BAB 2

Short Story Completed 324

“Ramainya lelaki.”Farahani menarik lenganku. Terasa tangannya yang kesejukan. Takut sangat kawan aku yang seorang ini. Aku menarik tanganku kembali.

“Buat macam biasalah.” Bisikku. Ekor mataku sempat memandang Ain yang tertunduk-tunduk. Mana tidaknya, kawasan ini penuh dengan lelaki. Kami di sekolah ini memang diajar menjaga pandangan dan menebalkan perisai malu seorang wanita.

Di sekeliling kami penuh dengan pelajar putera yang sedang bersantai sementara menunggu loceng berbunyi. Tempat ini memang tempat pelajar putera berehat. Lagipun, tempat ni dekat betul dengan kantin. Hanya bersebelahan. Aku menarik lengan Ain supaya berjalan dengan pantas. Bukan apa. Takut kami terkepung dengan pelajar lelaki yang semakin ramai.

“Ya Allah.” Langkahku mendadak terhenti. Wajahku pucat tidak berdarah. Sejuk. Tanpa aku sedari, aku hampir sahaja melanggar tubuh seorang pelajar putera yang baru melangkah keluar dari makmal. Sangat hampir sehingga aku dapat mencium bau perfume yang dipakainya. Mujur dia melangkah setapak ke belakang.

“Asif.” Pelajar lelaki itu meminta maaf sebelum bergerak pergi bersama rakannya. Aku tidak melihat wajahnya kerana tubuhnya yang tinggi membuatkan aku perlu mendongak untuk melihat wajahnya. Ah! Tidakpenting siapa dia. Takkan aku hendak ikut telunjuk syaitan. Astaghfirullahal azim…

“Ina okey ke?”Farahani menyentuh lembut bahuku. Aku menelan air liur. Kepalaku kuanggukkan tanpa memandang ke arahnya. Dalam hati, dup dap dup dap hanya Allah yang tahu.

“Dah lah. Jom masuk.” Aku membuka kasut dan melangkah masuk ke dalam bilik guru. Hatiku menjadi tenang sebaik sahaja melangkah masuk ke sini. Mungkin kerana di dalamnya terdapat ramai murobbiah yang berilmu. Aku sangat suka berdampingan dengan guru-guru. Benarlah kata orang. Mendampingi orang-orang berilmu membuatkan kita terkena tempiasnya sekali.

“Eh, Nursakeena. Mana Farahani ? Selalunya melekat je kamu berdua.” Ustazah Samerah , guru kesayanganku menegur. Guru muda itu lemah-lembut orangnya. Seperti tidak pernah dilanda masalah. Kealimannya dan kefaqihannya dalam ilmu agama membuatkan orang menggelarnya ustazah bukannya cikgu atau teacher walaupun dia mengajar subjek matematik. Seperkara lagi, Ustazah Samerah gemar menyebut nama seseorang menggunakan nama penuhnya. Seperti dia memanggilku, Nursakeena.

“Tu Farahani , ustazah.” Aku bersalaman dan mencium tangan Ustazah Samerah .

“Assalamualaikum, ustazah. Cari saya nak tempah kek ke?”Farahani muncul sambil tersengih-sengih. Tangan Ustazah Samerah dicapai dan disalami. Ustazah Samerah tersenyum sambil menggeleng-geleng. Ada-ada sahaja. Salam dijawab perlahan.

“Wah, cantik ustazah hari ini. Pink and lovely.” Puji Ain yang baru masuk. Dia juga menyalami Ustazah Samerah .

“Ada apa ni?” Tanya Ustazah Samerah .

“Saje. Rindulah dengan ustazah.” Jawabku pantas. Aku dan ustazah memang rapat. Macam adik-beradik. Aku suka dengan ustazah Samerah . Bicaranya penuh nasihat.

“Takkan sebab tu je. Mesti ada hajat lain ni.”

“Memang ada hajat pun.” Ain menyampuk tiba-tiba.

Ustazah Samerah tersenyum. “Insha Allah. Macam besar je hajatnya?” Dia mengangkat kening dua kali sambil menongkat dagu.

“Kami datang nak meminang.” Hampir tersembul biji mataku mendengar kata-kata yang terkeluar dari mulut Farahani . Apa pinang-pinang ni?

“Pinang siapa? Muizly ?” Ustazah Samerah tertawa perlahan. Muizly ? Tiba-tiba aku teringat Hadid Muizly , satu-satunya anak Ustazah Samerah . Umurnya baru setahun. Wajahnya comel dan diambil dari adunan sebati wajah Ustazah Samerah dan suaminya. Ah, Muizly . Rindunya si kecil itu…

“Ala…Muizly kecil lagi.”Farahani menggeleng-geleng. “Habis tu?” “Ustaz Sham ?” Ain tersengih nakal. Ustazah Samerah tergelak sopan. “Oh, nakal ya.” Tangan Ustazah Samerah laju mencubit lengan Ain. Tetapi tidak sakit. Cubit-cubit sayanglah katakan.

“Gurau je lah Ustazah. Kami datang sengaja nak isi masa dengan ustazah yang kami sayang ni.”Farahani melirik Ustazah Samerah . Sayang benar dengan suaminya.

“Ustazah. Tadi kan Ina terlanggar…” Ain sengaja membuka cerita. Aku mencubit pinggangnya. Kawan aku seorang ni, langsung tak boleh simpan rahsia. Bibir diketap.Farahani diam sahaja.

“Terlanggar siapa?” Ustazah Samerah mencelah.

“Abang Shuib .”

Aku terkedu. Shuib ? Ketua pelajar tu? Aduh! Aku rasa mahu menangis sekarang. Malu. Lagi-lagi bila perkara yang aku tak suka ni diceritakan pada orang. Mataku terasa hangat. Tiba-tiba aku merasakan bahuku disentuh.

“Tak apa. Norain tak sengaja kan?”

Aku mengangguk.

“Alhamdulillah. Ustazah bangga anak murid ustazah ada sifat malu.” Puji Ustazah Samerah .

“Eh, Abang Shuib tu boleh tahan juga kan?” Usik Ain.

“Whatever.” Aku berpura-pura marah. Dia ni tak habis-habis nak usik aku.

“Dah lah. Tak payahlah usik Ina.” Tegur Inyirah. Aku mengangguk. Tak ada gunanya dia cuba mengusik aku. Aku memang langsung tidak memandang lelaki. Pada usia remaja ni aku mahu memperbanyakkan memandang buku dan kitab-kitab ilmiah. Sekarang zaman fitnah memang dahsyat.

“Adik-adik ustazah.” Panggil Ustazah Samerah . Lembut sahaja suaranya. Bahuku dipeluk.

“Masa muda remaja ini manfaatkanlah dengan sebaiknya. Sekarang bukannya masa nak bercinta. Kita semua ada matlamat hidup. Cita-cita. Sekaranglah masa Nusakeena,Farahani dan Ainul mengejarnya. Hati-hati. Syaitan tak akan putus asa menyuntik virus cinta dalam diri adik-adik.” Nasihat Ustazah Samerah . Aku mengangguk setuju.

“Habis tu, ustazah?” Tanya Ain.

“Ustazah dah kahwin sayang. Dah ada anak pun. Ustazah dah melepasi alam remaja.” Lembut pipi Ain disentuh. “Kalau kamu bercinta lepas kahwin ustazah tak halang. Tapi cinta monyet yang tak ada faedahnya, baik tak payah. Kamu dah besar nanti cinta tu hilang begitu sahaja. Rugi kamu mengejarnya. Cinta Allah lebih kekal. Baiki cinta dengan Allah dahulu.” Ustazah Samerah memandang wajah kami satu-persatu. Aku tersenyum senang dengan nasihat Ustazah Samerah .

“Jazakillah ustazah.” Tubuh Ustazah kuraih dalam pelukan. Ustazah Samerah membalas dengan lebih erat. Kemudian, Ain danFarahani turut merangkul tubuh Ustazah Samerah . Sayang kami bertambah dalam terhadap guru matematik itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience