BAB 3

Short Story Completed 324

Syaitan tidak pernah letih menghasutku. Sejauh mana aku berlari dari lembah cinta, dia tetap menarikku ke dalamnya. Hingga akhirnya langkahan kakiku menjadi perlahan dan aku tersungkur ditarik ke dalamnya. Sejak kejadian aku melanggar ketua pelajar itu, Ain danFarahani suka mengusikku. Aku tahu mereka sekadar bergurau. Namun lama kelamaan hatiku mula sensitif dengan nama itu. Lagi-lagi nama itu sangat terkenal di sekolah. Shuib yang pandai. Shuib yang soleh. Shuib yang berakhlak. Shuib yang langsung tidak memandang perempuan. Aku semakin tertarik dengan peribadinya. Senyumannya yang ikhlas. Kata-katanya yang penuh hikmah. Tanpa sedar, aku mula menyimpan perasaan.

“Ina, kenapa pandang Abang Shuib semacam je?”Farahani menarik tanganku yang ketinggalan di belakang. Kelas semakin hampir. Aku cepat-cepat mengalihkan pandangan.

“Mana ada. Pandang Muizly lah. Makin tembam dia. Comel.” Bohongku. Kebetulan dia sedang mendukung Muizly sambil berbual sesuatu dengan Ustaz Sham di hadapan surau. Sesekali dia mencium pipi Muizly .

“A’ah. Dah lama tak jumpa dia. Comelnya…”Farahani tidak perasan pembohonganku. Kami berdua memang kemaruk dengan kecomelan Muizly . Comel sangat. Bukan kami berdua je, hampir satu sekolah. Bila sampai pada tangan Ustazah Samerah , semua berebut-rebut hendak dukung. Belum dikira lagi yang nakal mencubit-cubit pipinya yang gebu.

“Rapat betul Muizly dengan Abang Shuib . Mesti dia suka pegang budak.” Komen Farahani . Aku memandang Muizly yang ceria didukung Abang Shuib . Sesekali dia ketawa apabila diagah.

“Hmm..apa-apalah” Aku kekosongan idea hendak membalas.

“Tengok apa lagi tu. Jom masuk kelas.”Farahani menarik tanganku. Aku mengikut. Namun dalam masa yang sama ekor mataku mencuri pandang ke arah Abang Shuib . Aku lupa untuk menjaga mataku yang mula nakal ini.

“Eh, cuba dengar tu.” Kata Ain suatu hari. Ketika itu cikgu tiada di dalam kelas. Aku yang baru meletakkan kepala di atas meja mengangkatnya semula.

“Apa?”Farahani bertanya.

“Ish, dengarlah betul-betul.” Kata Ain. Aku memasang telinga. Sayup-sayup kedengaran suara mengalunkan ayat suci al-Quran. Bertarannum.

Aku mengerutkan kening. “Kenapa? Itu kan suara orang baca al-Quran.”

“Suara siapa tu?” Ain membuka cermin matanya dan dilap dengan kain.

“Fabiayyi a…la.. irabbikuma.. tukazziba…n ” Suara membaca al-Quran itu menyapa gegendang telingaku. Sungguh merdu alunannya.

Aku terpempam. Ini macam suara… “Abang Shuib . Form five.” Aku bersuara perlahan. Ain ni kan. Tak habis-habis. Dalam hati, hatiku bagai cair mendengar alunan merdu itu. Telingaku asyik mendengar kalam-kalam Allah yang dibaca olehnya.

“Ina, bangun. Ustaz dah sampai.” Fika, kawan sebelahku menepuk bahuku. Aku lekas berdiri. Suara itu lenyap sebaik sahaja Ustaz Sham berdiri di hadapan kelas. “Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience