Pintu diketuk
“Masuk.”
PIntu dibuka .Maya terus masuk sambil menatang air.Air diletakkan di atas meja bersebelahan katil.Dia ingin berlalu secepatnya kalau boleh.
“Maya, sekejap. Ada benda aku nak cakap dengan kau.”
“Ada apa ayah?”Tan sri Zainal memberi isyarat agar Maya duduk dahulu.
“Sekarang kau dah jadi isteri Mika.Kau kena duduk dengan dia bukan dengan aku”
“Perkahwinan ni bukan atas kerelaan Maya. Jadi biar Maya buat keputusan ni sendiri. Lagipun ayah makin tak sihat”
“Aku suruh kau tinggal dengan suami kau. Ini satu arahan. Kau tak payah nak berdolak dalih, tak sihat nak jaga aku kononnya. Eh, Aku boleh jaga diri aku la lagipun kakak kau tu boleh jaga aku.”
“Okey, kalau itu yang ayah nak. Maya akan tinggal di rumah Mika tapi dengan dua syarat.Maya nak kerja dan dalam rumah ni akan ada Pembantu Maya yang akan pantau ayah termasuk kerja-kerja di syarikat."
“Kau ingat aku nak dengar syarat-syarat kau ni.Kau memang suka atur-aturkan hidup aku.Jangan sebab kau berkuasa dalam syarikat aku tak berani musnahkan hidup kau.”
“Yap memang Maya dah puas 'dimusnahkan' ,sekarang ayah pulak kena rasa apa yang Maya rasa. Ala ayah apalah sangat nak dibandingkan pembantu-pembantu Maya dengan ayah yang lebih berpengaruh.”
“Kau ni saja perli aku kan, anak tak guna"
“Ya tahu Maya anak tak guna. Malaslah nak cakap pasal hal ni berulang kali.Ayah setuju tak dengan syarat tu?”
“Aku memang tak ade pilihan.Aku setuju.”
“Sayang betul ayah dengan menantu ayah ya. Kenapa nak sangat Maya tinggal dengan dia."
“Senanglah nanti, dia boleh jadikan kau hamba abdi dia"
“Yelah Maya keluar dulu.Ha sebelum terlupa bagitahu menantu ayah tu Maya datang rumah dia esok”
“Kau tak reti-reti nak mesej dia sendiri ke.” Tan sri Zainal tidak berjaya menyakitkan hatinya.
“Nak mesej apanya kalau nombor pon tak ada” Jumpa pon jarang-jarang, tu pon sebab terserempak dalam rumah ketika lelaki itu menziarah ayahnya. Muka pulak tak payah kira memang macam nak cari gaduh.
Maya menuju keluar dari bilik ayahnya. Nombor di dail “Hello” “Ha Apit aku ada kerja untuk kau”
Share this novel