BAB 5

Mystery & Detective Completed 5818

“Guys slow down... we’re here.”arahku. Van itu sudah berhenti disebuah banglo lama di dalam hutan. Kami bertindak memberhentikan kenderaan agak jauh dari situ. Aku mengintai melalui celah dinding yang sudah mula berlubang itu. Kelihatan Cik Antasia diikat disebuah bangku. Di kiri dan kanannya ada 4 orang konco-konco lelaki jahanam itu. Manakala dihadapan Cik Antasia berdiri seorang lelaki yang agak tua. Mungkin itu si mastermind.

“Sam, Xin aku nak kita serang serentak. Cuba hubungi Far. Dia dah contact pihak berkuasa ke belum?”

“Okay. Aku dah tanya Far. Dia kata dalam 10 minit lagi pihak polis sampai.”

“Great. Sekarang kita bertindak.”Aku, Xin dan Sam bergerak secara perlahan ke arah pihak musuh. Lelaki tua itu sudah mengeluarkan pistolnya. Picu ditarik. Aku menerkam lelaki tua itu. Tembakan rambang terlepas mengenai tepat di kaki kananku. Tanganya ku hentak membuat pistol miliknya terpelanting jauh. Kaki kiri menekan badan orang tua itu. Lalu ku lipat tangannya dan ku ikat dengan tali yang sememangnya aku bawa. Selesai hal itu, aku membantu Xin dan Sam. Kali ini kerja kami lebih senang. Kerana pihak polis tiba tepat pada masanya.

“Kau okay D’?”tanya Far yang termengah-mengah.

“Okay. Sikit je...”bahunya ku paut lalu kami bergerak secara perlahan ke arah Cik Antasia. Terkejut aku apabila menjadi mangsa pelukannya.

“Thanks D’.”kata cik Antasia. Aku tersipu-sipu malu. Far yang nakal sudah bersiul mengusik ku. Xin dan Sam menayang sengih. Malu aku dibuat mereka.

“Nothing.”Balasku. Aku, Far, Xin dan Sam melangkah keluar dari banglo lama itu.

“Sekarang kita nak buat apa?”tanya Sam.

“Kita ke hospital, rawat luka aku, melawat Jo dan....”

“Dan enjoy!!!”jerit Far disahut teman lain. Aku menggeleng kepala melihat gelagat mereka. Motosikal besar itu ditunggang Xin. Manakala aku dan yang lain menaiki teksi buruk yang entah dari mana Sam meminjamnya.

“D’ awak nak jadi bodyguard saya lagi tak?”tanya Cik Antasia yang melaung dari jauh. Far sudah menyiku tanda mengusik.

“Maybe.,. but now I want to relaks. Goodbye Princess-wanna-be!”lambaiku pabila Sam sudah memandu teksi ini keluar dari perkarangan rumah.

“Hahaha... selamba badak kau D’!”jerit Far dan Sam tak percaya aku mengatakan Princess-wanna-be. Hahaha.. ada aku kesah? Yang penting aku nak tidoooo!!! ‘Tit! Tit! Tit!’mata Far yang kuyu mula terbuka. Ditenyeh-tenyeh mata yang terasa masih melekat kuat. Telefon dicapai. Dengan mata yang terbuka kecil, dia mengintai telefonnya. ‘Alarm! 4.40 am!’itu yang tertera di skrin telefonnya. Ibu jari menekan button cancel.

“Argh... malasnya!”rambut yang sememangnya kusut itu dikusutkan lagi dengan kedua-dua belah tangannya. Dalam keterpaksaan, Far duduk bersila di atas katil. ‘Wargh!!! Rasa nak nanges je... hukhukhuk rindu dengan D’, Xin, Sam and Jo.’ Tangan menyepah-nyepahkan cadar katil. Kaki menendang-nendang udara. Sebijik budak umur 2 tahun mengamuk sebab tak dapat ais-krim. Lagu ‘Mission Imposible’ mula kedengaran. Ala lagu citer kartun Kim Possible tu.. dengan muka monyok Far mengangkat call (memang kanak-kanak riang). Nama caller itu dilihat, oh... mamat ni. Sebelum butang warna hijau ditekan, dia siap-siap menjarakkan telefon itu dari telinganya.

“WOI! BANGUN CEPAT!”jerit satu suara dihujung talian. Terpejam-pejam mata Far menahan ke’vokal’an kawannya itu. Baru aja sebut-sebut dah muncul salah seorang rakannya ni. memang panjang umur.

“Yelah Xin oit!” balas Far dengan suara yang segar. Kalau tak segar mahu Xin menjerit macam tarzan hilang bini lagi.

“Hah, siap cepat! Tugas undercover kau yang first start hari ni!”Xin mengingatkan. Hilang terus rasa malas Far. Baru dia ingat hari ini dia start tugas yang penting. So... conclusionnya, dia tak bersama geng bodyguard dia dah... No more a brother like D’, berlagak macho Sam, busybody Xin (tapi sekali sekala mamat busybody ni ada jugak sebab dah nama pun busybody) dan Mr. Cold Lion like Jo. Such a boring life that I will through.

“Hah, jangan nak berangan pergi mandi cepat!”jerit Xin lagi sekali. Far tersentak. Telefon dicampak ke atas katil, tuala dicapai dan Far berdesup ke bilik air.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience