BAB 1 [ PENGENALAN ]

Romance Series 2450

Bunyi alarm yang kuat telah membangunkan Qiesya dari tidur. Ya, sememangnya dia susah untuk dibangunkan. Rajin belajar, cantik rupa paras dan hormat ibu bapa itulah Nur Qiesya Irdeena. Namun, Qiesya bukanlah seorang perempuan yang pandai bercinta, apa la yang difikirkan sangat pelajar kolej itu kerana baginya pelajaran adalah lebih penting.

'Ada 15 minit lagi ni em... tido 5 minit pun ok..'

Disebabkan hanya berbaki satu minggu untuk meghadapi peperiksaan, Qiesya hanya tidur 2 jam pada malam tadi dek kerana belajar. Qiesya memang seorang yang study hard.

"Qiesya.. Qiesya kau dah bangun ke belum ni dah la lewat la cik kak oiii!"
Jerit rakan serumahnya, Amira sambil mengetuk pintu bilik Qiesya.

Qiesya yang tadinya hanya ingin tidur 5 minit, kini sudah terlajak.

'Ya Allah dah lambat dah ni..'
Qiesya buka pintu biliknya dan turun ke bawah.

"Ya Allah Qiesya oi kau tak siap lagi?! Kau nak kena marah dengan prof ke Qiesya..."

Amira sedikit geram kerana jika Qiesya lambat, dia pun turut lambat ke kelas.

"Ala Mira.. kau pergi je la eh aku sakit perut la. Lagipun aku penat sangat ni.. Rasa cam nak datang bulan.. Kau pergi je la eh Mira"

Memang betul, perutnya tidak begitu selesa. Dek kerana Amira tidak mahu terlambat ke kelas, Amira pergi ke kelas seorang diri menaiki Grab.

Qiesya kini kembali ke atas untuk mandi dan menunaikan solat subuh secara qadar yang terlepasnya tadi. Sesudah solat, Qiesya menyiapkan sarapan buat dirinya. Sedang menikmati sarapannya, dia teringat tentang ibunya yang menyuruh hubunginya pada pagi ini. Dengan pantas dia menelefon ibunya.

"Assalamualaikum mama, dah sarapan ke"

"Haa.. telefon pun anak mama ni rupanya. Bila Qiesya nak balik? Nak tunggu mama sakit baru nak balik ke Qiesya?"

"Eh, ape mama ni.. bukan macamtu, tapi Qiesya busy sikit ma.. next week Qiesya nak exam dah.. Sorry ma.. habis exam Qiesya balik eh"

Dia bukannya tidak mahu pulang tetapi setiap kali dirinya pulang ke rumah pasti ada yang tidak menyenanginya iaitu kakak tirinya, Amanina. Dia malas untuk bertekak dengan kakak tirinya itu kerana sejak kecil lagi ingin mencari fasal dengannya. Ada sahaja perkara yang tidak kena.

" Balik la sayang mama ni.. KL tu dengan Johor bukan jauh mana. Ma dah rindu dengan anak mama ni ha. Dekat sini siape je yang boleh hiburkan hati mama hmm"

Datin Maria telah berlembut dengan anaknya. "Ye ma, Qiesya janji Qiesya balik bila habis exam okay.. iye, Qiesya pun rindu mama sangat tau!"

"Ok, mama pegang promise Qiesya okay. Jangan bagi harapan palsu tau"

Tertawa kecil Qiesya dibuatnya.

"Hahahaha sejak bila anak mama ni reti bagi harapan palsu ade ade je ma ni hahaha ok lah ma, Qiesya got to go.. Take care mama Assalamualaikum!"

Jika Datin Maria dihadapannya sekarang, sudah tentu dipeluknya erat.
*****

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience