Tahun 2006 - Bahagian 2

Drama Series 8998

Nota: Garis masa dalam CRMWB tidak sama dengan novel MWB. Dalam CRMWB ini Lara dan Ashraf masih berkawan.
........................................................

Lara berdiri di hadapan cermin sambil membetulkan blouse yang tersarung di badan.

Kelihatan blouse yang diperbuat daripada kain sutera Vietnam berwarna ungu polos itu tampak sungguh menyerlah apabila dipadankan dengan seluar cotton linen berwarna putih.

Setelah itu Lara berdandan pula, merias wajahnya dengan solekan sederhana dan rambutnya yang panjang mengurai dikerintingkan menjadi ikal mayang. Sungguh anggun! Maklumlah, pertama kali hendak pergi berbuka puasa dengan Ashraf Zildan. Tahun lepas lelaki itu sibuk terbang ke sana-sini dan Lara pun waktu itu sibuk dengan Huzaimi! 

Psst! Psst!

Minyak wangi OH! De Moschino disembur ke badan. Haruman yang lembut dipilih sesuai dengan acara berbuka puasa malam ini.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan SMS masuk.

'Hey princess. I dah sampai dekat bawah.' - Ashraf SIA

Hati Lara berbunga-bunga membacanya lantas dia mencapai beg tangan dan menyarung kasut. Kedua-duanya mempunyai warna yang berpadanan dengan pakaiannya.

Pintu bilik di Kolej Kediaman Teratai ditutup dan dia terus melangkah pergi...

Ashraf memandang sosok tubuh yang kurus dan tinggi lampai itu berjalan terkedek-kedek dengan kasut bertumit tinggi.

Dia tersenyum. Hati berbunga-bunga riang dan terus memerhatikan Lara sehinggalah Lara menghampiri keretanya. Oleh kerana Lara datang daripada bahagian hadapan, sempat lagi mata mereka bertembung sebelum gadis itu membuka pintu kereta dan panahan mata itu membuatkan hati Ashraf cair...

"Hai, Ash!"

"Hai princess. Cantiknya you hari ni!" Puji Ashraf. Lara waktu itu dilihat tersenyum sambil menjeling.

"Thanks... Tapi kenapa hari ni tiba-tiba puji cantik?" Lirikan mata Lara masih tertancap pada wajah Ashraf yang sedang mengundurkan kereta. 

"Extra cantiklah. Selalunya gaya you rugged dengan seluar jeans. Tapi hari ni feminin sangat." Ashraf menjawab tanpa memandang Lara. Dia menumpukan perhatian terhadap pemanduannya dan kereta sport itu terus meninggalkan perkarangan kolej kediaman tersebut...

Sebaik sahaja melangkah masuk ke bangunan membeli-belah KLCC, jam baru sahaja menunjukkan pukul lima petang. Ada lebih kurang dua jam setengah lagi sebelum waktu berbuka.

Oleh kerana Lara sudah menempah tempat di restoran The Apartment, maka dapatlah mereka berjalan-jalan sebelum masuk waktu berbuka dan sudah tentu tempat yang pertama sekali Ashraf hendak pergi adalah ke iSETAN!

"You dah beli baju raya?" Tiba-tiba Ashraf bertanya. Lara yang sedang cuci mata melihat kedai-kedai kasut dan baju daripada jauh terus memandang Ashraf.

"Dah, my mom dah tempah awal-awal sebelum puasa hari tu."

"Tempah? Baju kurung?"

"Yups."

"Itu baju kurung. Kalau baju biasa ni, dah beli?" Tanya Ashraf lagi. Pintu gerbang iSETAN sudah kelihatan daripada jauh.

"Baju biasa?" Lara kerut kening lalu menyambung, "Takde. Dulu masa kecik-kecik, adalah baju raya kurung dengan baju biasa. Tapi bila dah besar panjang ni, mana ada dah."

"Tak ada??" Nada suara Ashraf seakan terkejut sambil memandang Lara. "Oh, I ingatkan orang perempuan mesti ada dua pasang baju raya. Satu yang tradisional, satu lagi baju biasa. Bukan macam tu ke?"

"Taklah. Bukan semua perempuan macam tu..." Lara menjeling. Fikirannya tiba-tiba sahaja membayangkan perempuan 'childhood friend' Ashraf yang tergedik-gedik itu. Perasaannya terus membara.

"Oh, ye ke? Hehe... Maybe semua perempuan yang I kenal je kot macam tu."

Hati Lara mendidih! Kini terbayang pula baju perempuan gedik itu yang 'vogue-vogue', yang mahal-mahal. Kalau tengok pada gayanya, mestilah minah tu beria-ia sampai baju raya pun kena ada dua tiga pasang, kan?!

"Siapa perempuan tu? Girlfriend you ke?" Lara menjeling sambil buat muka manakala Ashraf hanya tersengih.

"You ni tak habis-habis kata I ada girlfriend. I takde girlfriend-lah."

"Eleh.. Habis tu, yang you kata 'semua perempuan' tu siapa? Ex-ex-ex girlfriend you?" Nada suaranya sudah berubah tetapi waktu itu Ashraf tiba-tiba saja tertawa.

"Eh, baru I perasan! Rupa-rupanya bila I fikir balik, 'semua perempuan' tu sebenarnya my mom dengan kakak I je lah! Sad! Haha!" Sekali lagi Ashraf tertawa tetapi dia lihat Lara langsung tidak tercuit dengan kata-katanya.

"Kenapa you tak gelak? Gelaklah! Ke you nak I tanya my ex, baju raya dia berapa pasang tahun ni? Tapi karang dia ingat I nak dekat dia balik pulak." Usik Ashraf dan kini Lara tersenyum senget sambil menjeling lagi. Hatinya terguris! 

Aduh... Kenapalah setiap perkataan yang keluar daripada mulut Ashraf semuanya menyentap perasaan?! Ah sudahlah, Lara tidak mahu memikirkan tentang itu lagi.

"You nak cari baju raya ye dekat sini?" Sengaja Lara ubah topik tatkala melangkah masuk ke dalam iSETAN. Malas dia hendak 'sentap-menyentap' lagi dengan si Ashraf. 

"Yups. Tapi sebenarnya I nak cari benda yang lebih penting daripada baju raya..."

Lara lihat Ashraf meninjau-ninjau sekeliling. Rasa pelik pula bila Ashraf memasuki ke bahagian 'home department'.

"Haa! Tu dia! Yes! Yes! Dah jumpa!" Tiba-tiba nada suara Ashraf bertukar girang. Lara terpinga-pinga melihat kedai yang dimaksudkan oleh Ashraf itu...

'NORITAKE.'

"Ha? Noritake? You nak beli apa?"

"Bukan I, tapi abang I. Dia nak 'reload nyawa' dekat sini-"

"Reload nyawa?!" Mata Lara terbeliak membuatkan Ashraf ketawa. Dia segera menceritakan tentang kejadian pinggan Noritake mamanya lalu mengundang tawa si Lara.

"Excuse me, miss." Ashraf menegur seorang wanita yang bekerja sebagai jurujual di situ.

"Ye encik. Nak beli set Noritake? Saya boleh bantu."

"Err... Saya bukan nak beli set. Saya tengah cari pinggan, yang loose piece punya."

"Oh, pinggan loose piece! Pinggan apa yang encik nak? Kita ada dinner plate, soup plate, salad plate, bread & butter plate dengan saucer. Encik nak yang mana satu?"

'Aduh, banyaknya! Yang mana satu pulak yang pecah hari tu? Haih, sepatutnya tarik je si Azril sekali tapi nanti kacau daunlah pulak orang nak dating!' Keluh Ashraf dalam hati. Dia lihat Lara pun terkedu bila mendengarkan jenis-jenis pinggan yang disebutkan tadi.

"Erk... "

"Encik nak beli loose piece tu untuk koleksi yang mana?"

"Haa, yang tu I tahu!" Lantas Ashraf menyeluk poket dan mengeluarkan sekeping kertas kecil bertulis tangan. "Model 'Damask Gold 96 Jubilee Vintage Set Collection'." Ashraf membacanya dengan penuh keyakinan dan saat itu juga mata jurujual wanita itu terbeliak!

"Damask Gold Jubilee?!"

Kali ini Ashraf dan Lara pula terpinga melihat reaksi wanita itu.

"Wah... Damask Gold Jubilee ni tersangat-sangat rare, encik! Encik collect model ni ye?"

Muka handsome, tapi collect pinggan mangkuk. 

"Eh, bukan saya-"

"Tapi encik Damask Gold Jubilee ni kita tak ada jual dekat sini tau."

ALAMAK! 

Hati Ashraf terus rasa kecut! Suara jeritan mamanya seakan terngiang-ngiang. Tak dapat dia bayangkan pulang ke Johor Bahru tanpa pinggan kesayangan mamanya!

"Habis tu dekat mana lagi ada jual?" Tanya Ashraf. Sesungguhnya dia sanggup berbuat apa saja demi mendapatkan pinggan tersebut!

"Paling senang nak cari, encik kena pergi HQ."

"Ha, okay! Dekat mana?"

"Jepun."

Airmuka Ashraf mendatar memandang wanita itu, tiada perasaan manakala jurujual itu pula hanya tersenyum lebar.

Habis! Habislah dia dan Azril kali ini! Ashraf ketap bibir. 

Tetapi... Untuk keluarga yang mempunyai TIGA orang pilots, sebenarnya bukanlah susah sangat hendak ke Jepun, fikirnya lagi. 

Lara pandang wajah Ashraf. Kelihatan lelaki itu seakan berfikir panjang.

Narita... Narita... Narita... Dalam fikiran Ashraf, dia sedang mengingat semula jadual penerbangan untuk bulan ini tetapi seingat Ashraf juga, tiada destinasi Narita dalam jadualnya. Haih.

"Koleksi Damask Gold Jubilee ni antara koleksi yang paling mahal encik, sebab set tu dikeluarkan masa sambutan khas 50 tahun model Damask Gold... Lepas tu untuk edisi ni jugak diorang letak serbuk emas tulen 18 karat dekat gold ring sekeliling pinggan tu."

Huh, patutlah mama mengamuk sakan! Ashraf lihat mulut Lara terlopong tatkala mendengar serbuk emas 18 karat tersebut. 

"Sebab tu kalau encik nak beli sekeping pinggan loose piece ni memang mahal. Harganya boleh mencecah sampai lima - enam ratus ringgit!"

Wajah Ashraf yang mendengar seolah tiada perasaan. Bak kata Azril, separuh gajinya dalam Ringgit Malaysia bersamaan dengan dua belas ribu ringgit. Jadi kalau setakat lima atau enam ratus ringgit ni macam celah gigi 'setan' tu je, fikir Ashraf.

'Oi setan. Pinggan tu takde stok dekat sini. Kena beli dekat HQ Jepun.' - Ash 012

Ashraf menghantar SMS sambil mendengar celoteh jurujual tersebut. Wanita itu mencadangkan Ashraf membeli pinggan loose piece yang lain, yang hampir sama dengan koleksi Damask Gold Jubilee tetapi Ashraf menolak. Mana boleh beli yang lain! Dia cukup kenal dengan pe'el mamanya. Tiba-tiba notifikasi SMS berbunyi. 

'Alamak! Jepun?! Jauhnya!' - Azril SingTel

'Kau takde flight Narita ke?' - Ash 012

'Bulan ni takdelah.' - Azril SingTel

'Okay aku ada satu idea. Cuba kau swap off day kau waktu raya ni dengan tech crew pergi Narita. Sure ada orang ambik!' - Ash 012

'KEPALA HOTAK KAU! Memang tak lah! Dulu aku sampai tercirit-birit sebab nak off day time raya! No way! I'm going to celebrate raya this year no matter what!' - Azril SingTel

'Ah, kau ada dekat rumah pun macamlah mama nak tengok muka kau. LOLL! :D' - Ash 012

'Babi.' - Azril SingTel

Ashraf tersenyum seorang diri. Terbayang wajah Azril yang sedang marah di saat ini. Akhirnya dalam keadaan sedikit hampa, Ashraf mengucapkan terima kasih kepada jurujual tersebut lalu dia dan Lara berlalu pergi...

Kedengaran lagu raya dimainkan di 'Men's Department' tersebut. Ashraf berada di dalam kubikel 'fitting room', sedang mencuba baju Melayu yang dipilih Lara. Walaupun tidak beraya bersama tetapi sengaja Ashraf minta untuk memakai warna baju yang sama dengan Lara. Warna turquoise.  

"Princess, okay tak ni?"

Lara terdengar kunci pintu kubikel diselak dan sebaik sahaja pintu terbuka, matanya tertancap pada tubuh tegap Ashraf yang berbaju Melayu. Hatinya serta-merta cair umpama marjerin di atas kuali panas!

"Nice!" Katanya sambil tersenyum. 

Ashraf membelek tubuhnya di cermin. Waktu itu juga Lara datang menghampiri lalu membetulkan kolar Cekak Musang yang agak senget. 

"Hmm... Okay. Cantik. Samalah warna ni dengan baju raya I." Ujar Lara turut melihat refleksi tubuh Ashraf di cermin. Mata mereka bertembung dan masing-masing tersenyum.

Sewaktu Ashraf hendak menukar baju semula, Lara menahan pintu kubikel dengan tangannya. 

"Ash, I nak pergi ke restroom kejap. Nanti I datang balik." Ujar Lara. Sebenarnya sejak daripada tadi dia rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena...

'OH DAMN!!' Lara menjerit dalam hati ketika dia berada di tandas.

Dia dah agak!

Seluar kain cotton linen berwarna putih itu sudah kotor dengan tompokan darah yang banyak. Sudahlah kain nipis, warna putih pula tu! Lara rasa seperti hendak menangis! Patutlah dia asyik 'sentap' saja dengan si Ashraf tadi. Memang kebiasaannya dia akan jadi super sensitive sewaktu datang bulan! 

'Aduh... Macam mana ni?!' Lara mula panik. Kalau seluar di luar pun sudah kotor, seluar di dalam jangan cakaplah. Matanya mula berkaca. Dia mengeluarkan telefon bimbit dan menaip sesuatu kepada Ashraf...

Selang beberapa minit kemudian.

"Princess, kenapa ni? You sakit ke?" Soal Ashraf sebaik sahaja tiba di hadapan pintu masuk tandas wanita. Di tangannya sudah terdapat beg kertas berisi baju Melayu. Ashraf kelihatan kaget sedikit tatkala melihat wajah Lara yang pucat lesi.

"Ash, I nak mintak tolong..." Lara mencebik seperti hendak menangis. 

"Ha? Apa dia?" Terpinga. 

"I period... Seluar I dekat belakang ni habis kotor!" 

"Hah?!" Kini Ashraf ternganga! "Err... You nak pergi klinik ke?" 

"Bukanlah!" 

"Habis tu...?" 

Mata mereka bertembung. 

"Erm... I nak minta tolong you belikan..." Lara terhenti sebentar. GULP...! "Seluar, seluar dalam dengan pad..." Lara menyebutnya dengan sekali nafas dan saat itu juga dia lihat Ashraf sudah terbeliak!

ALAMAK!

"Err..." Ashraf terkedu, tidak tahu hendak cakap macam mana! "I... Erm... I tak biasa beli benda... Yang lagi dua dekat belakang tu..." 

Dia lihat wajah Lara berubah! Lantas Ashraf cepat-cepat menyambung, "Tapi I ada satu idea!" Senyum dengan penuh keyakinan.

"Idea? Apa dia?" 

"Kalau I belikan you pampers orang dewasa boleh? Dua dalam satu! You boleh dapat underwear dan you boleh dapat pad-"

"Ashraf...?!" Saat ini wajah Lara sudah seperti singa betina lapar! "You buat lawak ke apa ni?!" 

Alamak! Salah ke? Fikir Ashraf. Kecut perutnya melihatkan wajah Lara begitu. Tapi dia mana pernah beli pakaian dalam wanita apatah lagi tuala wanita! 

"Erk? Tak boleh ke-"

"Mana boleh?! Menggelembunglah nanti!" Potong Lara. Tak dapat dia bayangkan dah cantik-cantik begini dengan rambut berkepuk-kepuk tapi di dalam pakai pampers orang dewasa! 

"Sampai hati you tak nak tolong I-" Nada suara Lara sudah bergetar dengan tangisan dan saat itu juga Ashraf segera menyampuk, "Okay okay okay! I tolong you! Dah dah, jangan nangis!" Dia segera memegang bahu Lara yang sudah menyeka airmata. 

Aduh... Ashraf rasa inilah hari yang paling bersejarah dalam hidupnya! 

Tak sampai lima langkah Ashraf berlalu, kedengaran Lara memanggilnya semula. 

"Yes?" Tanya Ashraf lembut. 

"I lupa nak bagi tahu... Pad tu nanti, you cari yang ada wing boleh? I nak yang ada wing." 

Mata Ashraf bagai nak terkeluar.

"Wing?!" 

Dah wing apa pulak ni...?!

"Ye, ada tulis dekat packaging dia tu. Gambar pun ada. Nanti you check-lah."

Tiba-tiba saja Ashraf tersengih.

"Hehe! You ni... Suka sangat dengan wing. I tahulah you ada Mr Wing Badge!" Bangga!

Kali ini mata Lara pula terbeliak dengan kerutan di wajahnya. 

"Hei! Are you for real?! You ingat I pilih yang ada wing sebab I obses sangat dengan you ke?"

"Oh bukan ke?"

"Takde maknanya! Itu untuk heavy flow-lah! Perasan!"

Ashraf menyengih dan tersipu malu sambil menggaru kepala. Manalah dia tahu! Lara pula sudah ketawa terbahak-bahak dan terasa alirannya semakin membuak.

Mata Lara mengamati setiap langkah kaki pemuda itu. Dia masih lagi berasa gelihati dengan kata-kata Ashraf sebentar tadi. Aduh, sengal betullah mamat ni!

Lara masuk semula ke dalam tandas untuk menunggu Ashraf kembali dengan barang-barang yang dipesan. Saat itu juga dia mengeluarkan telefon bimbit dan menaip sesuatu. 

'Ash... You tahu tak lepas ni I nak save nama you dalam handphone I sebagai apa?' - Princess

'Tak. Apa dia?' - MWB

'Mr Wing Pad.' - Princess

'PRINCESS?! NO WAY! I belikan you pampers orang tua kalau you tukar nama tu!' - MWB

'Bwerkk... :-P' - Princess

'Fine. I letak nama you 'Pampers' instead of 'Princess'!' - MWB

Di dua tempat yang berlainan, Ashraf dan Lara tekup mulut dan ketawa terbahak-bahak sendirian... 

Dapat ke agaknya pinggan mereka belikan pinggan kesayangan mama mereka? :-/

Share this novel

babyAnjell
2022-05-09 20:37:00 

Dalam Novel, Lara n Ash, xberkawan ka

babyAnjell
2022-05-09 20:36:31 

ada novel ka??


NovelPlus Premium

The best ads free experience