BAB 3

Romance Series 2450

"Ayra Ainan!!!" Terkejut semua orang yang berada di dalam klinik tersebut. Mana taknya, masuk masuk dah menjerit...

Ayra takut melihat abangnya yang marah sebegitu. Qiesya lagi lah. 'Apahal mamat ni? Sewel ke?' Ayra terus pergi kepada abangnya. Mujur mereka telah selesai mengambil ubat. "Abang, sorry batery phone adik habis.." Sayup sahaja suara Ayra. Malu dan takut barang kali. Kena marah depan orang weh jatuh saham! 'Oh.. abang dia. Tapi takkan taktau adab kut?' Getus hati Qiesya. Secara tiba-tiba abangnya menarik tangan Ayra dan keluar dari klinik itu. Tidak sempat untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Qiesya pun. Takpelah.. WhatsApp je nanti hm.. Baru Qiesya nak keluar baru tersedar yang beg dompet Ayra tertinggal. 'Uish mana boleh ni mesti ada i/c semua.. Ayra dah pergi ke eh?'

Qiesya keluar dari klinik untuk mendapatkan Ayra. Terbit rasa bersalah kepadanya kerana membenarkan Ayra menemaninya. Qiesya terdengar seperti orang marah-marah. 'Memang sah.. tu mamat sewel tu la tu."

Qiesya mendekati mereka namun langkahnya terhenti ketika mendengari perbualan mereka. "Ayra tau tak yang abang dah tunggu Ayra setengah jam? Setengah jam!! Apa yang Ayra buat dalam klinik tu? Teman siapa? Kenal ke?!" Marahnya Hariiz kepada Ayra. Salah ke aku teman kak Qiesya? Tau la aku lambat pun tapi dia yang lambat dulu..

Hadir rasa marah, serbasalah dan geram dalam hati Qiesya. Apahal mamat ni? Terlepas dari hospital mana? Marah takpasal pasal. Tidak kisah dengan keadaan itu, Qiesya meringankan kakinya lebih mendekati mereka untuk memberikan beg dompet yang ditinggalkan Ayra.

Dengan nada yang perlahan, Qiesya bersuara. "Ayra.. Beg dompet Ayra tertinggal kat dalam tadi. Nasib baik Ayra takbalik lagi" sambil menghulurkan beg dompetnya. Ayra dalam keadaan takut takut itu sedaya upaya mengucapkan terima kasih. Baru Qiesya hendak membuka langkah, Hariiz bersuara. " Kau ni siapa hah? Asal adik aku teman kau? Kau ni entah perempuan kampung mana entah sakit apa nak kawan dengan adik aku. Sedar sikit boleh?"

Bam!

Sakit hati Qiesya bila dengar apa yang mamat sewel tu katakan. Apa masalah mamat ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience