Bab 4

Romance Series 9909

“Weyh Lisa, aku dah lama sembang dengan kau ni.Kau tak nak buatkan air untuk aku ka.Aku hausla.”

“Oh lupa”

“Kau ni”

“Ha jap”bangkitnya menuju ke dapur.

Terserempak pulak dengan Maya.”Kau nak pergi mana dengan luggage-luggage ni”

“Rumah suami aku”

“Wow mengaku suami ya”

“Jangan cuba-cuba nak cari pasal dengan aku”

Melisa terus tergamam tidak tahu apa nak dicakapkan.Sebenarnya dia sedikit gentar dengan adiknya mana taknya, pernah sekali adiknya mengamuk kerana dia cari pasal dengan adiknya.Kalau dia dah bagi amaran tu jangan la kau pergi cari pasal kalau tak teruk dikerjakan. Tapi dah berlalu jadi dia dah mula berani untuk cari pasal dengan adiknya semula.Tak serik-serik.Yalah dia kalau berani cari pasal kalau ada ayahnya.

“Hmm, ok I pon tak ada masa nak cari pasal dengan U”katanya sambil berlalu ke dapur.

Maya mengorak langkah ke ruang tamu. Matanya disapa dengan adegan yang tak sepatutnya.Memerah mukanya menahan amarah.
Maya terus meluru ke sepasang kekasih itu

”Hoi, apa kau buat dalam rumah aku”terus ditarik perempuan dalam rangkulan lelaki itu.”Kau dua orang duk berasmara dalam rumah aku ya, tak de adab ka.Sesuka hati korang ja buat perkara tak senonoh tu dalam rumah aku ha.Keluar sekarang”

“Eh betina suka hati kitorang la nak buat apa pon dalam rumah ni.Melisa rileks ja kitorang nak buat apa pon dalam rumah ni yang kau nak melenting tak tentu pasal dah kenapa.Kau tu siapa nak arah-arah kitorang keluar”yang lelaki menjawab.

“Kau keluar sekarang aku tak kira”Lengan perempuan itu diraih.

“Kau pehal tarik-tarik tangan aku,lepaslah perempuan.You sakitlah tangan I “ Si perempuan merengek.

Si lelaki cuba meraih lengan Maya supaya Maya lepaskan tangan kekasihnya.

“Kau jangan cuba-cuba nak sentuh aku.”Maya dapat mengelak.“Melisa,Melisa, baik kau keluarkan kawan kau ni sekarang! "

“Apa salahnya I nak sentuh you pun” lelaki itu cuba nak meraih lengan Maya tapi tak berjaya.

Si perempuan menjeling kekasihnya tanda dirinya marah tetapi si lelaki tidak endahkan.”You ni cantik, perempuan yang paling cantik I pernah tengok.”

“You jangan nak menggatal dengan perempuan ni.You tahu tak siapa dia.Dia ni adik si Melisa,Maya , dia dah kahwinlah”

“Biarlah I nak rasa dia pulak. I tak kesah dia kahwin ke tak”rambut Maya cuba diraih dan dia berjaya tetapi serentak itu penumbuk melayang ke mukanya.

“Biadap, Inilah padahnya kalau kau biadap dengan aku.”kata Maya.

“Melisa mana kau, baik kau keluarkan kawan-kawan kau sekarang! Sekarang! ”

Melisa yang baru muncul terkocoh-kocoh pergi kepada kawannya. Membantu si Lelaki bangun.Perghh lebam terus pipi si lelaki.

“Aku tak settle lagi dengan kau perempuan.Berani kau tumbuk aku”Cepat- cepat Melisa menghalang ,mana taknya nanti semakin buruk lagi perkara yang akan berlaku.

“Dah la tu Is,tak payah kau nak cari pasal dengan dia lagi”

“Aku tak nak dia dah malukan aku”

“Tak payahla”

“Kau tolong aku pegang tangan dia,aku nak kerjakan perempuan ni”.bisik Is.
“Tapi Is”
“Aku kata buat,buat jelah”
“Okey”sepantas itu tangan sebelah tangan kanan Maya disambar oleh Melisa. Si kekasih lelaki itu yang faham dengan situasi itu terus menarik tangan kiri Maya. Mayameronta-ronta untuk dilepaskan.Si lelaki cuba untuk mencium Maya tetapi Maya terlebih dahulu meludah ke arah Is.Sepantas itu,Is menampar muka Maya. Dia mencuba lagi mencium Maya.

“Kau jangan cuba nak sentuh aku.Kau tau tak siapa aku.Aku ni isteri kepada Mika.”terus terbeliak mata Is”Mika bin Tan sri Jaafar. Ya , kau tahukan dia siapa”Maya menyoal.Is tergamam tanda dirinya gentar dengan sebaris nama itu.Mana taknya sebaris nama itu sangat berpengaruh.

”Sekali kau sentuh aku,bersepai muka kau dia kerjakan”tapi di dalam hati Maya terselit rasa sedih kerana tak mungkinlah suaminya akan pertahankannya kerana dia hanyalah isteri untuk kepentingan dia sahaja.Orang macam Mika hanya pentingkan pengaruh dan dirinya sahaja.

Is tidak jadi meneruskannya lagi.Dibawa dirinya dan kekasihnya keluar.

Melisa yang ingin berlalu. “Melisa, aku tak settle dengan kau lagi.Mulai dari hari ni, aku tak nak tengok,tak nak dengar kau buat onar dalam rumah ni.Kalau kau nak buat masalah silakan tapi JANGAN dalam rumah ni.Kalau sekali lagi aku dengar kau buat lagi ,kau tahukan apa yang aku boleh buat.”Maya mengangkat luggagenya dan berlau pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience