BAB 1

Mystery & Detective Completed 5818

Apakah makna istilah Femme Fatale? Menurut kamu Mr. Google, Femme Fatale membawa maksud, an attractive and seductive woman, especially one who will ultimately bring disaster to a man who becomes involved with her.

Selama hidup aku banyak saja jenis femme fatale yang aku jumpa, sejenis yang lawa bimbo tapi membawa kehancuran pada poket lelaki, if you know what I mean kan?

Jadi aku tak rasa IRL (in real life) aku dapat jumpa dengan Femme Fatale yang sering bermain dalam ilusi aku. Cantik, chaos, penggoda dan kompleks. Lelaki kan suka cabaran dan wanita yang agak kompleks ni sememangnya TURN ON.

Tangan menggaru kepala yang tidak gatal. Pening. Kenapa perlu aku yang menjadi pilihan dia? Urgh... malas aku nak melayan kerenah anak orang kaya ni.

Gedik,berlagak, manja, sombong dan macam-macam lagilah pe’el perempuan yang ditugaskan untuk aku. Aku memerhati profile yang diberikan ketuaku melalui e-mail itu.

Nama: Puteri Qaisara Antasia binti Datuk Zaqri Hamidi
Umur: 24 tahun

Pendidikan:Degree in Economic from University of Cambrige.

Diploma in Science Social from University Malaya

Kegemaran: Beg dan baju berjenama.

Ketidaksukaan:Tempat orang ramai.

Laptopku tutup kasar

Puteri Qaisara Antasia satu nama yang amat tidak disukai buat mana-mana bodyguard di dalam Malaysia. Banyak songeh dan mencatat rekod paling banyak menukar bodyguards sudah seperti tukar baju sahaja gayanya.

Kali ini aku pula ditugaskan mengikuti si Puteri-berlagak-bagus. Ini semua kerana pengalamanku menyelamatkan 3 orang anak VVIP daripada di culik oleh penjahat durjana.

Mungkin disebabkan Datuk Zaqri baru memenangi tendar bernilai jutaan ringgit, aku terpaksa mengawasi anaknya selama 24 jam selama seminggu. Ditekankan 24JAM dan yang paling tak best SEMINGGU!

Mulai esok pasti hidup aku tak akan tenang lagi. Aku membawa diri ke luar rumah sewaku sebelum itu sempat aku mencapai rokok. Benda yang dah sinonim denganku bila dilanda masalah. Buaian di tepi rumah menjadi sasaran.

Rokok dinyalakan. Aku sedut lalu ku lepaskan asap yang ku bentuk. Sudah jadi seperti mainan pula. Bentuk O dan bermacam lagi ku hembus. Terasa bahuku ditepuk mesra. Terkejut juga dibuatnya, mujur aku tak ada sakit jantung dan seangkatannya.

“Kau ni Jo! Agak-agak la. Dah la dah malam. Cuba kasi salam ke apa ke?”marah aku. Siapa tak terkejut, sudahlah gelap gelita tiba-tiba ada tangan yang menepuk.

“Hahaha sorry la D’. Aku tengok kau syok sangat mengelamun. Relaksla... tomorrow not only you will stand that wicked girl.”Selamba badak sahaja Jo mengutuk bakal majikan kami.

“Hahaha selamba betul kau. Ya I know. But aku sorang je yang kena berdiri tepi dia. Korang semua ikut belakang. Macam kau tak tahu perangai princess-wanna-be tu.”kata ku sambil mengeluarkan sebatang rokok lagi.

Jo mengangguk kecil. Oh lupa nak beritahu, bodyguards yang ditugaskan untuk mengawasi keselamatan cik Antasia berjumlah 5 orang termasuk aku dan Jo.

“Just cannot wait for tomorrow, D’.”kata Jo yang turut mencapai sebatang rokok milikku.

“Hm... yelah tu cannot wait sangat. Jo kau tahukan kes kali agak berat jugak. Cik Antasia tu memang dah jadi target para penjahat yang tamak duit. Lagi-lagi Datuk ada terima surat ugutan berkaitan anak dia tu... haih payah la...” Aku sedikit risau dengan tugasan kali ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience