BAB 8

Mystery & Detective Completed 5818

“Sorry, sorry.. sorry naik lori la hang. Pi naik lori ayam tu! Memang padan la dengan perangai hang yang macam hantu ni... eii.. ikutkan hati mau cheq kasi lutut! Biar koma terus!” Far makin galak bercakap. Tapi tangan jalan juga, tali dicapai lalu kaki dan tangan si penjenayah diikat kuat.

“Te..terima kasih!”ucap Zul yang masih trauma.

“Tak payah la hang nak terima kasih bagai. Hang tau dak yang perangai hang yang loqlaq ni la yang kasi hang jadi lagu ni! Sombong, bongkak, riak! Tu semua hang la tu... and then hang kaya pulak.. memang sedap la musuh-musuh perniagaan hang kasi pedajal. Suh aja budak mentah lagu dia ni bunuh hang. Kasi duit kasi kepuasan... memang la depe nak wat.” Celoteh Far tak henti-henti.

“Lagi satu nih! Hang nak ambik pekerja tu biaq la elok sikit.. Ni yang tak kenal pasti jantina sendiri kau nak ambik... hish! Cheq hampir-hampir jadi mangsa tau!” Zul terangguk-angguk bagai orang bodoh. Far melepaskan nafas lega. Telefon dikeluarkan.

“D’! hang p telefon polis skang gak. Ni malaun ni dah cheq balun. Tinggai nak sumbat lokap aja.”

“Ye ke? Okay bro.” D’ menamatkan panggilan.

“Kamu ni siapa?”tanya Zul yang mula hilang traumanya.

“Cheq? Cheq bodyguard. Tapi kali ni special case... cheq undercover.” Balas Far selamba. Zul ternganga. Nasib baik selama dia buli Far, Far tak balas balik. Kalau tak mati dia... Laili yang sedari tadi menjadi penonton, Far tenung. Mana tak tenung dah macam patung cendana. ‘Ni awat pompuan ni lagu ni?’

“Hang pasai pa?”tanya Far.

“Cheq nak kahwin ngan hang, Far!” kata si Laili tiba-tiba. Dalam bahasa utara pulak tu. Dah berkenan sungguh ni!

“La hai... mai lagi satu bala....” Far menepuk dahi. Laili hanya tersengih. Habislah Far... Laili ni memang jenis tak putus asa.

“D’, Jo, Xin, Sam tolong cheq!”jerit Far. Tapi dalam hati jelah... jatuh la air muka kalau jerit depan perempuan. Muka Laili dipandang. Nak buat macam mana... dah handsome kena la redhaaaa. Walau dari luar dia nampak macam jual mahal namun dalam hatinya dia gembira rasa nak lompat sampai ke langit kerana akhirnya dia dapat bertemu wanita FEMME FATALE idamannya. Banyak cabaran mendatang dan menguji kesabaran berdepan dengan ciptaan Tuhan yang satu ini. Tapi dia percaya inilah pilihan hatinya. Bring it on!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience