Dr. Bruce menyelak helaian kertas sambil berdiri di hadapan pesakit tersebut. Setelah membuat diagnosis dan pemeriksaan ke atas pesakit itu, tugas seterusnya adalah mendapatkan rawatan khas. Luka yang dialami wanita itu agak dalam akibat kesan torehan. Tetapi ianya semakin membaik.
"Macam mana dengan luka saya Doktor?" Pesakit itu bertanya cemas.
Dagu pesakit diampu oleh Dr. Bruce seraya membelek kesan luka di mukanya. Setelah berpuas hati, Dr. Bruce tersenyum kepadanya.
"Berita baik untuk awak kerana awak dah tak perlu pakai pembalut luka lagi." Seraya itu, Dr. Bruce duduk di kerusinya.
Air muka pesakit itu berubah dari risau ke ceria saat mendengarkan jawapan positif dari doktor lelaki tersebut.
"Really?"
Dr. Bruce mengangguk dan menunjukkan hasil laporan kepada pesakit itu.
"Penyembuhan bermula dengan pembersihan oleh sel phagocytes iaitu sejenis sel darah yang menelan kuman dan bendasing. Kemudian diikuti dengan pembentukan tisu granulasi pada dasar luka. Oleh kerana luka ini besar, jadi ia memerlukan sel myofibroblast yang berfungsi mengecutkan luka sambil membentuk tisu epithelium dari pinggir luka sehinggalah keseluruhan luka sembuh sepenuhnya."
Perempuan itu semakin gembira apabila membacanya kerana luka di mukanya semakin pulih. Sebelum ini dia berasa putus asa untuk hidup, tetapi harapannya berputik kembali. Semua ini kerana bantuan dan rawatan khas dari pihak hospital.
Wanita itu melihat kesan luka yang semakin mengering di cermin. Walaupun ia masih di peringkat awal penyembuhan namun wanita itu berpuas hati.
"Luka ni boleh cepat sembuh ke doktor?"
"Secara umum, luka kanak-kanak lebih cepat sembuh berbanding orang dewasa kerana sesetengahnya mempunyai systemic factors. Contohnya faktor umur, diabetes, kekurangan albumin atau protein dalam badan atau pesakit kanser. But don't worry, they'll go away."
Wanita itu berasa lega saat mendengarkan penerangan doktor itu. Tidak lama lagi, wajahnya bakal cantik seperti semula. Mujurlah, dia sempat mengubatnya.
"Terima kasih sangat-sangat. Doktor bagi saya harapan dan bantu merawat saya tanpa syarat. Saya tak tau nak balas macam mana jasa baik doktor."
Dr. Bruce tertawa kecil. "Itu tugas saya sebagai doktor membantu pesakit. Saya bantu semampu saya. Selebihnya bergantung pada diri sendiri. Kalau awak nak lebih cepat sembuh, pastikan awak ambil makanan yang sihat, kaya dengan protein macam ayam, ikan dan telur. Banyak makan sayur dan cuci luka ikut nasihat yang diberikan. Saya akan sertakan sekali dengan tablet dan krim yang sesuai untuk luka awak. Lagi satu, awak merokok?" Dr. Bruce menulis sesuatu di kertas kemudian memandang ke arah pesakit itu.
Wanita itu mengangguk perlahan. "Kenapa doktor tanya?"
"Saya sarankan supaya awak berhenti merokok. Kerana ia boleh membunuh sel yang hidup dalam badan awak sekaligus melambatkan penyembuhan luka."
"Baik."
Dr. Bruce tersenyum nipis saat melihat wanita itu menundukkan kepalanya sedikit. Usaha untuk berhenti merokok memang susah kerana ia sudah sebati di dalam badan tetapi demi kesihatan, pesakit itu harus mencuba.
Setelah memberi prescription kepada si pesakit, terdetik satu persoalan di minda Dr. Bruce. Ketika si wanita sedang leka membaca kertas itu, Dr. Bruce menekap kedua tapak tangannya sambil bersandar.
"Apa yang berlaku sebenarnya?"
Wanita itu mengangkat kepalanya apabila ditanya. Tetapi lidahnya kelu untuk memulakan cerita. Peristiwa hitam yang berlaku kepadanya tidak mungkin dilupakan. Ianya detik yang ngeri bagi dirinya.
Dia berasa malu hendak berkongsi cerita kerana latar belakangnya yang kotor. Tetapi riak wajah doktor lelaki itu tetap tenang dan menanti pesakit wanita tersebut bersuara. Dari pengamatan wanita itu, doktor yang merawatnya nampak seperti lelaki baik dan boleh dipercayai. Jadi dia bersetuju untuk menceritakan hal itu.
"Just so you know..saya bekerja sebagai pekerja seks.." kata-katanya termati.
"Is okay..go on. Saya tak akan menilai awak." Dr. Bruce menyuruh pesakit itu meneruskan ceritanya kerana perasaan ingin tahunya membuak-buak.
"Seperti biasa, saya akan berada di kawasan lorong untuk menunggu pelanggan. Pada malam kejadian, saya ternampak seorang lelaki dan menawarkan dia servis..emm.."
Dr. Bruce mengangguk padanya sebagai isyarat dan wanita itu nekad menyambung ceritanya.
"Kemudian dia bawa saya ke satu tempat..dan di sana dia mula memperlakukan saya dengan kasar. Saya dipukul dan ditendang berkali-kali. Muka saya pula ditoreh dengan benda tajam. Saya tak sedar apa yang berlaku lepas tu, sehingga saya di bawa ke hospital oleh salah seorang pengawal keselamatan yang menjaga tempat tu..saya tak tau apa yang jadi dan kemana dia pergi." Terang wanita itu bersungguh-sungguh.
Saat mendengar kisah itu, Dr. Bruce berasa gelisah secara tiba-tiba. Dari penceritaan wanita tersebut, Dr. Bruce dapat mengagak lelaki itu tiada niat untuk merompak atau merogolnya. Persoalannya, kenapa dia menjadikan wanita ini sebagai mangsanya?
"Awak kenal muka lelaki tu?"
Wanita itu menggeleng. "Saya tak pernah nampak muka dia sebelum ni. Raut wajah dia tak menggambarkan personaliti dia..sesiapa yang pandang dia tak akan tau siapa dia sebenarnya. Masa tu malam terlalu pekat, jadi saya kurang cam. Mungkin kalau saya terserempak atau terjumpa, saya akan kenal."
"Awak tak nak buat laporan polis?"
Helaan panjang dilepaskan oleh wanita tersebut kemudian bibirnya menguntum senyuman sinis.
"Saya ni pelacur doktor. Kes yang melibatkan orang macam kami tak pernah dilayan. Lagipun, bapak ayam saya tak benarkan sebab boleh menjejaskan perniagaan mereka. Pihak berkuasa tak boleh buat apa-apa pun." Tuturnya dengan nada sedih.
"Ironi..mereka juga tergolong dalam pelanggan setia kami." Tambah wanita itu lagi.
Dr. Bruce turut merasai perasaan pesakit wanita itu, dunia sememangnya kejam dan tidak adil. Golongan seperti mereka selalu diabai dan ditindas, kes jenayah yang melibatkan mereka tidak dianggap serius. Dr. Bruce tertanya-tanya dimanakan keadilan dan kemanusian pada zaman ini? Namun, itulah realiti hidup.
"Semoga pelaku tu dapat balasan secepatnya." Dr. Bruce menggengam tangan pesakitnya untuk memberi semangat.
"Terima kasih doktor."
***
Maya mendongak ke langit dan melihat cuaca masih terang pada petang itu. Dia segera mempercepatkan langkah ingin menuju ke bustop berdekatan kawasan kolej. Hannah tidak dapat menghantarnya seperti biasa kerana dia mendapat berita ibunya masuk ke hospital. Kerana Maya tidak mahu menyusahkan sesiapa, akhirnya dia memutuskan untuk menaiki pengangkutan awam supaya lebih cepat sampai.
Semasa Maya berlari-lari anak menuju ke destinasi, tangannya disambar secara tiba-tiba menyebabkan badan Maya serta merta terdorong ke belakang tetapi sempat disambut oleh seseorang.
Saat menoleh, rupanya individu yang menariknya adalah Ryder. Dalam masa yang sama, Ryder menguntum sebuah senyuman kepada Maya dan menariknya lebih rapat.
Ryder menatap anak mata Maya tanpa kelip, bau haruman minyak wanginya terbau di rongga hidung. Ianya merangsang deria bau sesiapa saja yang terhidu. Dari tadi Ryder menunggu kelibat gadis berambut hitam itu di kawasan kolej dan sekarang dia berada di depan mata Ryder. Tetapi Maya kelihatan terburu-buru mengejar sesuatu.
"Ryder..awak rupanya."
"Where are you going?"
Lidah Maya terkelu seribu bahasa saat jari Ryder mula bermain di kulit pipi. Dalam diam Maya menelan air liur.
"Saya nak balik."
Dikala itu, Ryder melihat jam tangannya. "Masih awal. Saya nak bawa awak ke satu tempat."
"Tapi saya kena balik. Sebab ayah saya.."
"Kenapa awak takut sangat dengan ayah awak?" Ryder mula terasa bengang saat mendengarkan alasan Maya. "Atau awak sengaja gunakan nama ayah awak untuk mengelak dari saya?"
"What? No Ryder. Saya bukan mengelak, tapi saya kena balik. Maafkan saya." Maya menarik tangannya dan berpaling dari Ryder.
"Awak tak nak rantai awak semula ke Maya?"
Maya berhenti mengejut kemudian dia berpusing dan berjalan semula ke arah Ryder. Langkahnya diatur bersama perasaan geram ketika melihat lelaki itu melemparkan senyuman senget sambil bermain rantai miliknya.
"Pulangkan balik rantai saya." Tapak tangan Maya menadah seraya meminta.
"Tak semudah itu."
"Awak janji nak pulangkan pada saya semasa pertemuan kedua kita. Kotakan janji awak."
Ryder merenung wajah jelita Maya dan berjalan setapak ke hadapan. Nampak gadis itu tidak senaif yang disangka, dia mempunyai personaliti yang tersendiri. Maya berasa gementar semasa kedudukan mereka semakin hampir.
"Come with me."
"No i can't. I want my necklace back, Ryder."
"Boleh, asalkan awak ikut saya."
Ryder cuba bermain tarik tali dengan Maya. Sengaja dia ingin melihat sejauh mana Maya mengarang alasan.
"Saya tak nak."
"Sama ada awak ikut saya, atau rantai ini jadi milik saya selamanya." Ryder terus berpaling dari Maya dan menuju ke motorsikalnya di bawah pokok.
"Ryder!"
Jeritan Maya tidak diendahkan malah Ryder teruskan berjalan seolah-olah tiada apa yang berlaku. Rantai itu kembali disimpan ke dalam poket. Maya mengikuti Ryder dari belakang dan menahannya semasa dia hendak menaiki motorsikal.
"What is wrong with you? Tolong pulangkan rantai saya balik."
"Yes or no?"
"This is so childish!"
"Wrong answer." Ryder menepis tangan Maya lalu melangkah naik ke atas motorsikal.
"Ryder, please."
"Make your choice, Maya." Motorsikal telahpun di hidupkan, Ryder masih menanti keputusan gadis itu dan berharap hingga ke saat akhir.
Fikiran Maya teramat buntu. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan, sama ada mengikut kehendak Ryder ataupun pulang ke rumah tanpa rantainya. Kedua-duanya memeningkan kepala Maya. Perasaan serba salah kian menebal apabila melihat wajah Ryder. Tetapi pesanan ayahnya lebih diutamakan jadi Maya membuat keputusan untuk beredar pergi tanpa menoleh kebelakang.
"MAYA!"
Maya melajukan larian apabila mendengar namanya dipanggil oleh Ryder.
Perasaan marah mula menyerang Ryder tatkala panggilannya diabaikan. Lalu Ryder mematikan enjin motor dan mengejar Maya yang semakin jauh.
"Maya! Berhenti!" Ryder berlari menghampiri Maya.
Dengan sekelip mata, tangan Maya direntap kasar kemudian Ryder mengheretnya ke tempat yang lebih sunyi.
"Lepaskan tangan saya, Ryder!" Maya mencuba untuk meleraikan pegangan itu.
Sampai di belakang sebuah banggunan kosong, tubuh Maya ditekan ke dinding dan memerangkap Maya di sudut tepi. Dada sasa itu dipukul berkali-kali namun tidak memberi sebarang kesan kepada Ryder.
"Look into my eyes!"
"What do you want from me?" Maya masih menolak dada Ryder.
"I said..LOOK INTO MY EYES!!"
Maya tersentak apabila Ryder mengcengkam dagunya menunggunakan tangan. Raut wajah Ryder kelihatan teramat marah, matanya cerlung memandang Maya. Nafas dan derauan jantung Maya bergelodak serentak. Terasa cengkaman itu semakin melonggar, Maya terus mengalihkan pandangannya ke arah lain. Maya terkejut melihat perubahan drastik Ryder pada saat itu dan takut sekiranya dia diapa-apakan.
Sejujurnya, Ryder tidak mahu menyakiti Maya. Dia tidak mahu gadis tersebut berasa terancam dan terutama sekali takut. Namun sifat panas baran semula jadinya gagal dikawal. Ini semua kerana Maya tidak mahu memberi peluang kepadanya.
"Awak tau apa yang saya nampak masa kali pertama terjumpa awak?"
Maya membalas jawapan dengan gelengan kepala.
"When i look at you, i can see the rest of my life in your eyes."
Ryder menarik dagu gadis pujaannya secara lembut, kemudian dia menghadiahkan sebuah ciuman di dahi Maya. Kelopak mata Maya terpejam rapat secara automatik saat kulit dahinya dikucup. Jantungnya berdebar-debar seperti selalu dan semua ini kerana Ryder. Maya tidak mampu menipu diri sendiri tentang debaran itu setiap kali dirinya disentuh oleh Ryder.
"Please come with me. Saya janji, saya akan hantar awak sebelum ayah awak balik." Ryder berbisik perlahan di telinga Maya.
Tanpa ragu-ragu, Maya menganggukkan kepalanya. Matanya yang terpejam itu segera terbuka apabila tangannya sekali lagi diheret tetapi lebih lembut berbanding tadi. Mereka berdua berjalan ke arah motorsikal Ryder di tempat tadi.
***
To be continued.
Share this novel