BAB 3

Drama Completed 3276

“Sudahlah tub u, biarkan saja Andra main game kat kafe siber tu, lagipun apa sajalah salahnya. Kita fikir yang baik-baik saja, main game dan buat tugasan di kafe siber je pun.” Ujar ayahnya datang dari tingkat atas ke ruanh tamu cuba menenangkan keadaan yang sudah tegang.

“Andra boleh je buat tugasan tu di rumah, tapi bilik Andra sunyi sepi. Klau ajak kawan-kawan datang, dibuatnya bilik Andra bersepah dan ada barang yang rosak bagaimana? Mesti ibu akan bising. Takkan ibu nak kemas bilik Andra pula,, kalau ada pembantu rumah takpe juga. Andra suka suasanan riuh kerana Andra jadi lebih fokus pada pelajaran kalau ada suasana bising.” Jelas Andra lagi memberikan hujah yang dirasakannya logik untuk membela dirinya.

“Tengok tu bang, perangai anak awak tu dah melalut sampai ke situ pulak.”

“Selama ni ayah cuba bersangka baik dan akan tetap fikir yang baik-baik saja kat anak kita kecuali kalau sudah salah pergaulan baru ayah akan kenakan tindakan kepada Andra,”

“Terpulang pada awaklah bang, jangan kata saya tak cakap pula nanti,” marah ibu Andra.

Andra yang duduk di sofa itu bingkas bangun, menoleh sebentar ke arahnya yang sedang duduk memegang remote TV lalu naik ke biliknya.

Dua adik beradik Andra yang sedari tadi tercongak di tangga atas menyaksikan perselissihan faham antara Andra, ibu dan ayah mereka dan membuat mereka menjadi sedih atas insiden itu.

Andra yang berselisih dengan dua orang adiknya itu sama sekali tidak menghiraukan merek sebaliknya dia menghempas pintu biliknya dengan kuat membuatkan duaa orang adiknya tu menjadi takut.

Ketika ibu Andra memanggil Andra untuk makan malam, namun tiada jawapan daripada Andra.

Ibunya yang risau akan keadaan anaknya segera naik ke atas namun sayangnya pintu bilik itu berkunci.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience