BAB 2

Drama Completed 3276

Beberapa minit kemudian, telefonnya berbunyi sekali lagi.

Tanpa melihat nama pemanggil di skrin telefonnya, Andra terus sahaja menjawab panggilan itu dengan nada marah.

“Awak, boleh tak kalau awak stop kacau saya, saya tengah main game ni tengah war sekarang, stop calling me!” bentaknya.

“Hoi, apa sayang-sayang? Ini ibu kamu ni.Wah wah banyak cantik muka kau,,lepas kuliah bukan terus pulang tapi melencong main game! Jadi selama ni kamu tipu ibu ya Andra?”

“Mana ada Andra tipu ibi, memang selama ini Andra buat assignment kat Kafe Siber sebab tak tenang nak buat kerja di rymah, tak ada konsentrasi. Setiap hari ada saja tugasa berbukit-bukit diberi, kalau tak percaya, nanti Andra tunjuk kat ibu dan ayah.

“Ibu tak suka kami main game dah macam orang ketagih judi padahal kamu dah ada semuanya di rumah tinggal kamu perlu manfaatkan saja segalanya. Kalau kamu dah kecanduan tahap macam tu dan tak perlukan internet di rumah, biar mak cabut saja sambung internet ni.” Ugut ibu Andra.

“Terpulang dari ibu, yang penting Andra tak suka ada di rumah, lepas main game Andra balik ye ibu, Okay ibu saya letak!” ujarnya.

Selepas puas bermain game online selama hampir enam jam, akhirnya Andra pulang ke rumah.

Sebaik tiba di rumah, seperti yang Andra jangka, dia dimarahi oleh ibunya. Berbuih-buih mulut ibunya memarahi dan menasihatinya namun Andra tetap tenang lagaknya seolah dia tidah berbuat salah.

“Bila kamu nak taubat dari main game online yang buang masa, apa lagi yang ibu perlu buat pada kamu ni?” tanya ibunya hampa.

“Ibu, Andra main game di siber kafe sebab nak hilangkan stress saja, mana tak stress nak siapkan assignment, belajar lagi, semuanya perlukan otak. Kalau asyik dipaksa tak relax, boleh jadi gila jadinya ibu!” luah Andra penuh emosi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience