Bab 7

Romance Completed 8678

Esoknya aku membawa pakaian seragam sekolah lamaku yang telah aku janjikan dengannya. Aku serahkan sendiri padanya. Dia gembira degan apa yang diperoleh.

“Terima kasih, Kak Ina.” Katanya. Sebelum beredar, aku menyerahkan wang RM5 ringgit kepadanya. Hasil dari tabung ayamku dirumah.

“Buat apa ni, Kak Ina?” soalnya.

“Tak apa. Ambikla buat belanja makan. Nanti kalau apa-apa yang perlu, datang bagi tahu akak ya.” Dalam hati ku tanam semangat untuk mengubah dirinya. Untuk membantu dia yang susah.

“Terima kasih.” Ujarnya dengan penuh teruja. Aku turun semula ke kelas. Dalam perjalanan menuruni tangga, aku terserempak dengan Cikgu Hafriz. Aduhai..kenapa kerap sangat aku terserempak dengannya dalam dua minggu ni? sebelum ni hampir setiap pagi aku terserempak degannya kerana aku bertugas di lorong menuju ke tangga pejabat. Kemudian dia dan rakan-rakannya yang lain mengikut kami ke Ipoh menghadirikan diri ke seminar kerjaya.

“Assalamualaikum,” ujarku acuh tak acuh. Dan seperti biasa dia menjawab salamku itu. Tanpa melihat wajahnya aku terus berlalu. Kenapa perasaan benci ini timbul dalam diri? Sungguh aku bencikan dia. Padahal dia tak pernah buat salah apa pun denganku. Aku mencari-cari juga apa salahnya sehingga membuatkan aku benci pada guru pelatih lelaki ini?

Seperti biasa, satu waktu sebelum rehat, aku harus menghadirkan diri ke perpustakaan. Latihan bahas akan diadakan. Kebetulan pula Puan Norizah bercuti, kemungkinan cikgu lain akan menggantikannya. Jadi kebenar ku minta dari ketua kelas. Juga mengharap dia akan memberi tahu pada guru yang akan masuk menggantikan Puan Norizah. Tapi, lima belas minit kemudian, tercungap-cungap ketua kelasku datang memanggil kami agar mmasuk semula ke kelas.

“La, awat ulak Faezah?” soal Akmar, rakan sepasukanku.

“Cikgu suruh hampa balik jugak. Masuk kelas jugak sebab cikgu Norizah ada bagi kerja.” Terang Faezah.

“Buh la bawah meja kami. Nanti kami buat la. Bukan nak hantar hari ni kan kerja tu?” soal ku.

“Tula pasal. Tapi dia suruh jugak hampa masuk. Dia kata pelajaran lagi penting.” Faezah memngerutkan wajah.

“Cikgu mana tu, Faezah?” soal Cigu Zakaria, guru pembimbing kami dalam pertandingan ini.

“Cikgu pelatih tula. Cikgu Hafriz.”

“Hah, dah agak. Cikgu tu kan nak makan penampar kot.” Bentakku. Memang aku naik geram dengan dia.

“Awak tak bagi tahu ke cikgu yang suruh mereka datang buat latihan bahas sebab esok dah nak lawan separuh akhir? Penting tu.” Cikgu Zakaria menyoal lagi.

“Dah bagi tahu, tapi dia suruh jugak balik kelas.” Terang Faezah lagi. Memag tak boleh bagi alasan apa lagi.

“Ish, lantak dia la. Kita ada perlawanan penting esok. Dia buat ikut kepala dia pulak.” Aku semakin melenting. Semakijn geram pulak.

“Okay. Kamu balikla dulu. Cikgu tak suka bising-bising. Nanti waktu rehat datang. Kita sambung lagi.” Kata Cikgu Zakaria meleraikan kekusutan. Tapi aku masih lagi tak puas hati. Perasaan benciku semakin menjadi-jadi.

Aku melangkah masuk ke kelas. Tanpa sebarang ucapan salam.

“Tudia, pembahas sekolah dah balik. Nak jadi pembahas sampai pelajaran pun tak nak ambik tahu.” Perlinya. Aduhai.. rasa nak sumbat ja kasut sekolah aku ni dalam mulut dia. Kerusi ku tarik kasar. Tapi dia hanya memerhati sahaja. Tiada sebarang kata protes keluar dari bibirnya yang merah itu. Dalam hati aku semakin membengkak. Cepat-cepatla pergi dari sekolah ni. naik menyampah aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience