Lagu This Is What You Came For oleh Calvin Harris dan Rihanna berkumandang di seluruh kelab. Suasana di dalam itu menjadi gamat dan sesak dengan himpunan manusia yang menari terkinja-kinja. Mengikut rentak clubhouse yang diputarkan oleh DJ.
Di meja barstool, Maya bersama kumpulan rakan kolejnya sedang duduk sambil menikmati minuman dan menari dengan pasangan masing-masing. Hannah dan Nathan sakan berjoget di lantai tari, manakala Maya hanya memerhati si gadis berambut perang terliuk lentok di sisi teman lelakinya.
Jam sudah lepas pukul sepuluh malam hanya beberapa minit lagi menunjuk ke jarum sebelas, bermakna Maya ada lagi sejam sebelum tempoh waktu bebasnya tamat. Ibarat cerita dongeng Cinderella, Maya harus pulang kerumah sesuai dengan perjanjian. Jika dia melanggar, alamatnya inilah kali terakhir dia dapat keluar malam. Sudahlah peluang ini hanya sekali dalam sejuta.
Sesekali GUESS di tangan Maya perhatikan sekiranya dia terlepas masa. Air jus di gelas segera dihabiskan kerana berasa haus. Rasa bosan mula menyerang Maya, tetapi dia tetap setia menunggu Hannah sehingga habis menari. Rakannya yang lain ada yang sudah beredar balik. Jadi Maya keseorangan di barstool.
Dari pintu masuk, mata Ryder sudah tertacap pada gadis berbaju krim yang sedang duduk sendirian tanpa teman. Agak lama dia memerhatikan perempuan itu sambil berjalan perlahan menuju ke arahnya dari belakang. Ryder mengambil peluang untuk amati penampilan si gadis pujaannya. Seperti kali pertama terlihat, dia tetap menawan. Ryder mula menghampiri saat dia sedang terleka.
"Hi."
Sepantas kilat Maya menoleh ke arah suara tersebut. Ia datang dari belakang. Tatkala itu, Maya melihat sepasang mata coklat sedang memandangnya. Debaran di dada Maya semakin kencang kerana menyedari lelaki itu ternyata si penunggang motorsikal yang melanggarnya.
"Hi." Maya membalas.
Kali pertama mendengar suara gadis itu, membuatkan Ryder menjadi teruja. Ianya cukup lembut dan menggoda. Melihat respon gadis itu memberangsangkan, Ryder cuba mendekatinya lagi.
Maya tersipu saat merasa lelaki itu berada terlalu dekat dibelakangnya.
"Are you still angry?"
Maya tidak menoleh, tetapi dia menggeleng. "No."
Ryder tersenyum kecil. Ternyata gadis ini seorang yang pemalu. Tetapi tidak mengapa, kebetulan Ryder sangat meminati perempuan yang pemalu dan polos sepertinya.
"Really?"
Lelaki itu mula berbisik di telinga Maya, ianya begitu sensual. Jemari Maya mula memberi refleks, jantungnya laju bagaikan kuda lumba.
"What are you doing in here?"
"I've been following you."
Kali ini Maya memberanikan diri untuk berdiri dan menoleh. Dalam keadaan yang terlalu rapat menyebabkan Maya terpaksa mendongak sedikit. Kini Ryder dapat menatap mata hazel milik si gadis itu sepuasnya.
"Kenapa awak ikut saya? Kita tak kenal sesama sendiri, jadi tolong jangan buang masa awak."
Dengan itu Maya berlalu pergi namun lenggannya di sambar oleh Ryder sekaligus membantutkan perjalanan Maya.
"I believe this is yours?"
Lelaki itu memegang sesuatu yang berkilau di tangannya, ia merupakan rantai emas Maya yang hilang tempoh hari. Rupanya lelaki itu yang menyimpannya.
"It's mine." Maya cuba mengambil rantainya dengan sebelah tangan tetapi lelaki itu lebih cepat. Rantai itu segera disimpan kembali ke dalam poket.
Ryder menghampiri dan memerangkapnya di sudut. Tidak semudah itu dia memulangkan rantai gadis tersebut. Perlu ada syarat. Maya tertunduk malu ketika lelaki itu tidak berkelip memandangnya. Tidak pernah dia diserang perasaan segementar ini.
"Ia akan jadi milik awak semula, asalkan awak sudi menari dengan saya."
"Menari?" Maya menggeleng.
Ryder mengampu dagu runcing si gadis dengan dua jarinya, perlahan-lahan jemari mereka bertaut erat. Bagai dipukau, Maya mengikuti langkah lelaki itu apabila di tarik ke tengah lantai tari. Tatkala itu, muzik How Deep Is Your Love mula bergema.
Ryder menarik tubuh menggiurkan itu rapat dengannya, pinggang si gadis di rangkul kemas dan dia mula menghayunkan badan mengikut rentak secara perlahan. Maya terasa kekok dengan posisi itu, tidak pernah dia berpelukan atau bersentuhan seintim ini dengan mana-mana lelaki.
"Look. Saya tak pandai menari."
Ryder mendekatkan wajahnya, kemudian bibirnya berbisik di telinga si gadis. Sensual seperti tadi.
"It's okay. You're doing great."
"I feel awkward. Saya tak pernah menari dengan lelaki." Maya berkata jujur.
"Really? Jadi saya yang pertama?"
Ryder memperkemas pelukan di pinggang kemudian dia menukar posisi berada di belakang gadis itu. Dia memeluknya dari belakang, bibirnya masih berada di telinga dan menghidu haruman minyak wangi dalam diam.
Maya mengangguk malu. "I don't like this."
"Shh..i want you to forget everything and just feel it. Listen to your heartbeat."
Secara automatik, Maya memejamkan mata dan mengosongkan fikirannya. Telinganya menghayati rentak yang berkumandang, lama-kelamaan Maya menggerakkan badannya dan mula menari. Ryder tersenyum apabila tubuh di gadis mula memberi respon positif.
Maya membiarkan tangan lelaki tersebut berada di pinggangnya, seolah-olah pasangan kekasih mereka terus menari tanpa mempedulikan orang di sekelilingnya. Tarian itu menjadi semakin ghairah apabila Maya merasakan bibir lelaki tersebut menyentuh kulit lehernya, ia berlegar legar di kawasan itu. Ryder gagal mengawal perasaannya, ingin sekali dia menjamah bibir munggil itu.
Maya tersentak semasa lelaki itu memusingkan badannya dan terus menyerang batang lehernya sekali lagi. Kucupan ghairah tidak berhenti di situ, ia semakin menggila di rahang kemudian di telinga dan apabila ciuman si lelaki mula beralih di tepi bibir, Maya tersedar yang ini semua salah.
Seraya itu, Maya terus menolak dada sasa si lelaki ke belakang. Ryder menyusun langkah tetapi gadis itu menjauhkan diri darinya. Terasa bengang kerana dirinya ditolak mentah-mentah. Tetapi Ryder tidak akan berputus asa di situ.
"Maaf. Saya kena pergi."
Saat Maya ingin berjalan melepasi lelaki itu, lengannya disambar dan Maya terdorong ke belakang. Pegangan itu begitu kemas dan menyukarkan Maya untuk bergerak.
"Where are you going?" Ryder bertanya separuh berbisik. Ditenung raut wajah manis itu sedalam-dalamnya.
"I'm going home. Saya dah janji dengan ayah, yang saya akan balik sebelum pukul 12. So please, let me go."
"Kalau saya tak nak?" Ryder sengaja dan ingin melihat reaksi gadis itu. Dia masih belum puas mengenalinya.
Maya mengeluh resah, genggaman tangan lelaki itu tidak terlerai walaupun dia menarik berkali-kali. Dia harus pulang sekarang, waktu sudah hampir pukul 12 malam.
"Please."
Dikala Maya sedang bergelut minta dilepas, Hannah pula sedang mencari temannya di barstool tetapi tiada. Janjinya untuk menghantar Maya pulang ke rumah apabila sampai masanya, namun bayang si gadis berambut hitam itu tidak kelihatan.
Maya ternampak Hannah seperti sedang mencari seseorang, dia mundar mandir di situ dalam keadaan bingung. Maya yakin pasti Hannah sedang mencarinya.
"Awak..tolonglah. Kawan saya tengah cari saya." Rayu Maya kepada si lelaki.
Tetapi Ryder tidak mengendahkannya, dia kekal tenang sambil melihat perempuan berambut perang yang dipercayai teman kepadanya sedang tercari-cari. Peluangnya untuk berdua-duaan dengan gadis itu sudah sampai masanya.
"Kita akan berjumpa lagi?"
Maya menggeleng. "I don't know. I can't promise you."
"Kita akan berjumpa lagi?"
Pertanyaan kali kedua dilemparkan, Maya semakin risau dan Ryder tetap inginkan jawapan itu. Dia perlu keputusan yang muktamad sebelum pertemuan singkat itu berakhir. Maya tidak tahu apa yang harus dijawab. Jujurnya, Maya ingin berjumpa lagi tetapi itu adalah mustahil.
"Saya tak akan lepaskan tangan awak sebelum dapat jawapan."
"Awak.."
"Yes or no?"
Hannah cuba mencari Maya di ruang tengah sekiranya temannya ada di sana, ternyata tekaannya benar. Maya kelihatan sedang berbual dengan seorang lelaki tetapi wajah pemuda itu terselindung dan dia membelakangi Hannah. Si gadis berambut perang melambai tangannya pada Maya apabila mata mereka bertemu.
"We have to go!" Hannah menjerit kerana muzik terlalu kuat.
"Wait a sec!!" Balas Maya dalam nada yang sama. Kemudian dia menoleh pada lelaki di sebelahnya. "Baiklah. It's a yes."
Ryder mempamerkan senyuman lebar apabila si gadis memberi jawapan untuk soalannya, lebih menyenangkan hati kerana ianya positif.
"Sebagai cagaran, rantai awak saya simpan untuk sementara waktu. Dan saya akan pulangkan pada pertemuan kedua kita. By the way, my name is Ryder. Ryder Adams." Ryder merapati gadis tersebut. "And you are?"
"Angela Maya."
"Nama yang cantik, sesuai dengan orangnya."
"Terima kasih. Sekarang boleh awak lepaskan saya?"
Pegangan itu serta-merta dilepaskan. Maya mengurut pergelangan tangannya seraya berjalan mengundur ke belakang untuk melihat Ryder sebelum dia pergi. Ryder bersandar di dinding sambil tersenyum kepada Maya. Dia berharap pertemuan kedua mereka lebih lama dari ini. Matanya mengekori langkah Maya sehingga ke barstool untuk bertemu gadis berambut perang. Sesudah itu, Ryder meninggalkan tempat tersebut apabila gadis pujaannya telah hilang dari pandangan.
Dalam perjalanan pulang, Maya mendiamkan diri di dalam kereta. Fikirannya menerawang jauh sambil termenung ke luar tingkap. Pemandangan lampu malam di sepanjang jalan tidak dihiraukan langsung. Sentuhan lelaki bernama Ryder masih terasa sehingga sekarang. Jantung Maya tidak berhenti berdebar.
"Kau kenapa?" Hannah bertanya kerana menyedari perubahan kawan baiknya sejak dari tadi.
"Nothing. Aku penat." Maya membalas malas.
"Siapa yang berbual dengan kau tadi?" Hannah cuba mencungkil cerita.
"Nobody. Biasalah Hannah. Dalam kelab dengan sesiapa pun kita boleh berbual."
Hannah mencebik. Masuk akal juga kata-kata kawannya itu. Semasa Hannah galak bercerita tentang temujanji romantiknya, fikiran Maya melayang entah kemana. Kata-kata teman baiknya ibarat mencurah air ke daun keladi. Akhirnya selang beberapa minit, mereka sampai di kawasan perumahan Maya.
"Thanks Hannah..see you tomorrow. "
Mereka sempat berlaga pipi sebelum Maya keluar dari kereta. Hannah nelambai tangannya sebelum berlalu dari situ. Langkah Maya diatur perlahan menuju ke perkarangan dan menolak pintu utama lalu menutupnya. Kelihatan ruang tamu masih terang benderang, tetapi tiada sesiapa di situ.
"Maya?" Dr. Bruce menjengah dari dapur apabila terdengar pintu tadi ditutup.
"Ayah. Tak tidur lagi?"
Maya berjalan ke dapur untuk melihat ayahnya sedang buat apa. Maya melirik di tangan Dr. Bruce, terdapat sekotak aiskrim perisa kegemarannya, iaitu Vanila.
"Belum lagi. Ayah tak mengantuk."
Sebenarnya dia sudah berasa ngantuk, tetapi Dr. Bruce sengaja mengarang alasan. Namun alasan itu senang dikesan, Maya tau si ayah sengaja berjaga untuk memastikan sama ada dia sudah pulang atau belum.
"What are you doing dad?"
"Uhm..ayah nak makan aiskrim. Tapi tak ada orang teman, ibu dah masuk tidur. Sebab tu ayah tunggu Maya balik, yelah mana tau Maya nak makan dengan ayah."
Maya menggaru kepala sambil memandang ayahnya di meja. Pelawaan ayahnya membuatkan Maya menjadi serba salah. Bukannya dia tidak mahu teman, tetapi hari sudah terlalu malam bagi Maya dan dia berasa teramat penat.
"It's my favourite." Maya tersenyum manis.
"I know. Maya nak makan dengan ayah?" Dr. Bruce bertanya.
"Believe me dad. Maya nak, tapi Maya penat. Emm apa kata kita makan esok je?" Seraya itu Maya melentokkan kepala di bahu ayahnya yang sedang duduk di meja. Maya memeluk ayahnya seketika, untuk menenangkan perasaan.
"Maya okay?" Dr. Bruce bertanya risau kerana merasa ada sesuatu yang terjadi.
"I am okay. Cuma..Maya nak peluk ayah sebelum masuk tidur dan Maya nak cakap yang Maya sayangkan ayah sangat-sangat."
Dr. Bruce tersenyum lega. Kepala anaknya di usap penuh rasa sayang, kemudian ubun itu dikucup lembut.
"Me too."
"Maya hargai kasih sayang ayah. Selalu ambil berat tentang Maya. Tapi, semua itu tak cukup kalau ayah tak percayakan Maya."
Dr. Bruce meleraikan pelukan untuk melihat wajah anaknya. "Siapa cakap ayah tak percayakan Maya?"
Ditenung wajah kacak si ayah sambil tersenyum kecil. "Maya tau ayah masih tak tidur sebab tunggu Maya kan?"
"Uh.." Dr. Bruce kehilangan kata-kata. "Emm..yes."
"Ayah sepatutnya dah masuk tidur sebab penat bekerja. Maya tak nak ayah terlalu fikirkan Maya sampai abaikan kesihatan sendiri." Maya kembali memeluk ayahnya. "Someday, i may find a Prince Charming, but you will always be my King."
Dr. Bruce berasa sebak apabila si anak menuturkan kata-kata itu. "And you will always be my Princess. Maafkan ayah."
"Don't be dad. I understand." Pelukan itu diperkemas, Maya berasa tenang saat di dalam pelukan bapanya.
"I love you."
"I love you more, dad."
Dr. Bruce mengesat genangan air mata dengan hujung jarinya kemudian meleraikan pelukan. "Dah malam, Maya pergilah masuk tidur."
"Ayah?"
"Kejap lagi. Ayah ada kerja nak buat dekat atas. Nanti dah siap ayah tidurlah."
"Jangan tidur malam. Tak baik untuk kesihatan, terutama sekali untuk jantung." Maya mengajuk balik gaya percakapan seorang doktor sekaligus memulangkan balik paku buah keras.
Disebabkan itu, Dr. Bruce tertawa besar. Kata-katanya membelit diri. Maya senang melihat bapanya ceria setiap hari, mereka selalu bergurau dan mengusik apabila ada peluang. Lagipun, hanya bapanya yang rajin melayan segala karenah Maya.
Sesudah itu, Maya masuk ke dalam bilik dan terus mandi untuk segarkan badan. Air pancur terasa nyaman semasa mengalir di badan. Maya segera membilas dan membalut badan dengan tuala kemudian dia menukar kepada pakaian tidurnya. Rambut panjang yang basah dibiarkan hingga ke pinggang untuk dikeringkan dengan pengering rambut. Usai segalanya, Maya berjalan ke tingkap untuk menutup tirai tetapi tangannya berhenti menarik apabila terlihat Ryder sedang duduk di atas motornya sambil menghisap rokok.
Setiap kali Maya melihat lelaki itu, jantungnya kembali berdebar. Tirai itu Maya biarkan terbuka sedikit untuk mengintai. Gerak geri Ryder diperhatikan dengan senyap.
Maya tersentak apabila intaiannya dikesan Ryder, kelam kabut Maya menutup tirai itu sepenuhnya dan melompat ke atas katil. Bengang kerana intipannya diketahui. Serta merta pipi Maya terasa panas.
Ryder tersenyum tatkala melihat kecomelan Maya, dari tadi dia sedar Maya sedang mengendapnya di sebalik kain tirai. Sengaja dia berpura-pura tidak perasan walhal ianya sangat senang untuk dikesan. Wajah polos Maya menjadikan Ryder tidak keruan sejak dua tiga hari ini. Perasaannya membuak-buak setiap kali bertentang mata. Tetapi dia harus bertenang dan mengawal dirinya.
Ryder tidak sabar hendak berjumpa dengannya esok. Motorsikal segera di hidupkan, apabila melihat cahaya lampu yang terbuka telah dimatikan. Itu menandakan Maya telah masuk tidur. Ryder beredar pergi dari situ dan menuju ke rumahnya yang berdekatan dengan taman perumahan Maya. Motorsikal di parkir di tempat biasa kemudian Ryder membuka pintu pagar besi lalu menutupnya. Tinggal di rumah flat murah tidak memerlukan pengawal jadi penduduk di situ bebas keluar masuk sesuka hati.
Butang lif ditekan dan apabila sampai di tingkat rumahnya, Ryder menapak di sepanjang koridor jalan. Tangannya lekas membuka pintu dan menutupnya kembali. Jaket kulit di buka lalu meletaknya di atas sofa, sambil berbaring Ryder membakar sebatang rokok dan matanya tertacap pada sebuah potret.
Ia adalah sebuah potret lukisan wajah Maya. Ryder melukisnya sendiri sebaik sahaja bertembung dengan Maya di lorong tersebut. Bayangan Maya kerap bermain di minda, jadi Ryder menghidupkan imej itu menjadi sebuah lukisan.
Ryder berdiri dan bangun, langkah diatur perlahan sambil menghembus asap rokok. Jarinya mengelus bibir di lukisan tersebut. Dia membetulkan beberapa garisan dengan pensel dan menambah sebutir tahi lalat di bawah bibir. Setelah berpuas hati, Ryder mengundur setapak kebelakang dan memeriksa hasil potret tersebut. Sekarang lukisan itu sudah sempurna sepenuhnya.
"Soon..you will be mine."
***
To be continued..
Share this novel