BAB 3

Family Completed 1098

Tepat jam 10 pagi, kami bertolak daripada rumah. Tidak ketinggalan, Mak Mawar juga ikut serta. Gembira seperti tidak ada akhirya. Inilah percutian yang paling istimewa. Percutian sebelum ini juga ada nilainya yang tersendiri, namun percutian kali ini memberi seribu pengertian buat aku.

Dalam perjalanan ke tempat yang masih lagi dirahsiakan, giliran abang pula memberi kejutan untukku. Seutas jam tangan berjenama Elle dihadiahkan oleh abang buat adik bongsunya ini. Terima kasih sekali lagi aku ucapkan kepadanya. Abang seperti tahu bahawa aku sememangnya mengimpikan jam tangan tersebut ketika kali pertama aku melihat jam tersebut di dalam almari kaca di sebuah kedai jam tangan.

Jam tangan tersebut aku pakai ditangan kananku. Bak kata ibu, lebih berkat pakai jam di tangan sebelah kanan. Mak Mawar pula yang dari tadi berdiam diri kini mula bersuara.

“Mak Mawar tak ada apa-apa nak bagi dekat Tamara. Mak Mawar minta maaf ya. Mak Mawar cuma boleh beri kasih sayang Mak Mawar saja.” Kata Mak Mawar.

Tersentuh hatiku mendengar kata-kata ikhlas yang keluar daripada bibirnya itu.

“Tak mengapa Mak Mawar. Kasih sayang Mak Mawar pun dah cukup sebagai hadiah hari lahir Tamara,” balasku dengan sebaris senyuman.

Kepala aku lentokkan ke bahu Mak Mawar. Yang lain hanya tersenyum melihat perbuatanku. Kini, perjalanan kami sudak sampai di Tapah. Kereta yang dipandu oleh ayah ini tiba-tiba berasap di tengah jalan raya. Ayah dengan segera memberhentikan kereta di bahu jalan. Kami yang lain disuruh untuk tunggu di luar sementara ayah memeriksa keadaan kereta tersebut.

“Air kering!” Laung ayah kepada kami.

Abang segera membantu ayah tanpa disuruh. Abang teringat bahawa ada sebotol air di dalam bonet belakang kereta. Air botol tersebut diambil dan diberi kepada ayah Aku yang sudah mula bosan, juga pergi untuk membantu ayah. Tidak pernah aku menduga di sinilah tragedi perit hidupku bermula.

Penutup botol tadi terjatuh dan terpelanting ke tengah jalan raya. Tidak tahu apa yang terlintas di fikiranku saat itu. Tanpa menghiraukan kereta-kereta lain, aku terus melintas jalan yang ku anggap malang itu.

DAANNNGGGG!!!

Remaja berusia 16 tahun telah terlibat dalam kemalangan yang sungguh tragis. Ketika itu, remaja ini merasakan seperti hidupnya akan berakhir. Sekujur tubuh terlantar di tengah kesesakan jalan raya mengharapkan peluang yang kedua untuk bernafas di bumi Allah ini.

“Tamara!” Jerit ibu.

“Tamara!” Jerit ayah.

“Tamara!” Jerit kakak.

“Tamara!” Jerit abang.

“Tamara!” Jerit Mak Mawar.

Semuanya serentak. Bahagianya aku saat diberi peluang untuk mendengar suara insan-insan istimewa ini.

“Tamara minta maaf. Terima kasih” tuturku sedaya yang mampu.

Satu persatu wajah mereka kutatap. Beberapa detik kemudian, duniaku gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience