BAB 6

Mystery & Detective Completed 5818

“Thanks Bro!”jerit Far dari bilik air. Xin dihujung talian ketawa mengekek. Far... Far... title naught kau punya, title lembab pun kau nak bolot ker....

“Encik Zul ni PA encik yang baharu, namanya Far.”Terang Xintia, sentiausaha encik Zul Helmi orang yang bakal dilindungi Far.

“Saya sedia berkhidmat, Encik Zul.” Tangan dihulurkan salam. Zul memandang tangan Far hendak tak hendak. Tapi disambut juga salaman Far, tak mahu menjatuhkan air muka bapanya, Tan Sri Zul Suhaimi yang turut berada di situ. Berlalu sahaja Tan Sri Zul Suhaimi dari bilik itu, perwatakkan Zul turut berubah. Dari baik bertukar bongkak.

“Dengar sini, aku tak suka PA aku dekat dengan aku, berborak dengan aku, dan yang paling penting tak boleh bising serta tak boleh handsome lebih dari aku!”pesannya sombong. Far dalam dilema nak gelak ke nak serius. Ceh... cheq ingat hampa elok la perangainya.. tapi hampeh! Far mengutuk dalam hati. Ada ke tak boleh handsome dari dia?

Hahaha manalah Far nak menyangkal kelebihan yang dikurniaan Allah kepadanya... Tapi... memang... B. O. S. A. N. la diri dia lepas ni. Hurm... satu keluhan terbit dari mulutnya.

Seperti biasaan Far sepanjang seminggu ini, Far menyediakan tempat mesyuarat seperti biasa. Pelik tak kenapa PA kena buat kerja ni? selalunya setiausaha yang kena buat. Ini tak lain tak bukan kerja si Zul yang dengki dengan ke’handsome’an Far.

“Wow... handsome la si Far tu, Tia...”bisik Laili kepada Xintia.

“Tula... rugi betul aku dah kahwin...”rungut Xintia.

“Eh, kau ni... kau tu mak buyung dah tau... jangan nak potong line aku la..”kata Laili sedikit kuat. Far yang sedang menyiapkan meja mesyuarat sudah tarik senyum. Nak buat macam mana... akukan anugerah Allah terindah. Rebut la macam mana pun aku kat sini bukan lama pun... Tepat pukul 1.00 petang, pekerja yang terlibat dengan mesyuarat ini mula memasukki bilik mesyuarat. Far berdiri tegak dibelakang Zul. Wajah yang ditayang seperti biasa 100% serius. Macam patung! Tapi patung yang handsome la. Dengan kaca mata hitamnya, semua pekerja perempuan tidak mampu mengalihkan perhatian dari Far. Tapi satu sahaja yang mereka tidak tahu, Far sebenarnya sedang mencari siapakah yang berniat jahat kepada Zul. _Seminggu sebelum._

“Far kau ditugaskan untuk satu misi undercover.”Jo mula memberi tugas kepada anak-anak buahnya.

“Ye ke? Wah... ini kali pertama aku kena buat undercover.” Far rasa macam nak melompat bintang je.

“Hm... jangan seronok sangat Far. Kali ni kau seorang je..” kata D’ pula.

“La... awat pulak lagu tuh! Tak syok la kami!”mulalah bahasa utara dia keluaq dah!

“Nak buat macam mana. Tak kan nak undercover ramai-ramai kot. Tu bukan undercover. Tapi jangan risau... lepas kau kesan je lelaki itu, Xin bertanggungjawab tolong kau dari jauh. Tugas dia ialah menelefon pihak berkuasa.”terang Sam pula. Muka Far masih masam. D’ menepuk mesra bahu rakannya itu.

“Hah, dah dah. Ni... Far, kau kena tau, yang orang kau kena lindungi dalam samaran ni sebenarnya jadi target bunuh.”Far menelan liur mendengar maklumat dari Jo.

“La... nak wat lagu mana nih? Cheq mana la tau nak wat lagu mana...”rungut Far.

“Hm... jangan risau. Nih... tok guru Jo dengan D’ ada... wat pa hang nak kalut?!”balas D’ dalam loghat utara juga. Far tarik sengih. Kelakar betul bunyi D’ cakap utara. Mata Far menangkap kelakuan pelik 2 orang pekerja Zul. Kedua-duanya orang penting dalam syarikat itu. Dia perlu menginform rakan-rakannya. Nanti kalau jadi apa-apa ada la back-up. Far membawa diri ke sebuah bilik stor terbiar di dalam syarikat itu. Telefon dikeluarkan. Nombor D’ didail laju.

“D’ aku kesan ada 2 orang yang pelik la D’. Dua orang ni asyik mengekor Prince-Ice-Cold yang tak handsome tu.” D’ yang mulanya mendengar dengan serius mula ketawa di hujung talian.

“Prince-Ice-Cold yang tak handsome?”tanya D’ yang masih seronok ketawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience