Kereta pacuan empat roda Audi Q7 masuk ke dalam halaman rumah banglo di Taman Serene. Selepas enjin kereta dimatikan, Azril keluar daripada perut kereta sambil menyanyi kecil.
"Selamat! Jeng jeng jeng! Hari Raya! Jeng jeng jeng jeng!"
Wajahnya kelihatan berseri-seri. Lima belas jam penerbangan langsung tidak terasa penat sebaik sahaja dia mendapat jadual kerja penerbangannya untuk hari raya yang akan datang.
Bap!
Pintu kereta ditutup dan beg bagasi terus ditarik memasuki rumah banglo dua tingkat itu.
"Hari untuk kita bersuka ria! Jeng jeng! Jeng!" Nyanyi Azril lagi.
Dia sepatutnya pulang ke kondo kediamannya dahulu di Beduk, Singapura tetapi disebabkan rasa teruja selepas memeriksa jadual kerja, Azril mengambil keputusan untuk terus pulang ke Taman Serene dengan membawa berita gembira buat mamanya: Dia tidak bekerja pada malam raya hinggalah hari raya ketiga! Hatinya melonjak girang.
"Selamat! Kami ucapkan! La la la la la la la la la la la laaa..."
Pintu rumah ditutup lalu Azril berlari ke dapur dengan perasaan girang gembira. Sempat lagi dia menyambar batang penyapu yang tersandar di dinding lalu dikelek menjadikannya seperti 'gitar'.
"SELAMAATTT!"
"Arh!!" Suara nyaring kedengaran bergema di dapur dan serentak itu juga,
Tish!
Pecah berderai! Pinggan berisi ayam masak merah di tangan Zelda terlepas akibat terkejut mendengar suara memekik yang besar dan lantang.
Ketika itu mata Zelda membulat manakala wajah Azril pula kaget memandang lauk berbuka yang sudah bersalut dengan deraian kaca di lantai!
"AZRIL ZUBEEN!!!"
Bingit telinga Azril. Dia rasa jeritan mamanya itu boleh didengari oleh jiran sekeliling!
"Err... Sorry, ma...!"
"Apa sorry?!! You tengok apa dah jadi dengan pinggan kesayangan I...?!!!"
Mata Azril melihat ke lantai seperti lurus bendul. "Dah tengok." Jawabnya dengan muka yang cuak.
"'Dah tengok' you cakappp...?! You tau tak tu pinggan apa?!!"
Lantas Azril lihat sekali lagi.
"Err, pinggan kaca-"
"ITU PINGGAN NORITAKE!! Huuuuu....!!" Zelda terus menangis tersedu-sedan!
"Noritake?!" Muka Azril bertambah kaget. Bukan kerana dia tahu jenama tersebut tetapi kerana dia tidak mengerti mengapa mamanya menangis. Gulp!
"You tahu tak berapa harga satu set papa belikan untuk mama?!!"
"Tt.. Tak."
"Dua belas ribu ringgit!"
"Err... Ringgit ke Sing Dollar?"
"Ringgitlah!!"
"Oh..." Azril tersenyum lega lalu menyambung, "Separuh je daripada gaji orang dalam Ringgit Malaysia-"
Saat itu wajah Zelda memandang Azril seperti singa lapar!
"You jangan nak bandingkan dengan gaji you, Azril Zubeen...!" Suara Zelda mencerun dengan pandangan mata seperti laser. "It worth more than money can buy!! You tau tak itu hadiah wedding anniversary selepas papa berbaik semula dengan mama dulu?! Huuu... Huu... Sentimental value! Sekarang benda ni dah pecah samalah macam perkahwinan I dengan papa pecah berderai, tau tak?! Uhuhuuu..."
Azril buat muka.
"Ma... Come on... Pecah satu je... Tak kan lah sampai macam tu sekali-"
"You apa tau perasaan perempuan?! You tu sudahlah self-fish! Tak sensitif! Lepas tu bla bla bla..."
Sedang Zelda membebel dalam tangisnya, Azril teringatkan Ashraf yang dia fikir sudah tiba dan mendarat di Changi Airport. Dia tahu kerana hari ini kesemua 'Mr Pilots' pulang serentak daripada destinasi masing-masing dan mereka akan berbuka puasa bersama-sama. Satu peluang yang jarang-jarang sekali berlaku.
Lantas Azril tergesa-gesa mengeluarkan telefon bimbit dan terus menaip SMS dengan pantas. Mamanya masih lagi menangis dan membebel sambil mengutip serpihan kaca.
'Mayday, mayday, mayday! Tolong singgah bazar, beli apa-apa makanan favourite mama! Top priority!' - Azril SingTel
'Kenapa tu?' - Ash 012
'Pinggan Nobisuke mama pecah! Accident!" - Azril SingTel
'Nobisuke? Macam nama ayah Nobita. LOL! :))' - Ash 012
'Kau jangan buat lawaklah setan! Mama dah menangis macam drama dah ni! Lauk berbuka pun dah gone! Cepat beli apa-apa untuk mama dekat bazar!' - Azril SingTel
'Kau tolonglah dia kutip sekali kaca tu. Kalau kau tengok je, lagilah dia marah.' - Ash 012
'Kau ni jangan banyak bunyi boleh tak?!' - Azril SingTel
"Yang you tercegat macam patung dekat belakang tu apahal pulak Zildan?!" Zelda tiba-tiba menyergah pula ke arah mangsa keadaan.
'Eh? Zildan?' Kening Azril berkerut lalu dia cepat-cepat menoleh kebelakang. Kelihatan Ashraf dalam baju seragam lengkap bersama topi menyeringai memandangnya.
"Heh! Aku belakang kau je sebenarnya, baru sampai. Heheh!" Ashraf tunjuk isyarat 'peace' dengan jari manakala Azril pula buat muka bosan.
'Bongok!' Getus Azril dalam hati.
Waktu itu juga Ashraf terus mengambil penyapu daripada tangan Azril lalu menyapu saki-baki cebisan kaca di atas lantai. Zelda terduduk di kerusi meja makan, masih lagi menangis.
"Dahlah tu ma... Puasa-puasa ni tak baik menangis. Next week orang nak pergi KL, nanti orang singgah iSETAN. Rasanya dalam tu banyak kedai-kedai barang daripada Jepun. Nanti orang tengok ada tak jual pinggan Nobisuke ni." Pujuk Ashraf dan kelihatan mamanya mengangguk pilu.
"You tengok adik you macam mana! Macam ni lah, tolong carikan semula pinggan I! Bukannya pergi compare pinggan ni dengan gaji you!"
"Err, tapi gaji I boleh beli the whole set-"
"Diam you!" Potong Zelda dengan wajah yang menyinga.
"Apa kecoh-kecoh ni?" Tiba-tiba muncul pula Kapten Zamani menarik beg bagasi melintasi 'kawasan kejadian'. Matanya melirik ke arah deraian kaca yang sedang disapu oleh Ashraf.
"You tengoklah pinggan yang you hadiahkan ni! Nasib baik Ash nak tolong carikan loose piece dekat iSETAN! Hmmph!" Jawab Zelda sambil menjeling Azril.
Azril buat muka. Terasa sedih sekali seolah-olah dia dianaktirikan.
"Ye lah, semuanya Ash..." Ada sedikit nada rajuk kedengaran lalu Azril memandang ayahnya dengan pandangan yang tidak puas hati dan bertanya, "Pa, I ni anak pungut ke pa?"
"Mestilah tak. Kalau pungut buat apa I ambik you? Baby lain banyak lagi yang comel."
"Kah kahh!" Ashraf ketawa macam orang gila sambil dia memandang wajah abangnya yang sudah merah padam!
Kapten Zamani tersenyum senget dan terus berlalu meninggalkan ketiga-tiga beranak itu. Hingar-bingar sungguh, pening kepalanya!
Ashraf mematikan enjin kereta Mazda RX-8 miliknya sebaik sahaja tiba di kawasan tempat letak kereta Stadium Larkin. Oleh kerana lauk ayam masak merah tadi sudah berderai, maka dia dan Azril terus pergi mencari lauk di bazar Ramadhan. Mama mereka sudah mogok memasak!
Tangan Ashraf membuka epaulet dan lencana sayap besi yang terpampang di dada kiri. Punyalah kecoh keadaan di rumah tadi sehingga dia lupa hendak menanggalkan kedua-dua benda itu daripada baju kerjanya.
Namun Azril yang berada di tempat duduk sebelah lain pula ceritanya. Dalam pada kena marah, abangnya itu sempat lagi menukar baju t-shirt polo sebelum keluar daripada rumah tadi. Ah, si Azril! Mana boleh keluar comot-comot macam si Ashraf! Risau pula kalau-kalau dia terserempak dengan 'awek cun', jatuhlah sahamnya nanti!
Pintu kereta ditutup lantas kedua-dua beradik itu berjalan ke arah deretan gerai makanan yang penuh sesak dengan pengunjung.
Kedengaran laungan penjaja-penjaja di situ menggamatkan lagi keadaan. Ashraf terpandangkan seorang wanita yang sedang melaung ayam percik, lalu menghampiri gerai tersebut. Ayam percik adalah makanan favourite mamanya.
"Ha, ayam percik dik! Nak berapa?" Tegur wanita itu dengan senyuman yang ramah sekali. Bukan main bangga lagi wanita itu apabila melihat kedua-dua anak muda kacak berwajah mat saleh celup singgah di gerainya. Macam artis yang singgah pula dia rasa!
Mata Ashraf berkerut-kerut menahan asap yang datang dari tempat pemanggang. Lalu dia meminta empat ketul ayam tersebut untuk menggantikan ayam masak merah di rumah tadi.
"Ramai ke penumpang untuk trip bas malam raya nanti?" Tanya wanita itu kepada Ashraf dengan suara yang ramah sambil membungkus ayam.
"Bas...??" Ashraf dan Azril saling berpandangan dan saat itu juga Azril tekup mulut menahan ketawa. Ya, Ashraf tahu. Tanpa epaulet dan lencana sayap besinya dia kelihatan seperti pemandu bas ekspres!
"Bas! Airbus!" Jawab Azril.
"Kita bawak Boeing, kan?" Wajah Ashraf mendatar memandang Azril. Wanita penjual itu pula hanya mendengar sambil tersengih, tidak mengerti apa yang sedang dikatakan oleh kedua-dua anak muda di hadapannya.
"Hehe... Saya tak bawak bas makcik." Ashraf berkata dengan sebuah senyuman nipis terukir di bibir.
"La, ye ke... Acik ingatkan awok drebar bas!" Wanita itu ketawa.
"Bukan. Saya bawak teksi je."
Ya, pemandu teksi pun Ashraf fikir sajak dengan baju seragam itu.
"Oh?! Teksi?!" Matanya terbeliak. "Uih, selalunya orang muda bawok bas. Yang tua-tua ni bawok teksi...!"
Azril ketawa semakin kuat dan senyuman Ashraf pula semakin lebar sambil dia menghulur wang kertas lima puluh ringgit. Terhibur sungguh mereka dengan keletah makcik gerai ayam percik itu.
Plastik dan duit bertukar tangan. Saat wanita itu sedang mengambil duit baki, Ashraf menunjukkan tapak tangannya.
"Takpe, makcik. Makcik simpanlah baki tu."
"Hish, bior betul... Banyok ni baki dia! Banyak ke penumpang awok hari ni?"
"Takpe, takpe. Makcik simpan je, saya halalkan."
"Betul ni?!"
"Betul...!" Ashraf angguk kepala sekali.
"Alhamdulillah... Makcik doakan awok, banyoklah orang naik teksi awok tengah-tengah bulan puasa ni... Aamiin..." Balas wanita itu sambil senyum dan menadah tangan.
Ashraf dan Azril hanya berlalu dengan tawa yang tersisa di wajah. Sempat lagi Azril mengangkat tangan sebagai tanda selamat tinggal.
Kedua-dua beradik itu terus berjalan daripada satu gerai ke gerai yang lain. Bazar Ramadhan Stadium Larkin ini memang terkenal dengan kepelbagaian juadah yang dijual sehingga membuatkan para pembeli rambang mata.
Ashraf dan Azril membeli beberapa jenis juadah lagi terutama sekali juadah kegemaran mama mereka. Itulah perkara yang paling utama sekali apatah lagi dengan mood angin puting beliung selepas kejadian di rumah tadi. Jauh di sudut hati mereka berharap apabila pulang ke rumah nanti, keadaan akan kembali reda walaupun masing-masing sedia maklum yang rajuk mama mereka itu bakal berlanjutan hingga ke raya tahun hadapan!
Sedang Ashraf menunggu abangnya membeli popiah basah kegemaran Kapten Zamani, dia menyeluk poket seluar dan mengeluarkan telefon bimbit. Tersengih-sengih dia menaip sesuatu...
'Hi princess :) You buka puasa apa hari ni? Puasa tak?' - Ashraf SIA
'You ni tak habis-habis panggil I princess! :-> Mestilah puasa! Erm, tak tau nak berbuka apa hari ni. Tengoklah, kejap lagi I dengan my friends nak pergi pasar Ramadhan dekat Seksyen 2. I ingat nak beli roti john kot... Teringin pulak.' - Princess
'You ni tak habis-habis marah kalau I panggil princess! ;P Hehe! Oh okay, roti john. Erm, I nak tanya... Sabtu ni jadi tak kita nak buka puasa sama-sama?' - Ashraf SIA
'Hehe! Yups, jadi :) Kenapa you tanya?' - Princess
'Saja I nak double confirm dengan you. Erm... Kalau kita buka puasa dekat KLCC boleh? I nak cari barang dekat iSETAN.' - Ashraf SIA
'Oh, okay. Boleh je berbuka dekat KLCC, I tak kisah makan dekat mana-mana pun. Nanti I cuba cari restoran yang best dan buat reservation sekali. You nak cari apa dekat iSETAN? Baju raya ke?' - Princess
Baju raya? Ashraf ketap bibir dan tersenyum. Hmm... Betul juga, dah lama dia tak shopping baju raya, fikir Ashraf. Lantas dia tersengih lebar lalu membalas...
'Nak cari barang untuk my mom. Tapi kalau you tolong pilihkan baju raya untuk I sekali boleh?' - Ashraf SIA
'Wah, mestilah boleh! I suka jadi image consultant untuk orang lain ;P Haha!' - Princess
'LOL! Image consultant ek? Great! :) Can't wait to see you, princess.' - Ashraf SIA
'Me too, Ash...' - Princess
YES!! Hati Ashraf melonjak girang! Rasa tak sabar-sabar lagi hendak menunggukan hari Sabtu...
Bahagian kedua esok yea ;)
Share this novel