BAB 2

Romance Series 2450

Setelah bersiap untuk ke kerja, Hariiz turun ke bawah. Dia sengaja masuk lewat ke pejabat hari ini kerana tidak mahu bersarapan bersama keluarganya.

"Eh Izz, lambat anak mummy pergi kerja hari ni? Takpe ke?"

Datin Sri Syaheera sebenarnya risau dengan anaknya kebelakangan ni. Ye lah mana tak nya, dah lebih kurang seminggu tak bersarapan bersama. Balik pun lewat malam. Dia sendiri tidak tahu jika ada buat anaknya terasa hati. Namun ditepiskan perasaan itu kerana tak akan lah Hariiz Arman sebegitu rupa??

"Ha'ah mummy. Assalamualaikum Izz kena pergi dulu."

"Eh nanti la dulu, sarapan la dulu kalau ye pun masuk angin kang perut tu nanti."

Datin Sri mula mengeluh kecil melihat anaknya tidak sedikit pun memberi respon. Dia sendiri tertanya tanya apa yang telah membuatkan anak nya sebegitu rupa. Putus cinta ke dia? Atau....

****
Qiesya keluar untuk ke klinik kerana sakit perutnya sudah semakin melarat. Sejak dari pagi tadi hinggalah tengah hari ni dia menahan sakit. Hendak dikatakan datang bulan, belum lagi. Salah makan ke aku ni? Semalam aku makan nasi dah elok je..

Sebaik sahaja hendak masuk ke klinik, dia terserempak dengan junior kolej nya. Terus Qiesya menegurnya kerana hubungan mereka agak rapat.

"Ayraaa!"

"Lah akak? Akak buat apa kat sini? Akak sakit apa? Kenapa takgi kolej? Akak okay?"

Hah!

Bertubi tubi soalannya. Ayra Ainan sememangnya begitu. Tapi Qiesya selesa berkawan dengannya. Memahami. Tidak seperti junior yang lain.

"Amboi... banyak cik adik ni menanya. Mana satu akak nak jawab?"

"Hehe manaada risau je. Akak kenapa? Sakit ke datang klinik ni?"

Qiesya hanya tersengih melihat kerenah Ayra. "Akak ke klinik ni sebab sikit je.. sakit perut. Tu yang ponteng kelas ni. Ha yang cik adik depan ni asal tak gi? Ke takde kelas?"

"Ha'a takda kelas. Ni tengah tunggu abang Ayra ambik lambat sangat haaa penat tunggu. Ayra teman akak masuk klinik boleh?"

"Iyela.. jom"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience