BAB 8

Family Completed 1098

Aku cuba meraung sekuat hati namun apakan daya. Suaraku sudah diambil. Kakiku juga sudah tidak dapat menapak. Raunganku cuma terhenti di benakku. Butir-butir jernih mula membasahi pipiku. Aku hanya mampu menangis, menangis dan menangis.

Aku tidak pernah menyangka bahawa ibu yang melahirkan insan ini sanggup memperlakukan anaknya sebegitu rupa di depan orang ramai. Seribu tanda tanya mula berputar ligat di kepalaku. Diri terasa hina apabila ibuku sendiri malu dengan kecacatan anaknya ini. Ayah dan kakak juga hanya mendiamkan diri. Tidak adakah walau secalit rasa kasih dan sayang kepadaku?

Mak Mawar yang baru masuk ke dalam bilik terus memelukku. Ada sedikit kekuatan yang aku peroleh daripada Mak Mawar. Insan ini yang masih lagi setia menjadi pengubat hati laraku.

Sebentar kemudian, abang juga datang melihat keadaanku.

“Abang minta maaf. Abang sayang Tamara sangat-sangat cuma abang terkejut dengan perubahan diri Tamara . Abang minta maaf. Tamara maafkan abang ya?” pinta abang.

Dahiku abang kucup. Aku mengangguk tanda memberi kemaafan kepadanya.

“Tamara nak apa-apa?” tanya abang sambil menyeka air mataku.

Tanganku pantas mencoretkan sesuatu di atas kertas.

Tamara nak pinjam laptop abang boleh? Tamara nak beri sesuatu untuk ibu. Abang bagi Tamara pinjam ya. Tamara nak cepat tau. Takut tak sempat. Tamara nak bagi ibu baca.Ayah dan kakak pun perlu baca.Abang tolong ya…

Abang mengangguk. Dengan segera abang pergi mendapatkan komputer ribanya untukku. Beberapa minit kemudian, abang datang dengan beg computer ribanya yang disandang di bahu kanannya. Beg itu abang serahkan kepadaku. Lalu abang memberi ruang untuk meluahkan perasaanku. Abang meghadiahkan sebaris senyuman buatku. Mak Mawar turut keluar daripada bilik untuk memberi keselesaan kepada aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience