BAB 6

Short Story Completed 324

Esoknya, pulang dari sekolah, aku terus meminta izin dari abang untuk menggunakan laptop. Abang hairan, sebab aku bukanlah kaki komputer.

“Nak buka FB.” Aku jujur memberitahu. Dan abang pun mengangguk tanda mengizinkan.

Hatiku melonjak riang. Terus aku menerpa ke arah laptop yang memang telah terbuka. Aku melayari laman web sosial itu. Terus aku melihat ke senarai rakan. Tiada. Aku sedikit hampa.

Aku menggerakkan tetikus ke wallnya. Penuh dengan dakwah. Sarat dengan tazkirah. Sebiji macam abang. Aku menekan bahagian photo. Keluar gambar-gambarnya yang mencairkan hatiku. Ada tiga sahaja. Namun wajah-wajah yang tunduk itu sudah cukup untuk membeli sekeping hatiku. Aku terus kelemasan. Gambar-gambar itu aku copy di dalam pendrive ku. Di saat itu, aku tidak dapat melawan bisikan syaitan. Gambar-gambar itu aku tenung dan zoom satu persatu. Tanpa aku sedari, aku sendiri yang telah terjun ke lembah cinta.

Hari ini pemilihan kelab akademik. Semua pelajar berkumpul di dewan. Semua beratur di meja pendaftaran kelab yang diinginkan.

“Ina. Jom masuk Kelab Matematik. Gurunya Ustazah Samerah .”Farahani menarik tanganku. Aku memang meminati pelajaran Matematik. Gurunya pun guru kesayanganku. Sejak Tingkatan 1 aku setia dengan kelab ini. Tetapi tahun ini ada sesuatu yang membuatkanku berubah fikiran.

“Rasa macam tahun ni nak tukar anginlah.” Aku memberikan alasan. Sebenarnya, aku mendapat tahu Abang Shuib ahli Kelab Sains sejak tingkatan 1. Mustahil dia hendak tukar. Lagipun sudah terdengar ura-ura yang dia akan dilantik menjadi pengerusi pada tahun ini.

“Ha, Farahani dan Ina dah daftar?” Ain tiba-tiba datang. Aku tersengih.Farahani membetulkan kelepet tudungnya. Serentak kami menggeleng.

“Cepatlah daftar! Sana kelab Matematik.” Ain menundingkan jari ke satu meja.

Di sini ada lima meja. Kelab Sains, kelab Matematik, Kelab Sejarah, Kelab Geografi dan Kelab Kemahiran hidup. Kelab Sains paling ramai. Aku mula risau. Selalunya bila tidak seimbang, sebahagiannya akan kekal menjadi ahli kelab mereka tahun lepas.

“Ain mesti masuk Kelab Sejarah kan?” Aku menebak.

“Well…” Ain menarik sengih. Dia ni memang gila dengan Sejarah. Bukan setakat dalam negara, luar negara pun dia tahu. Dia rebus buku ke apa. Sampai tarikh dia ingat. Memanglah dia ni.

“Jomlah daftar.”Farahani menarik tanganku ke Kelab Matematik. Ain mengikut dari belakang.

“Stop. Stop. Stop.” Aku menahan.

“Ana rasa ana tak nak masuk Kelab Matematiklah tahun ni.” Aku memberitahu. Ain danFarahani terkejut. Yalah, aku dan Matematik memang tidak boleh dipisahkan. Tambahan pula, aku amat rapat dengan guru Matematik.

“Enti nak masuk apa?” SoalFarahani terbata-bata. Sedikit hampa kerana tidak dapat bersama dengan kawan baiknya.

“Sains.” Ujarku sepatah.

“Are you serious?” Ain menyoal. Guru kelab Sains untuk pelajar perempuan dahlah garang. Kalau lelaki tak apalah. Ada Ustaz Sham .

“Mmm…” Aku mengangguk. “Nak juga rasa rotan Teacher Fatimah.” Aku bergurau.

“Okeylah. Jom daftar.” Aku danFarahani berpecah. Aku menuju ke Kelab Sains.

“Harap-harap dapat masuk.” Aku mula memasang harapan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience