BAB 4

Family Completed 1098

Dua bulan diri ini terlantar koma di hospital. Saat aku tersedar, aku sangat bersyukur kerana insan-insan istimewa dalam hidupku ada bersama-sama aku. Aku sangat merindui mereka.

“Tamara? Anak ibu dah sedar. Anak ibu dah sedar. Alhamdulillah!” ucap ibu penuh gembira.

“…….” Aku cuba bersuara.

“…….” Aku cuba untuk bersuara lagi.

Saat itu, hanya Allah yang tahu betapa sedihnya aku. Walaupun belum pasti, aku seperti sudah tahu apakah yang sedang terjadi pada diriku.

“Doktor! Doktor!” jerit ayah.

Seminit kemudian doktor yang ditugaskan untuk merawatku muncul di pintu bilik. Dengan segera dia cuba mengesan perkara yang telah terjadi. Memandangkan ibu masih terkejut, ayahlah yang menerangkan perkara tadi. Doktor tersebut meminta semua mereka meninggalkan aku untuk diperiksa. Kemudian, dua orang jururawat masuk membawa perkakasan.

Lebih kurang 30 minit kemudian, ibu, ayah, abang, kakak dan Mak Mawar dibenarkan masuk. Aku sudah sedia tahu apa yang terjadi. Doktor sempat menasihatkan aku supaya bersabar dengan dugaan ini.

“Apa yang terjadi, doktor?” tanya ayah.

“Saya harap anda semua sabar dan cuba lapangkan dada menerima berita ini,” kata doktor.

“Kenapa doktor?” abang pula bertanya.

“Tamara disahkan tidak dapat untuk bersuara lagi dan kedua-dua belah kakinya lumpuh. Seperti yang pernah saya beritahu dua bulan yang lalu, inilah kesan yang terpaksa dihadapi untuk menyelamatkan nyawanya.” Ringkas doktor memberi penjelasan.

Saat itu, ibu sudah tidak dapat berkata-kata. Selangkah demi selangkah ibu keluar meninggalkan aku bersama-sama yang lain. Bilik itu yang tadinya ceria, bertukar suram. Ahli keluargaku yang lain juga hanya mampu menitiskan air mata. Begitu juga dengan Mak Mawar.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Hanya aku dapat merasakan keperitan yang sebenar. Lumpuh. Bisu. Malang sungguh nasibku. Imanku benar-benar tercabar. Hatiku pula semakin tecalar. Sehari suntuk aku dibiarkan sendiri di dalam bilik di hospital itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience