BAB 6

Drama Completed 3276

Selepas berhempas pulas mendaki selama tiga jam akhirnya mereka sampai ke puncak Bukit Tabur West.

Andra adalah orang yang paling gembira kerana aktiviti mendaki bukit memang menjadi aktiviti kegemarannya selepas permainan komputer. Hampir 40 minit mereka berada di puncak, akhirnya mereka mengambil keputusan untuk pulang, namun ketika dalam perjalanan turun, rombongan mereka bertembung dengan sebuah kumpulan yang tidak semena-mena mengajak mereka berlumba menuruni puncak.

Andra dan ahli rombongannya yang lain pada mulanya menolak namun kumpulan tersebut seakan mencabar kumpulan mereka membuatkan Andra merasa berang dan akhirnya menyahut cabaran tersebut.

Puas dia ditegah oleh kawan-kawannya namun Andra tidak mengendahkannya. Mereka pun memulakan cabaaran untuk berlumba menuruni puncak hingga ke kaki bukit.

Sementara itu, Sofia yang dalam perjalanan ke Melaka merasakan bagai ada sesuatu yang tidak enak tapi dia tidak pasti mengapa.

Lalu dia teringatkan tentang Andra dan segera menghubungi teman lelakinya itu kerana kali terakhir mereka bermesej adalah sebelum Andra memulakan pendakian, malangnya panggilan tidak berjawab.

Samalah halnya juga dengan Ibu Andra yang merasa tak sedap hati bagai ada sesuatu yang merisaukannya, dalam keadaan panik dia cuba menghubungi Andra namun tidak berjawab dan membuat si ibu mula dirundung kerisauan.

Andra dan pesaingnya itu masih berlumba, manakala teman-teman yang lain perlahan-lahan mengejar dari belakang meminta mreka untuk berhenti. 300 meter sebelum sampai sampai ke kawasan tapak berkumpul, pihak polis melihat dua orang remaja tadi berlumba secara merbahaya dan tak semena-mena mereka dikejar polis.

Tiba di kawasan berhimpun tadi sebuah bas persiaran yang berjalan dari kawasan bertentangan memecut sedikit laju dan Andra yang gagal mengawal lariannya terkejut lalu bertembung dengan bahagian belakang bas persiaran itu dan melambung sejauh 200 meter.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience