BAB 5

Romance Series 2450

"Izz, daddy dan mummy nak cakap sikit. Duduk sini"

"Ye daddy, mummy?" Dia cuba untuk beriak selamba, dia tahu tentang apa yang orang tuanya mahu katakan.

"Izz, kalau mummy ada buat silap, Izz bagitau lah mummy. Kenapa dengan Izz? Ada masalah ke? Jangan la buat mummy risau.."

Hariiz masih lagi membatukan diri.

"Daddy tau, Izz tak setuju untuk bertunang dan bernikah dengan Amanina kan?"

Hariiz mengeluh mendengar nama itu disebutkan.

"Ya daddy mummy. Setiap kali ada saja nak sebut nama tu kenapa? Pagi petang siang malam. Waktu sarapan pun nak sebut. Izz sebenarnya..."

Belum sempat Hariiz menyambung bicaranya, Datin Sri Syaheera memotong.

"Oh now i got it, Izz. Izz sengaja pergi kerja lambat atau terlalu awal sebab taknak sarapan dengan mummy??"

"Bukan mummy bukan Izz taknak sarapan dengan mummy, tapi Izz taknak dengar nama tu disebut."

"Mummy minta maaf Izz.. mummy bukan nak paksa Izz dengan perkahwinan ni tapi.."

Kata katanya mati disitu. Sebenarnya, Datin merancang perkahwinan ini disebabkan Hariiz yang tidak bercinta. Bila nak kawin kalau tunggu Hariiz yang nak bawa calon?

"Macam ni lah Izz, daddy dan mummy beri Izz dua bulan untuk mencari calon yang sesuai. Jika tidak ada, Izz perlu jugak kawin dengan Amanina. Fullstop." Datuk Sri Iskandar telah menaikkan suara sedikit. Menunjukkan bahawa dia serius.

Hariiz Arman seorang yang tinggi lampai, berkulit cerah hidung mancung berbadan tegap. Bukan tiada yang mahukan dia, tetapi dia yang menolak. Hariiz sememangnya tidak ada masa untuk bercinta. Dia hanya meletakkan fokusnya kepada kerja. JSD Holdings sangat bermakna kepadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience