"Maya mintak maaf." kata anak kecil yang baru berumur 10 tahun.
"Aku tak suka tengok muka kau, pergi kau dari sini." kata Tan sri Zainal dengan mukanya yang bengis.
"Jep! Kau ambik budak ni" suruhTan sri Zainal kepada orang suruhannya.
"Baik Tan sri." kata Jep sambil mengangkat anak kecil itu.
Jep membawa anak kecil itu ke dalam bilik lalu didudukkan di atas katil. Anak kecil itu memandang Jep yang bermuka berparut disebelah kiri.
"Uncle Jep, kenapa ayah selalu marah Maya?" dengan mukanya yang sayu.
"Ayah Maya tak marah kat Maya, dia cuma tak suka Maya masuk bilik dia masa dia tengah bersembang dengan tetamu dia."
"Tapi ayah selalu marah Maya, selalu tengking Maya. Kenapa ayah tak pernah marah kakak walaupun kakak selalu buat salah tapi kenapa Maya sebaliknya?"
Jep dalam dilema. Dia tidak tahu apa yang harus dicakapkan kalau dijawab nanti gamaknya sampai kesudahnya tak habis.
"Maya tidur dulu, nanti bila makanan dah siap Uncle kejut nah. Tidoq dulu." kata Jep sambil menepuk-nepuk bantal, menyuruh Maya tidur.
"hmm" kata Maya sambil mengangguk lalu berbaring dan melelapkan mata.
Jep menutup pintu. Dia mengeluh seketika, tiada apa yang dia mampu buat kerana dia bukan sesiapa. "Maafkan Uncle" katanya separuh berbisik. Selama dia bekerja dengan Tan sri Zainal, secara terang-terangan Tan sri sanggup memarahi Maya di khalayak ramai dan paling dia tidak faham dengan cara layanan Tan sri kepada Maya sangat lain berbanding cara layannya kepada Melisa, kakak Maya . Maya tak ubah seperti anak yang ingin menagih kasih ayah. Padahal, memang Maya itu anak kandungnya sendiri.
Share this novel