Bab 12

Romance Completed 8678

Selamat hari konvo abang adik! Tahniah!

Lalu SMS itu ku kirim padanya. Hari ini pasti hari yang paling bermakna baginya. Menggengam segulung ijazah.

Tettt. SMS darinya masuk.

Terima kasih. Nanti lps konvo ni abang adik nak singgah sana. Nk lawat rumah adik2 abang.

Cantikk. Nanti adik abang masak sedap2. Datang tau!

InsyaAllah.

Mcm mna dengan kakak adik tu?

Soal ku bertanya tentang hubungannya dengan si dia. Yang sudah retak menanti belah.

Abang adik redha. Dah tak ada jodoh. Mungkin jodoh abang dgn adik kot.hehe
Aduhai..terkena pulak aku.

Haha. Buat lawak pulak kan?

Sapa tahu. Dia Maha Tahu.

Ish, mengarut.hahaha

Aduhai..buat lawak pulak dia ni.

Selang beberapa hari, dia memaklumkan tentang hajatnya untuk datang ke rumah. Tapi dia dahulu ke rumah angah dan achik gelaran ke pada Tahirah dan Diana. Aku pula mereka gelarkan asebagai along. Nasi briani, ayam masak merah, ikan goreng berempah sudah aku hidangkan di atas meja. Atas permintaannya sendiri kerana katanya teringin benar nak merasa air tangan adik angkatnya ini. Lama juga aku tunggu. Tetapi hujan turun dengan lebatnya memaksa dia berada di rumah achik sedikit lama.

Tett. SMS darinya masuk.

Maaf. Abang adik tak dapat datang la. Dah lewat sangat.

Aduhai, hampa betul. Penat saja aku masak banyak-banyak. Mesti abah melenting nanti.

Adik dah masak banyak ni. datang sekejap pn tak apa. Bwk balik lauk ni.
Tak dapat datang kot adik. Maaf ya.

Cis! Hampa hatiku. Hujung baju kurung biru yang ku pakai ku tarik-tarik dengan jari. Mesti kena marah dengan abah nanti. Membazir!

Tet.

SMS dari angah.

Along! Angah n achik akan bawak jugak abang long ke rumah along sekarang!

Aik? Terpana sebentar aku. Dan lima minit kemudian.

Abang adik jadi datang. Tunggu ya!hehe

Aduh! Tiba-tibapulak berpeluh. Fuh! Tiba-tiba darah gemuruh datang menyerang aku.

“Kenapa ni? nak malu pulak.” Bentakku perlahan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience