalit di mukanya.

Pada masa yang sama, Maya amati wajah lelaki itu. Satu perkataan yang mampu diungkap.

Kacak.

Lelaki di hadapannya mempunyai raut wajah yang maskulin. Mata, hidung dan bibir lelaki itu ditenung tanpa berkelip. Siapapun dia, Maya tidak menyesal berlanggar dengannya. Ketinggiannya  menampakkan Maya terasa kecil hingga terpaksa mendongak sedikit.

Setapak demi setapak, kini mereka hanya berada di jarak beberapa langkah. Ryder menyedari buku dan beg yang bergelimpangan di jalan, lalu dia membongkok untuk mengutip barang itu. Maya sekadar memerhati, berdiri kaku di situ. Satu persatu buku di susun elok, beg tangan dicapai kemudian lelaki itu menyerahkan semua kembali kepada Maya.

Huluran disambut teragak-agak. Tiada sebarang kata terima kasih atau minta maaf yang terucap. Pandangan mata mereka bagai dipatri.

Bunyi guruh menyedarkan Maya dari lamunan, cepat-cepat Maya alihkan pandangannya. Tetapi tidak Ryder, dia tidak mahu terlepas pandang. Maya mengerling dengan ekor mata semasa menyelitkan rambutnya di telinga. Buku itu dibawa ke dada lalu memeluknya erat. Kemudian Maya mula berjalan mengundur ke belakang, setapak demi setapak.

Akhirnya, barulah Maya berpaling, terus berjalan dan tidak menoleh kebelakang sedikitpun. Ryder masih berada di posisi yang sama, tegak berdiri memandang perempuan itu berlalu sehingga hilang dari pandangan.

Biarpun hujan telah turun, Ryder kekal di situ. Bayangan wajah menggoda itu sudah tersemat di ingatannya. Rasa penasaran dan keinginannya membuak-buak. Dia mahukan wanita itu, dia ingin miliki hati itu. Dia mahu wanita itu menjadi kepunyaannya seorang. Jadi Ryder bertekad, akan mencari dan menjadikan perempuan tersebut 'permainan' terbarunya.

Takdir telah menemukan mereka sekali lagi, pertama kali Ryder melihatnya sewaktu pelanggaran yang berlalu pagi tadi. Dan kali ini Ryder semakin mempercayai perempuan itu bakal menjadi seseorang yang penting dalam hidupnya.

Apabila Ryder berpaling, dia ternampak sesuatu yang berkilat di atas jalan raya. Lantas, Ryder mengutipnya. Ia merupakan seutas rantai emas berloketkan huruf 'M' dan semestinya milik si gadis tadi. Rantai itu digenggam erat.

Senyuman sinis yang menampakkan lekuk lesung pipitnya mula terukir.

"Mine."

***

To be continued..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience