BAB 7

Drama Completed 3276

Orang yang mengajak Andra berlumba tadi melarikan diri dan masih diburu polis. Andra yang cedera teruk segera dikejarkan ke hospital, rakan-rakan yang turut menyertai expedisi itu dengan segera menghubungi ahli keluarga Andra dan juga teman wanitanya, Sofia.

Salah seorang dari teman Andra dibawa ke balai polis bagii memberi keterangan berhubungn insiden tersebut.

Keluarga Andra tiba di di hospital dua jam kemudian diikuti dengan Sofia yang turut membawa keluarganya datang melawat Andra.

Keadaan Andra diletakkan di dalam keadaan berjaga-jaga dan masih belum sedarkan diri.

Keesokan harinya, Andra mulai sedarkan diri sekaligus memberi kelegaan kepada semua yang dari semalam menantikan dia sedar. Andra memanggil ibu dan ayahnya serta kekasihnya.

“Ibu, ayah, ampunkan semua dosa Andra ya, Andra tahu Andra banyak buat silap dan sakitkan hati ibu dan ayah. Andai kata Andra tidur untuk selamanya, ambil surat yang Andra letak di laci meja tulis Andra.”

“Sofia, jaga diri kamu baik-baik ya, saya minta maaf kalau selalu buat awak marah dan sakitkan hati awak, tapi saya sayang awak sangat-sangat dan carilah orang yang baik serta sayangkan awak, jangan bersedih ya.” Kata-kata Andra mulai tersekat-sekat.

“Baiklah nak, ibu ampunkan semua dosa kamu dan halalkan semua makan dan minum kamu. Nanti ibu baca surat itu ya. Nak, maafkan ibu juga kerana terlalu bersikap tegas dengan kamu tapi ibu tak pernah sekalipun membenci kamu, kamu adalah yang pertama, kamu adalah kesayangan kami.” Ucap ibu Andra yang sudah menangis teresak-esak.

“ibu, ayah, izinkan Andra pergi ya,” ucapnya seraya mulut Andra kelihatan terkumat-kamit membaca kalimah syahadah dan tiba-tiba mesin pengesan jantung berbunyi mencetuskan keadaan panik, salah seorang teman Andra segera memanggil doktor dna tak lama kemudian pihak doktor dan jururawat dkelihatan bertungkus-lumus menyelamatkan Andra namun gagal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience