BAB 7

Mystery & Detective Completed 5818

“Hu’uh... dah dia kaya tapi dingin macam ice lepastu boleh plak cemburu dengan kekacakkan diri aku ni...”cerita Far kenapa dia memberi gelaran itu.

“Far... Far.. hahaha. Okay.. okay... sekarang ni kau kena sentiasa rapat dengan dia. Mata tu buka sambil-sambil tu perhatikan dua orang yang mungkin menjadi suspek tu...” kata D’. Far mengangguk beria. Tangan laju melepuk dahi. ‘Adoi... ni telefon nokia 3310... bukan smart phone... manalah D’ nak nampak..’ marah Far pada dirinya sendiri.

“Okay bro D’ thanks!”balas Far. Far meneruskan aktivitinya. -- Seminggu mengintip pergerakan mereka. Membuat Far yakin bukan mereka yang ingin melakukan benda tidak baik terhadap Zul. Cuma mereka menyimpan rasa tidak puas hati terhadap prince-ice-cold-tak-handsome. Hump... jangan kata mereka... si Far yang tulus, mulus bagaikan minyak Johnson & Johnson ni pun rasa tak puas hati. Ada kesepanjang dia undercover ni dia dilayan mengalahkan balaci? Kuang ajaq betul prince-ice-cold-tak-handsome tu. Mujur la... dia masih dalam penyamaran dan kalau tak diingatkan lelaki kuang ajaq tu la yang dia kena lindungi memang dah lama kena balun sampai lunyai. Kalau lunyai boleh buat pekasam tak apalah... ni.. buat sakit hati ja.

“Far... ni Laili ada buat nasi goreng kampung untuk Far...” Laili menghulurkan sebekas plastik kepada Far. Far mengerut dahi. Tak suka dengan tindakan Laili.

“Hum... susah-susah ja...”kata Far sebenarnya dia nak kata gini

“ Wat pa la hang wat nasi goreng kampung. Kot hang nak pikat aku pun... hang wat la benda yang aku suka... haih.. nak tak nak kena telan jugak benda alah ni..” La... bukan tak suka Laili kasi makanan, rupa-rupanya tak suka Laili kasi nasi goreng kampung. Biasalah kalau orang Penang... nak kasi pikat perut senang ja... Kari Kepala Ikan Satuuuuuu!!!! *** Far duduk melepak di sofa panjang ruangan pantri itu. Zul masih di pejabatnya, menyiapkan kerja apa entah. Mata Far yang hampir terpejam terbuka luas saat ada tangan menyentuh badannya.

“Woi! Apa ni?”sergah Far. Rupa-rupanya Tian yang memegang badannya. Tian meletakkan jari dibibir Far. Senyuman penuh menggoda dilemparkan. Mata Far membulat.

“Gila?”marah Far. Siapa tak marah kalau kena sexual harresment macam tu? Oleh kaum sejenis pulak!

“Far... jangan la macam ni... I tahu you pun macam I... Sebab tu you handsome sangat...” kata Tian dengan suara menggoda.

“Hello... aku handsome sebab tuhan jadikan tau! Aku bukan handsome sebab aku gay... aku straight okay!!!” Far mengetap gigi. Mahu sahaja penumbuknya melayang ke muka betina yang ada dalam badan jantan ni.

“Oh... sorry. I ingat.. I ingat...” Tian sudah melarikan diri. Malu.

“Gila betul bekerja pejabat ni! Yang bosnya marah aku handsome lebih dari dia. Yang pekerjanya keliru jantina. Susahnya jadi lelaki handsome ni..”rungut Far yang sudah bangun menuju ke bilik Zul. Lama pula si Zul ni buat kerja selalu dia yang terjerkah-jerkah suruh Far cepat.

“PRANG!” bunyi kaca pecah berderai membuat Far berlari ke arah bilik Zul dengan lebih pantas.

“Hoi!”Far menengking lelaki yang cuba mencederakan Zul. Mujur sahaja Zul memang berdiri dekat dengan pintu. Pantas Far menarik Zul yang masih terkejut ke belakangnya.

“Lu ni bro! Nak buat jahat agak-agak la.. pe hal main pisau pulak ni. Hang tau tak cheq tengah hangat ni?! Memanglah hang silap banyak... Meh sini sebelum cheq lipat hang! Sekali cheq tampaq melekat dekat dinding tau!” amuk Far. Si penjenayah terkebil-kebil. Tidak memahami apa yang dituturkan Far. Lelaki itu cuba melepaskan diri. Tendangan diberi. Lelaki itu mengacah-ngacahkan pisaunya. Far mematahkan serangan lelaki itu. Pisau terpelanting jauh ke bawah meja Zul. Namun Far tak gentar. Tendangan ditangkis, siku pantas disua. Menyebabkan lelaki itu terbatuk menahan perit. Melihat lelaki itu tertunduk, Far melompat dan menghentak tulang belakang lelaki itu. Membuat lelaki itu longlai jatuh terduduk.

“So.. sorry bro!”rayu lelaki itu. Kepalanya Far tunjal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience