BAB 4

Short Story Completed 324

Loceng sudah berbunyi menandakan waktu rehat. Cikgu Hasnah sudah pun melangkah keluar dari kelas. Namun mataku tetap tidak beralih dari buku teks. Maklumat-maklumat yang baru diperoleh disimpan jauh ke dalam kepala. Aku berharap lekatlah seumur hidup.

“Ina, jom pergi kantin.” Ajak Farahani .

“Malaslah. Tolong belikan boleh?” Aku menghulurkan not RM1.Farahani mengambilnya.

“Hmm..nak apa?” Tanya Farahani .

“Macam biasa.” Aku bersuara sambil mengeluarkan buku teks Sains dari dalam beg. Buku Geografi aku simpan di dalam beg. Aku mula membaca bab baru dalam buku Sains. Biar nanti tidak terpinga-pinga semasa Ustaz Sham ajar. Ustaz Sham memang expert dalam mengajar. Tengoklah, baru bulan lima dah masuk bab 9. Dia ajar mantap pula tu. Senang difahami dan tidak mudah lupa.

Mataku mula meliar ke seisi halaman. Gambar bintang memenuhi buku. Mataku meliar ke kiri dan kanan untuk membaca maklumat yang tertera di setiap kapsyen.

“Tadi kan…aku terserempak dengan Abang Shuib …”

Nama itu mengganggu tumpuanku. Aku mula memasang telinga.

“Dia tunduk je. Langsung tak pandang aku.” Cerita Maria lagi. “Bukan dia memang macam tu ke?” Ika pelik.

“Yelah. Tulah yang buatkan aku cair. Langsung tak jeling perempuan. Dahlah handsome.” Puji Maria.

“Tapi warak sangat. Not my taste.” Tambah Maria lagi. Ika tergelak. Maria ikut ketawa. Tawa mereka kedengaran hingga ke luar. Sungguh tidak sopan perempuan ketawa seperti itu. Dahlah Maria tu pengawas. Patutnya jadilah contoh sikit.

“Aku dengar Najwa suka dia.” Tutur Ika.

“Ala…apa nak hairan. Tu si zu pun macam aku tak tahu dia suka dengan Abang Shuib tu.” Balas Maria. Aku terus mendengar. Ooo…ramai suka dia rupanya. Maksudnya bukan aku seoranglah.

“Ija tu. Nampak Abang Shuib je terus menggedik. Perasanlah tu abang Shuib suka dia. Padahal, sebelah mata pun Abang Shuib tak pandang dia.” Cerita Ika.

“Eh, dia ada adik kan?” Tanya Maria.

“Tak silap aku darjah dua. Sakinah namanya. Comel betul. Innocent je muka dia.” Jawab Ika.

Fakta itu membuatkan aku tertarik. Dia ada adik rupanya. Nama adik dia pun sama macam aku.

“Assalamualaikum…” Aku menegur Sakinah semasa rehat kedua. Tadi rakan-rakannya yang memberitahu aku dia ni Sakeena. Memang comel pun orangnya. Kecik je badannya.

“Waalaikumussalam. Duduklah.” Dia mengengsot ke tepi sedikit. Aku duduk di atas bangku itu. Ketika itu, Sakina sedang menikmati makan tengah harinya.

“Nama adik Sakinah kan?” Aku memulakan perbualan.

“Macam mana akak tahu?” Dia hairan.

“Nama akak pun Sakeena juga.” Aku berkata sambil melemparkan senyuman manis kepada kanak-kanak itu. Tersenyum dia mendengarnya.

“Akak darjah berapa?” Dia mula berasa selesa berbual denganku.

“Akak dah lepas darjah. Akak dah tingkatan tiga. Kakak dah sekolah menengahlah.” Aku menunjukkan warna pakaian seragamku.

“Abang Ina pun sekolah menengah. Tapi dia tingkatan lima.” Sakinah membahasakan dirinya Ina. Jari-jarinya yang comot diangkat menunjukkan angka lima. “Ya? Siapa namanya? Mana tahu akak kenal.” Aku berpura-pura tidak tahu. “Muhammad Shuib .” “Oh, kenal-kenal.” Aku mengangguk-angguk. Sakinah kelihatan ceria.

“Abang saya tu kan, baik sangat. Abi dan Umi selalu suruh Ina jadi macam abang.” Cerita Sakinah. “Dia baca al-Quran sedap.” Sambungnya lagi.

Hatiku mula tertarik mendengar cerita Sakinah. Perasaan kagum berputik.

“Abang ada FB tak?” Sakinah mengangguk. “Ada. Dia selalu buka.” Jawabnya jujur.

Aku tersenyum. Kepala Sakinah kuusap perlahan. Haih. Sebenarnya aku sedang mengusap hatiku yang sudah melompat-lompat tidak tentu arah. Gembira sangat nampaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience