BAB 8

Drama Completed 3276

“Kami sudah berusaha menyelamatkan anak puan dan tuan namun tidak berhasil. Kami turut berdukacita atas kehilangan anak puan dan tuan,” ujar doktor tersebut. ibu Andra mulai menangis teresak-esak. Tak kurang juga ahli keluarga Andra yang lain, Sofia dan teman-teman yang menyertai expedisi tadi.

“Andra sayang bangun” ibunya cuba menggerakkan tubuh Andra, sang ibu mulai dihimpit kesedihan dan sesalan memikirkan pada hari-hari terakhir hayat anaknya di dunia, mereka anak beranak bertelagah dan dia terlalu berkeras pada anaknya itu.

Usai sudah majlis pengebumian dan tahlil Andra. Keadaan rumah yang tadinya dipenuhi dengan jemputan ahli masjid, sanak ssaudara yang datang berkunjung, jiran tetangga dan rakan sepengajian arwah Andra kini sudah mulai sepi menghimpit kesunyian dan kesediahn di hati si ibu.

Ibu Andra lantas teringat akan pesanan anaknya, lalu dia masuk ke bilik Andra dan mengambil sepucuk surat yang diletakkan di dalam laci meja belajar Andra.

“Kehadapan ibu yang tercinta,

Ibu, Andra sudah dewasa ibu dan budak kecil lagi. Andra merasa sedih kerana tidak dipercayai oleh ibu. Andra malu dan kesal kerana selalu dikongkong dan dituduh bukan-bukan oleh ibu.

Andra ingin menikmati masa muda agar nanti Andra dapat bercerita dan mendidik perkara yag menyenangkan juga perkara yang harus dijauhi oleh anak Andra nanti.

Andra tak suka terlalu dikongkong dan itu yang membuatkan kita selalu sja bergaduh, ampunkan Andra andai Andra banyak mengecewakan, menyakiti ibu, tapi Andra amat sayangkan ibu.” Airmata si ibu bercucuran saat membaca warkah terakhir dari anaknya itu.

“Andra ampunkan ibu yang terlalu mengatur hidup kamu dan membuat kamu terseksa, kembalilah nak, kembali pada ibu, ibu berjanji takkan teresak-esak dalam tangis yang berlagu rindu da sesalan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience