BAB 3

Mystery & Detective Completed 5818

“Kau ingat kau sorang ke lenguh. Si Far dengan Sam tu lagi penat. Dok jadi tukang angkut. Silap-silap mau tercabut tangan dia orang.”kataku mengundang ketawa kecil Jo. Pelik pula bila aku tak ada dengan Cik Antasiakan? Hahaha... dah dia tengah fitting baju tak akan aku nak ikut pulak... Far dengan Sam sudah tersandar di dinding kedai ini. Gaya macam nak putus nyawa sahaja.

“Lambatnya cik Antasia ni tukar baju, Jo...”rungutku. Sebenarnya aku rasa tak sedap hati sedari tadi.

“Itulah.. selalunya tak lama macam ni. Cuba kau intai D’.”cadang Jo. Aku mula bergerak ke deretan bilik fitting baju.

“Cik Antasia? Cik Antasia? Oh... Cik Antasia?!”pelik. tak ada sahutan. Aku mula mengeladah bilik-bilik itu. Kosong!

“Jo we have a red code! Jo we have a red code!”aku sudah berlari mencari Cik Antasia setelah memaklumkan hal itu kepada Jo. Kami mula berpecah. Xin dan Sam ke bilik kamera litar tertutup. Aku dan yang lain-lain mencari sambil menunggu arahan dari Xin dan Sam.

“Princess is at the back door. Repeat. Princess is at the back door.”Aku yang memang kebetulan berada di pintu belakang shopping mall tersebut terus memerhatikan orang yang lalu lalang. Itu dia!

Aku mendekati orang yang mengheret cik Antasia. Dalam senyap aku melipat tangannya. Cik Antasia terlepas.

“Far cover the Princess now!”jeritku. konco-konco penculik mula mengelilingiku dan Jo.

Kami mula diserang. Aku dengan pantas mengeluarkan sejenis alat yang mengalirkan sedikit voltan berkuasa tinggi. Alat ini mampu membuatkan seorang dewasa pengsan serta merta apabila terkenanya.

Hampir separuh konco-konco itu telah aku tumbangkan tapi entah dimana silapnya alat itu tercampak jauh dariku. Tak ada pilihan lain aku terpaksa menggunakan kemahiran yang ada,

Tumbukan demi tumbukan ku hayunkan. Sesekali hinggap juga sepenumbuk dua ke badanku. Jo aku lihat masih stabil dengan alat itu. Namun dia kelihatan keletihan. Akhirnya tinggal lagi seorang sahaja lagi. Kakiku tangkas menyelit saat lelaki itu ingin melarikan diri. Sepakanku berikan. Cukup membuat lelaki itu berbongkok senak. Senyuman puas terukir diwajah aku dan Jo. Mulut yang sedikit berdarah ku kesat.

“Mission accomplish.”Kami berhigh five. Lega tugas dah selesai. Cik Antasia terpaku ditempatnya dengan mulut ternganga. Apa? Baru tahu kami ni bukan sekadar bodyguard atas nama je? We’re for real la darling!

“Wow!”heh, senyuman sinis ku tarik. Tu je yang dia mampu cakap? Heh. Hari keenam. Seperti kebiasaannya, Cik Antasia akan pergi melawat outlets-outletsnya. Aku mengekori dirinya rapat. sejak peristiwa semalam, aku rasa tidak sedap hati. Aku dapat rasakan tugas kami tidak habis sekadar disitu.

“Yo, D’. Kau agak-agakkan princess-wanna-be ni ada life tak? Aku bosan la setiap hari macam ni... bosan gila...”rungut Sam melalui alat perhubungan kami. Aku tergelak kecil. Ya... aku pun bosan.

“Sabarlah bro.. lagi dua hari je pun. Lepas tu kita lepak sama-sama dekat port biasa.”balas Xin.

“Dah-dah... lagi dua hari je lagi. Lepas tu jangan nak kacau aku dengan D’. Aku dengan dia nak lepak sensorang. Korang buat serabut pemandangan je...”balas Jo pula. Aku dengar Far sudah mengekek seorang diri. Tanpa sedar aku juga turut ketawa. Xin dan Sam tayang muka-ada-aku-kesah? Cik Antasia mengerling aku dengan ekor matanya. Gulp! Gerun aku! Macam nak makan orang cara dia pandang aku. Kuat sangat ke aku ketawa?

“Huh!”haih... pelik ni kenapa dengan princess-wanna-be ni?

“Habislah kau D’ princess-wanna-be bad mood... maybe she need a good lil’ kitty.. hahaha... kau jelah jadi kitty, D’.”Amboi! Far ni memang la nak kena luku dengan aku. Aku tayang penumbuk ke arah rakan-rakanku. Dalam geram aku tetap mengekori cik Antasia. Hurm... ada cahaya merah dibelakang badan cik Antasia! Seperti.... penembak jarak jauh!

“Cik! Look out!”jeritku yang sudah menjatuhkan badan ke atasnya. Serentak dengan itu bunyi peluru melepasi sisi kiri kami, aku segera menoleh ke belakang. Cis!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience