Peti ais dibuka.
“Kau hidup lagi. Aku ingat dah mampus” sinis Mika berkata. 2 bulan dia tidak nampak Maya.
Mana tidaknya selama 2 bulan Maya tinggal di rumahnya, dia kerja pagi balik pula malam. Kalau malam tu kadang sehingga pukul dua tiga pagi.
“Macam yang kau tengok. Yap hidup, masih bernyawa lagi”
Dia tidak mahu berlama-lama di situ.
“Eh. Chill la. Kau nak pergi mana laju-laju ni?” Mika menghadang jalan dengan tangannya.
“Ish jangan kacau la.” Tangannya menolak hadangan Mika tetapi tidak berjaya. Matanya dicerlung lama.
“Tepi!”
“Okey! Okey! Nak bergurau dengan kau sikit pon tak boleh” Tangan diangkat tinggi tanda menyerah.
Maya ingin berlalu tapi lengannya digenggam.
“Apalagi. Tolong jangan kacau aku”
“Teman aku minum”
“Kau dah mabuk buat apa minum lagi”
“Aku.. aku..” dia tidak mampu meneruskan kata-kata. Badannya terasa longlai. Dia jatuh.
“Weyh” Mukanya ditepuk
Maya mengangkat Mika dan diletakkan di atas sofa. Jenuh juga menyeret Mika dengan selimut. Itupun sekuat tenaga dia menyeret.
Bahu terasa digoncang.
“Mika.Mika. Bangun”
Kepala terasa berpusing. Digagahkan diri untuk bangun.
“Kenapa kamu tidur disini?” Mak kiah bertanya
“Bila Mak Kiah sampai? Kenapa datang harini? Harini kan hari sabtu.”
“Ish kita tanya dia. Dia tanya kita balik. Mak kiah hantar makanan sikit. Mak kiah tahu kamu laparkan. Mak kiah dah letak makanan tu dekat dapur”
“Oh”
“Kamu mabuk lagi?" Mika menunduk.
"Berapa lama lagi kamu nak hidup macam ni. Kamu ni dah beristeri. Ingat tu. Mak Kiah ni pun tak lama dah. Teringin juga nak tengok kamu hidup macam orang lain. Cukuplah seksa diri kamu lagi”
“Mak Kiah kesitu pulak. Saya okey”
“Yelah cakap dengan kamu memang takkan habis. Mak kiah balik dulu”
“Hati-hati. Jom saya hantarkan Mak Kiah balik”
“Tak payah Mak kiah datang dengan Pak cik Samad. Dia tengah tunggu diluar tu."
Di dalam bilik.
“Ish dia tak nak masuk bilik dia ke? Aduh.” Maya memandang dari tingkat atas. Dia sampai dapat tahu rutin harian Mika. Kalau hari cuti selalunya dia akan duduk terperuk dalam bilik. Sebaik mungkin rancangan diatur supaya tidak bertembung dengan Mika. Tapi harini dia memang tidak boleh keluar sebab Mika bersantai di ruang tamu.
Share this novel