BAB 6

Family Completed 1098

Kehidupanku, makanku, minumku dan pakaiku diuruskan sepenuhnya oleh Mak Mawar. Ibu, ayah, abang dan kakak jarang sekali datang menjengukku. Jika ada pun, mereka hanya datang dan menoleh sekilas sahaja. Mungkin cuma untuk memeriksa sama ada aku masih bernyawa.

Suatu hari, Mak Mawar memberitahu aku bahawa satu majlis akan diadakan malam itu. Aku sangat gembira. Sudah terlalu lama rasanya aku tidak melihat orang ramai.

Mak Mawar agak sibuk hari itu. Dia tidak banyak meluangkan masa bersama aku seperti hari-hari yang lain. Aku mengerti. Mak Mawar ada tugas lain yang perlu diselesaikan sebagai persiapan untuk majlis malam ini.

Selesai solat maghrib, Mak Mawar membantu aku menyarungkan pakaian yang sudah lama tidak aku sentuh. Sudah 5 bulan aku tidak bercantik-cantik. Tiba-tiba, hatiku terdetik. Layakkah aku berpakaian seperti ini? Namun, hati aku kuatkan. Aku tidak mahu bersedih lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience