15 tahun berlalu...
"Mika, macam mana dengan projek kita dekat Penang, okey ke?" tanya Tan sri Zainal.
"Okey ja daddy, semua okey, pekerja pun tak buat hal." kata Mika lalu menghirup air teh 'o' yang terhidang.
Bunyi pintu hadapan dibuka. Terpacul sekujur tubuh seorang wanita. Ditutupnya pintu itu secara perlahan, takut ayahnya terdengar.
"Melisa, baru reti nak balik?" kata Tan sri Zainal sambil bangun mendekatinya.
"Ayah tak tido lagi?"
"Lain yang ditanya, lain yang dijawab" "Kamu mabuk lagi ka!"
"Yap, hehe, soryla ayah Melisa terbalik lambat sikit" sambil terhuyung hayang dia berjalan, akhirnya dia mencapai tangga yang berdekatan bagi mengimbangkan dirinya.
"Hmm, yelah, Kamu balik sendiri atau suruh Pak Ali yang hantarkan?"
"Sendiri"
"Lain kali suruh sahaja Pak Ali yang hantarkan"
"Okey ayah" sambil membuat tangan berbentuk 'ok' ke arah ayahnya.
Bunyi derapan kaki seseorangmenuruni anak tanggan kedengaran.
"Sayang ayah, ayah mesti sayang Melisa, tak macam orang tu, tiada siapa nak sayang!" kata Melisa.
"Yelah, ayah sayang Melisa sorang sahaja"
Maya berjalan menuruni tangga tanpa memandang mereka seperti tiada apa-apa yang berlaku.Dia terus berjalan menuju ke dapur tetapi pergelangan tangannya disambar oleh Tan sri Zainal.
"Kaumemang tak ada adab ka, jalan dah tak reti tengok orang, kau nak pergi dapur kan! Buatkan aku air lepastu hantar ke bilik aku" tangan yang mencengkam itu dilepaskan.
Maya tidak berkata apa-apa, tidak mengangguk tidak juga menggeleng tapi dia tahu dia mesti buat juga kalau tidak mahu teruk dia dikerjakan.
"Daddy, Mika balik dulu ya." Dia yang sedari tadi menjadi pemerhati.
Bahu anak muda itu ditepuk "Hati-hati balik, daddy nak naik atas dulu"
"Baik daddy"
Tan sri Zainal terus berlalu menaiki tangga. Sehingga kelibat Tan sri Zainal hilang.
"Mika, tolong pimpin i, i tak larat la nak naik tangga" kata Melisa dengan suaranya yang mengada-ngada.
"Kau rasa aku peduli ka kalau kau larat ke tak" ingin berlalu ke dapur.
"Ala tolongla i" memegang tangan Mika.
"Hey betina, don't dare touch me. I don't want your dirty fingers on me!" Menepis tangan Melisa lalu berlalu untuk ke dapur.
"You nak pergi mana?" tanya Melisa yang sedikit berang.
Pertanyaannya tidak berjawab.
"Huh!! Dia tak layan aku!" marahnya sambil menghentakkan kaki tanda yang dirinya amat marah dengan Mika. Selama ini, tiada sesiapa pun yang berani memarahinya kecuali Mika. Mika yang bengis dan kurang ajar.
Di dapur..
"Nah" Mika memberi sampul kepada Maya.
"Untuk apa" sambil terpinga-pinga memndang sampul yang telah berada di atas meja.
"Duit kau"
"Tak payah"
"Aku kata ambil"
"Itu bukan duit aku"
"Ta.."
"Ambil jela! Tu pun susahh!!" marah Mika lalu berlalu pergi.
Dibiarkan sampul itu di atas meja. Nak ambil ambil, tak nak sudah.Takkan sampai kesudah nak bertekak pasal hal ni.
Share this novel