BAB 4

Romance Series 2450

Dengan keadaan api yang membara, Qiesya senyum dan menjawab segala pertanyaan yang ditanya mamat sewel tu.. Wait, pertanyaan? Atau penghinaan?

"Hm.. Wahai encik...em entah siapa siapa lah maaflah kerana membuatkan encik ni tunggu lama. Untuk menjawab semua 'pertanyaan' encik.. Yang pertama, saya ni kawan kolej Ayra, atau senior dia lah. Yang kedua, kami terserempak tadi jadi dia nak teman saya sebab dia kata abang dia lewat sikit. Yang ketiga, saya bukan perempuan kampung ye. Kalau betul saya perempuan kampung, encik ni takda hak untuk hina saya. Yang keempat, saya sakit perut je tak berjangkit pun eh. Dannnn yang terakhir, saya sedar siapa saya takperlu nak ingatkan lagipun saya rasa saya layak je kawan dengan adik awak ni? Oh ya sebelum saya gerak, lain kali awal lah sikit, kesian adik awak tunggu tau. Nak kata naik basikal takpun hmm. Ok, i got to go. Bye Ayra bye mamat sewel!"

Hah! Hambik engkau. Hina aku lagi!!

Habis panjang lebar dan satu persatu diperkatakan Qiesya. Puas hatinya.

Hariiz bengang dengan kata-kata Qiesya. Mamat sewel kau kata aku? Dasar perempuan kampung! Ada hati nak kawan dengan adik aku!

Fuhh.

****
Qiesya yang sedang berbaring di atas katil sedang mengelamun jauh. Tanpa dia sedar, air matanya mengalir. Menahan segala keperitan hidup. Dia tidak mahu pulang ke Johor iaitu rumah ibubapanya namun apakan daya. Dia perlu kotakan janjinya untuk pulang selepas habis minggu examnya. Dia tidak mahu menghampakan ibunya.

Mengingatkan kakak tirinya Amanina, bertambah sedih dan... Entah, dia sendiri sukar untuk mengetahui perasaannya itu. Dia tidak tahu apa lah nasib yang menimpanya sehingga kakak tirinya itu membencinya walhal dia tidak berbuat salah apa apa pun. Bukan dari tahun lepas dia bersikap begitu, malah sejak kecil. Kadang kadang, Qiesya sendiri sudah penat untuk lalui semua ini lagi.

Sedang asyik mengelamun, Qiesya dikejutkan dengan bunyi notification phone nya. Itu bererti ada mesej masuk. Dia gembira apabila Ayra menjemputnya ke rumah nenek dan datuknya di Johor. Kebetulan, dia akan berada di Johor jugak. Jadi tanpa fikir panjang, Qiesya bersetuju.

Buat masa ini, Qiesya sudah terlupa dengan apa yang terjadi tengah hari tadi. Dia kini lebih memikirkan nasibnya untuk pulang ke rumah kelak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience