Bab 8

Romance Series 9909

“Apa khabar bidadariku baru sampai. Kenapa tak tunggu musang bertanduk ja baru datang”

Kerusi ditarik

“Aku ada hal tadi. Sorry la. Aku belanja kau makan” tersengih- sengih dia memujuk.

“Ha cantik, poket aq tengah kering sekarang” Sarah menunjukkan kepada Maya dompetnya yang hanya tinggal beberapa not hijau.

Lama mereka berborak. Waktu jam sudah menunjukkan angka 6 petang.

“Weyh, aku balik dulu ya lagipun lama kita sembang ni”

“Ala sekejap lagila balik. Aku rindu kau ni”

“Aku mesti balik dah. Nanti- nanti kita borak lain. Okey?”

“Ha yelah. Jomlah aku hantar kau balik”

“Takpalah aku naik grab ja lagipun rumah kau dengan aku bukan jalan sehala ”

“Ha hati-hati, apa-apa kau call aku.”

“Aku balik dulu”

“Baik” Rakannya dipeluk

Langkah diatur. Tiba- tiba seorang perempuan bertudung menghalang jalannya.

“You ni isteri Mika kan”Atas bawah dia memandang Maya.Huh. Nampak macam perempuan yang bukan dari keturunan yang baik-baik. Tengok sahajalah cara pemakaiannya yang terdedah. Entah apa-apalah 'taste' si Mika ni.

“Ya. Kenapa?”

Kenapa aku rasa tak sedap hati ya jumpa perempuan ni.

“Aku ada hal nak bincang dengan kau”

“Maaf tapi kenapa ya? Lagipun saya ada hal” Niatnya ingin berlalu secepat mungkin. Dia tidak berminat untuk berbincang dengan perempuan itu. Dia hanya mahu pergi.

“Saya betul-betul kena balik. Nanti jelah “ Maya memberi senyuman tanda dirinya ingin berlalu pergi. Kaki mulai diatur.

“Aku nak beritahu kau sebab apa Mika kahwin dengan kau”

Kaki yang diatur terhenti. Jantungnya terasa berdegup pantas.

“Okey baik tapi kita bincang di tempat lain”

Siaran televisyen tidak menarik perhatiannya. Dari satu siaran ke satu siaran tidak dapat menarik perhatiannya. Dia baru sahaja pulang dari berjumpa dengan Mael.

Mika mendengar seperti pintu hadapan dibuka. Derap kaki seseorang menuju ke tangga dapat didengari. Patutlah dia keluar rupanya. Pagi tadi semasa dia ingin menunggu di ruang tamu untuk bertanyakan tentang apa yang terjadi semalam. Dia sudah tidak ingat apa yang tejadi semasa dia mabuk. Lama menunggu untuk membuat keputusan samaada mahu tanya atau tidak.

“Ahh, lantaklah bukan aku suka sangat tengok muka dia”

Kunci kereta diambil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience