"Ash...!"
Ashraf perlahan-lahan tersedar dari lena. Kelihatan raut wajah ibunya itu samar-samar dalam bukaan matanya yang amat berat.
"You puasa ke tak? Kalau puasa nak makan apa untuk berbuka? Dah pukul empat ni, mama nak masak." Tanya Zelda yang terpacul di pintu bilik anak bujangnya itu. Tubuh sasa Ashraf dilihat berbalut selimut setakat pinggang.
Ashraf tidak menjawab sepatah apa, hanya menggelengkan kepala dan kembali menyambung tidur! Dia mengambil sebiji bantal lantas menutup kepalanya untuk mengurangkan pencahayaan di siang hari. Baru sahaja dua jam dia melelapkan mata setelah pulang daripada Milan tengahari tadi, kini badannya tersangat penat dan matanya terasa amat berat umpama ditindih batu!
"You kalau tak puasa jangan lupa ganti nanti!" Suara Zelda tegas walaupun dia lihat anaknya itu sudah larut dalam lena.
"Tak.. Orang jskdkdkx..Dkdkdwfsn..."
"Huh??" Muka Zelda berkerut tidak mendengar dan memahami suara Ashraf di sebalik bantal.
"Apa dia??" Tanyanya lagi.
Ashraf segera mengalihkan bantal daripada muka. "Orang puasa. Tapi berbuka masa rentas dekat India tadi."
"Ooo... Macam tu. Okay-lah, you rehatlah." Kata Zelda sambil menutup kembali pintu bilik Ashraf lantas berlalu pergi...
* * * * *
'Papa hairanlah dengan you ni, Azril! You sendiri tahukan, possibility nak swap flights masa peak season ni susah. Kenapa you pergi janji macam-macam dengan mama?? You ni sengaja cari penyakitlah!' - Papa
Azril mengherotkan mulut. Saat dia membaca SMS tersebut, dia membaca dengan nada dan suara ayahnya sekali!
'Pa.. Papa tak boleh ke kawtim dengan scheduler? Papakan dah lama kerja, takkan tak boleh tolong adjust untuk Aril... Please pa! Kesian mama... :-((' - Azril Zubeen
'You ingat I ada share ke dengan SIA? You tu dah kerja dekat tujuh tahun pun tak reti lagi macam mana pattern flight swap?? - Papa
'Ouch...' Azril gigit bibir sambil tertawa kecil. Sindiran ayahnya itu tajam tapi menggelikan hati. Dia mengeluh panjang!
"Beb... What's wrong with you beb?" Tanya Fara ketika mereka dan beberapa rakan-rakan kru yang lain melepak di lounge hotel pada malam kedua mereka berada di Narita.
"Haih! Entahlah... Susah nak cakap!" Ujar Azril sambil memandang gadis berambut perang yang duduk di hadapannya. Wajah gadis itu pucat tanpa secalit mekap, tidak seperti ketika baju seragam kebayanya tersarung di tubuh.
Kelihatan kru-kru yang lain sedang rancak bercerita tentang karenah-karenah penumpang sewaktu dalam penerbangan semalam. Tetapi Fara lebih berminat untuk mengorek cerita si juruterbang di hadapannya itu!
"Kau cerita je lah...! Apa yang susah sangat nak cerita!" Ujar Fara dengan kerutan di dahi.
Wajah kacukan Pan Asian si Azril itu ditenung lama. Lelaki itu antara juruterbang yang terkenal di syarikat penerbangan mereka kerana kekacakan paras rupanya. Walaupun adiknya Ashraf lebih handsome, tetapi Azril lebih popular kerana personalitinya yang ramah dan gila-gila. Si Ashraf pula berat mulut dan wajahnya sentiasa kelat dan ketat! Maka semua orang menggelar si adik itu penyombong. Malah, pernah juga terdengar beberapa orang kru menggelarkan si Ashraf Zildan dengan panggilan FO Poyo, FO Kerek dan juga beberapa panggilan lain yang kurang enak didengar.
"Hoi... Ceritalah...! Mana tahu aku boleh tolong." Ujar Fara lagi. Kedengaran satu keluhan panjang dilepaskan Azril.
"Hmm... Kau dah berapa lama tak beraya dengan famili kau?" Akhirnya Azril melontarkan suara. Dia lihat Fara seolah-olah sedang mencongak sesuatu dalam fikirannya.
"Tahun lepas aku kerja pagi raya... Tapi tahun sebelum tu, aku sampai Singapore pada pagi raya. Kiranya, dapatlah jugak beraya, kan?" Fara sengih melebar manakala Azril pula mengherotkan mulutnya.
"Kenapa kau tanya macam ni?" Soal Fara.
Azril tertawa kecil sambil menggelengkan kepala! Saat itu juga, satu SMS masuk ke dalam telefon bimbitnya. Dia menekan butang 'Read'.
'Haha! This year is my lucky year! Aku touch down tengahari raya pertama nanti! Hoho! Habislah kau Ril... Mama gerenti merajuk setahun dengan kau!' - Ash 012
'Setahun???!' Hati Azril bagaikan diramas-ramas dengan keresahan yang maha pekat!
"Fara, kau tolonglah aku...! Aku kena jugak sambut raya tahun ni dengan mak aku! Tapi flight aku malam raya! Macam mana ah?" Azril memuntahkan segala keresahan keluar dari hatinya!
"Laa... Pasal ni je ke??" Kata Fara.
"Pasal NI JE KE kata kau?? Huii... Ini hal serius beb!"
Fara ketawa besar apabila mendengar kata-kata rakan sekerjanya itu. "Apa yang seriusnya?? Normal la tu kita fly waktu raya!" Tawa Fara masih bersisa.
"Memanglah normal! Tapi tahun ni aku tak boleh fly waktu raya! Tahun ni je!"
"Kenapa??"
"......Tak boleh!" Kata-kata Azril terhambur dengan gelengan kepalanya. Tanpa Fara dapat memahami sebab musababnya, mereka berdua tertawa bersama.
"Kau buat flight swap aje lah. Apa yang susah sangat...!" Fara menghirup air fresh orange yang sudah hampir habis. Mungkin sebentar lagi dia akan naik ke bilik untuk berehat kerana matanya sudahpun memberat.
"Eh ehh, kau ni! Yang itu kau tak payahlah ajar! Sebab tak dapat swap-lah yang jadi masalah sekarang ni..." Keluh Azril. Dia mengambil telefon bimbitnya lantas menaip sesuatu kepada Ashraf...
'Ash, aku nak kau tolong aku satu benda. Kali ni, mati-mati kau kena jugak tolong aku! Please!'
Mesej dihantar.
Azril meletakkan telefonnya ke atas meja dan segera memandang Fara. Kelihatan gadis itu memandangnya sambil sebelah keningnya dijungkit.
"Kau ambik MC!" Ujar Fara menyebabkan Azril tertawa kecil.
"MC kata kau?? Kau tahu klinik panel kita macam mana, kan? Umpama kau kena pengsan dulu depan doktor, baru dia percaya kau betul-betul unfit to fly!" Senyuman Azril sinis. Dia pernah cuba cara itu satu ketika dahulu tetapi malangnya tidak berjaya.
Saat itu juga, kedengaran Fara mengejek dan mentertawakan Azril. Azril yang terasa bengang dengan sikap rakannya itu hanya mampu menjeling.
"Kau betul-betul terdesakkan? Kau sanggup tak buat apa saja??" Satu senyuman jahat terbit dari wajah Fara.
"Ha??" Mulut Azril tercengang. "Errr... Sanggup. Tapi... Aku kena buat apa ni??" Dia mula berasa saspen.
Fara dilihat merapatkan badannya ke sisi meja dan menyuruh Azril melakukan perkara yang sama. Lagaknya seperti gadis itu ingin membisikkan sesuatu.
"Biar aku kongsi rahsia dengan kau macam mana budak-budak cabin crew ambik MC."
Bibir Azril serta-merta menguntumkan senyuman yang lebar!
"Ha, okay! Macam mana?? Bagi tahulah...!" Air wajah Azril seakan-akan bersinar gembira. Hatinya terasa lega sedikit dan berbunga harapan. Beban di pundak tadi kini terasa seperti diangkat.
"Macam ni. Nanti, satu hari selepas kita balik daripada flight Narita ni, aku jumpa kau dekat Starbucks Changi City Point. Nanti aku pass 'barang' tu dekat kau."
Dahi Azril segera berkerut!
"Barang??" Mata Azril membulat! Dia menelan liur. "Barang apa pulak kau ni?? Kau jangan macam-macam beb!"
"Ish! Kau nak ke tak nak MC ni?!"
"Okay, okay! Aku nak, aku nak!" Potong Azril. Dia terpaksa bersetuju sahaja walaupun benaknya sudah bercampur dengan berbagai-bagai rasa yang kurang enak. Tak mengapalah, fikir Azril. Demi mama!
"Okay, good! Aku tak tahu aku punya stok ada lagi ke tak. Tapi kau jangan risau, flatmates aku gerenti ada punya!" Fara tersenyum sambil mengenyitkan mata pada Azril. Kelihatan wajah lelaki itu sudah sedikit cuak.
"Ish, kau nak bagi aku drugs ke apa ni??"
Fara tarik muka kelat!
"Aku nak kasi kau dapat MC! Bukan nak kasi kau masuk jail! Bodoh!" Kata-kata Fara itu langsung membuatkan Azril tertawa besar. Gadis itu terus menghabiskan saki-baki air fresh orange-nya.
"Sudahlah, nanti kau tahulah! Aku dah mengantuk ni. Aku naik bilik dululah... Guys, I'm off! See you all tomorrow! Night!"
"Night, Fara! See you!" Balas beberapa orang kru daripada kumpulan mereka sambil melambaikan tangan. Lantas, Fara terus berlalu pergi...
Azril hanya memerhatikan sahaja rakannya itu hilang di balik dinding hotel. Dia berasa tidak sedap hati memikirkan 'barang' yang Fara sebutkan tadi. Tetapi... Kata gadis itu barang tersebut bukanlah dadah atau yang sejenis dengannya. Jadi dia yakin yang dia tidak akan melakukan apa-apa kesalahan dari segi undang-undang, fikir Azril.
Tiba-tiba, kedengaran satu SMS menerjah masuk menyebabkan lamunan terhenti.
'Okay-lah. Aku tolong kau ;-D Kau nak aku buat apa?' - Ash 012
Jari kasar Azril menaip laju...
'Tolong 'beli' jiwa mama on behalf aku... Kasi dia happy. Kaw-kaw punya happy! Kau bawaklah dia pergi shopping ke, apa ke... Aku tak bagi tau mama lagi yang aku tak dapat swap flight. Aku ingat nak try ambik MC dulu, tapi just in case kalau tak dapat, at least mood mama baik sikit masa aku nak fly nanti. ;-P' - Azril SINGTEL
'MC?? Kau nak ambik MC??? Ha. Ha. Good luck to you, bro!' - Ash 012
Azril mengetap bibir. Hatinya menggelegak sedikit saat membaca balasan si adik.
'Cis... Siot betullah mamat ni. Berlagak! Mentang-mentanglah dia habis kerja tengahari raya!'
Azril sudah malas hendak melayan Ashraf. Dia terus menyimpan telefon bimbitnya itu lantas menyertai rakan-rakan kru yang lain bersembang di lounge tersebut...
"Aku nak kasi kau dapat MC! Bukan nak kasi kau masuk jail! Bodoh!" Barang...??! Esok grand finale untuk Cerpen Raya MWB yea! :)
Share this novel