BAB 1

Family Completed 1098

Aku hanya manusia biasa. Bukan permintaanku untuk menerima dugaan yang datang menerpa. Bukan keinginanku untuk dipandang hina. Malah, bukan impianku untuk meminta-minta. Aku hanya mampu menurut perintah yang Maha Esa. Menerima segala badai, segala cacian dengan ikhlas. Mungkin ini suratan hidupku atau mungkin ini yang terbaik buat aku.

Suatu masa dulu, aku pernah ditatang bagaikan minyak yang penuh. Aku pernah merasa keindahan hidup. Namun, segalanya hanya sementara. Ibu dan ayah malah kakak kesayanganku juga malu untuk mengaku aku sebagai ahli keluarga mereka. Insan ini yang pernah disayangi suatu tika dulu, kini menjadi insan yang paling dibenci. Hinakah insan seperti aku? Bukankah aku yang pernah mereka sanjung dulu? Mungkin itu hanya dulu. Kini segalanya telah berubah.

Hidupku bagaikan layang-layang terputus talinya. Terhuyung-hayang mencari hala tuju kehidupan. Aku hanya mampu bergantung dengan Mak Mawar, pembantu rumahku. Hanya dia yang sudi menjaga aku. Hanya dia yang mampu mengerti kisah lara hidupku. Aku bersyukur kerana masih ada insan yang ikhlas menyayangi aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience