BAB 7

Romance Series 2450

Tidur Qiesya terjaga apabila mendengar ketukan di pintu biliknya.

'Siapa yang ketuk tu.. Jangan Amanina sudah'

Tanpa berfikir lagi, Qiesya pantas membuka pintu biliknya.

"Mamaaaa!!"

Dengan spontan Qiesya terus memeluk ibunya. Hampir tiga bulan dia tidak bertemu ibunya. Sangat rindu.

Mereka berbual mesra. Banyak perkara yang dibualkan. Bukan perkara sangat pun, gossip sebenarnya.

****

Hariiz pasrah untuk pulang ke Johor hari ini. Dia mengambil cuti selama 3 hari dek kerana penat memikirkan apa yang dikatakan oleh ayah nya.

Dua bulan? Mana aku nak cari calon? Siapa? Ya Allah....

Hariiz benar benar penat untuk memikirkannya. Namun, dia bertekad untuk mengahwini sesiapa sahaja asalkan bukan Amanina! Ya, dia tekad. Dia amat membencikan gadis itu.

Bukanlah benci, tetapi Hariiz berasakan Amanina tidak ikhlas. Walaupun mereka baru keluar bersama tiga kali, bermacam macam barang yang gadis itu mintak. Bukan biasa-biasa. Bayangkan jika bernikah nanti? Allahuakbar.

No.. No... NO!!

****
"Hi Abang! Abang dah makan tengah hari ke? Macam mana drive tadi? Ok?"

Sengaja Ayra menegur Hariiz begitu sebaik sahaja Hariiz sampai ke rumah atuk dan neneknya. Ayra tahu Abangnya masih marahkan nya.

"Dah, ok"

Tu je?! Abang ni memang nak kena!!

"Abang, Ayra dah minta maaf banyak kali tau. Kenapa abang tak habis-habis dingin dengan Ayra? Takkan sebab tu je abang..."

Hariiz terus memotong percakapan adiknya. Terbit rasa serbasalah pula.

"No, i'm just tired. Abang tak marah adik dah pun"
Sehabis manis senyuman yang diberikan kepada Ayra.

Ayra hanya mencebik pada mulanya. Namun selepas itu dia tersenyum melihat senyuman abangnya. Itu bermakna abangnya dah maafkan dia. Yeay!!

Hariiz terus mendapatkan nenek dan atuknya di ruang makan.

Sekarang dah pukul 3 petang.. Baru lunch ke diorang ni?

"Assalamualaikum nenek, atuk. Sihat?"

"Hah Izz ke yang datang ingat siapa tadi.. Alhamdullillah macam ni lah nenek kamu Izz"

"Ish awak ni kalau iya pun jawab la salam dia bagi dulu" Haji Abdullah mengingatkan isterinya.

Hajah Kamariah hanya mencebik. "Waalaikumsalam." Jawabnya masih mencebik ke arah suaminya.

Izz tertawa melihat kerenah datuk dan neneknya. Terubat rasa rindu dihati.

"Nenek dengan Atuk ni baru habis lunch ke? Awalnya lunch"
Saja dia menyakat kedua duanya.

"Kitorang memang suka lunch awal.. kamu taktau Izz?"
Hajah Kamariah membalas.

"Hahaha kamu pergi la rehat Izz, mesti penat drive tadi kan. Nak layankan nenek kamu ni sampai ke sudah tak habis"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience