BAB 8

Short Story Completed 324

“Setiap kali Norain pandang dia, hati Norain mendesiskan nama dia, tahu tak beribu Wildan di atas sana berdesir cemburu. Dan ingat! Allah lebih dalam cemburunya. Sebab tu Allah suruh kita jaga pandangan. Supaya hati kita tidak terikat dengan cinta yang tidak halal. Ustazah takut sayang kalau Allah bakar mata kamu kerana berzina mata. Nauzubillahi min zalik.” Ustazah Samerah memulakan kalamnya.

“Kita Muslimah, Nursakeena. Cinta kita mahal harganya. Allah nak beli cinta kita dengan syurga-Nya. Tak nak ke kita? Allah nak beli cinta kita dengan redha-Nya. Kamu yakin ke Nursakeena, semasa hati kamu dilumuri cinta dengan dia hati kamu masih lagi bercinta dengan Allah?” Aku menggeleng. Memang sejak hatiku dipenuhi cinta manusia, aku seakan-akan mengabaikan cinta Allah. Namanya lebih banyak terbayang di ruang fikiranku. Astaghfirullah… Air mataku terus menitis.

“Jangan merendahkan nilai cinta kamu. Jangan senang-senang beri diskaun sedangkan Yang di atas sana hendak membayarnya dengan syurga dan cinta-Nya.”

Pesanan Ustazah Samerah menggetarkan sanubari. Aku telah memurahkan harga cintaku dan merendahkan cintaku pada Allah. Setiap hari, aku mebuat zina mata. Sudah lebih 10 kali aku menatap wajahnya di skrin laptop. Dan gambar itu aku simpan pula kukuh di memoriku. Tidurku ditemani dengan bayangan dia. Bukan lagi nama Allah yang mengisi ruang fikiranku. Masaku untuk-Nya juga kujual untuk membuka laptop memandang wajah dia. Bila dia lalu sebelah, automatik mataku tertancap ke wajahnya. Ah, jahatnya mataku! Aku berazam untuk memperbaiki diriku. Aku ingin menjadi muslimah yang tinggi nilainya!

Air mata yang mengalir di pipi kukesat. Jahilnya aku masa itu. Mataku yang memandang Abang Shuib kualih supaya memandang semula ke arah dereten jubah. Cukuplah aku membuat zina mata dahulu. Baik aku memandang jubah-jubah yang berderet di hadapanku. Cantik-cantik jubah yang datang dari Yaman ini. Sambil mengulit jubah, fikiranku menerawang lagi. Selepas mengetahui rahsia hatiku,Farahani dan Ain berkali-kali meminta maaf. Mereka rasa merekalah penyebab aku terheret ke lembah cinta. Tapi tidak dinafikan, ada betulnya juga. Sepatutnya mereka menasihati aku, bukannya mendorong aku. Namun, tak boleh nak salahkan mereka je. Aku pun salah juga. Aku tidak menjaga pandanganku. Dari situ syaitan menusukkan jarum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience